Thursday, May 3, 2012

Isteri tegur suami malas maut ditikam

Seorang isteri maut ditikam suaminya yang marah kerana isterinya menegurnya malas untuk membantu membuat kerja rumah. Ia berlaku di rumah pekerja sebuah ladang sawit di Ladang Genting Tanjung, Kampung Arau di sini 7 malam tadi. Ketua Polis Daerah Kinabatangan, DSP Martin Lugu, berkata selepas menikam isterinya, suspek cuba membunuh diri dengan menikam dirinya sebanyak sembilan kali.

"Wanita itu yang dikenali sebagai Intan Bago berusia lingkungan 30-an, mati di tempat kejadian, manakala suaminya yang juga berusia 30-an berada dalam keadaan kritikal dan kini masih menerima rawatan di Hospital Lahad Datu," katanya. Beliau berkata, mengikut laporan awal, kejadian berpunca daripada pertengkaran antara pasangan suami isteri warga Indonesia itu selepas anak kecil mereka menangis. "Mangsa yang berada di dapur lalu menegur suaminya kerana tidak mahu membantunya mengurus kerja rumah. Suspek yang naik berang dengan teguran itu lalu meluru ke dapur dan menikam mangsa dengan menggunakan sebilah pisau.

"Mangsa cuba menyelamatkan diri tetapi rebah berhampiran pintu belakang rumah itu dan suaminya yang panik dengan keadaan itu bertindak menikam diri sendiri untuk membunuh diri," katanya. - BERNAMA





.

Drew Barrymore yang sedang hamil


Melihat Drew Barrymore membuatkan kita mengenang kembali lakonan hebatnya dalam Charles Angel. Dan setelah beberapa minggu membuatkan orang tertanya-tanya status kehamilannya, semalam, bintang itu kembali menguatkan kenyataan bahawa dia memang hamil.

Tampil menawan dengan dress berwarna pink, bintang itu kelihatan sangat menyerlah, sambil sekali sekala menggosok perutnya. Pelakon berusia 37 tahun itu kelihatan sangat ceria dan manis dengan latar belakang disekeliling, bunga-bunga tanaman hijau dan mekar.


Pelakon itu dikhabarkan bakal bertunang dengan Will Kopelman pada 2 Jun di Montecito. Seorang sumber mengatakan pada Us Weekly bahawa Pelakon yang telah dua kali bercerai itu kini sangat gembira.





.

Bob Kuman meninggal dunia


Belum dapat disahkan samaada berita ini sahih ataupun tidak.
Lulu ternampak entri ini di blog Bersama Mazidul.
(Disertakan print screen sebagai bukti)

Dikatakan pelakon dan pelawak popular, Bob Kuman terlantar dan mengalami kesukaran untuk bergerak di kediaman beliau di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, sebelum ini..


Kalau benar berita ini, AL-fatihah.. Dan kalau tidak, semoga kesusahannya dipermudahkan...


*update*
Pelakon dan pelawak Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd. Rawi meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 11, Kota Damansara di sini pada pukul 4.38 petang ini.
Allahyarham yang berusia 41 tahun meninggal dunia akibat komplikasi penyakit jantung, darah tinggi dan paru-paru berair.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Norma Ibrahim yang baru dikahwininya pada 8 April lalu, iaitu perkahwinan keduanya. -utusan





.

Beckham dan Victoria Pamer Kemesraan.. Wah romantis!! (5 Gambar)


David Beckham dan Victoria terkenal sebagai salah satu pasangan paling serasi. Keduanya memiliki karier yang cemerlang serta dianugerahkan penampilan menawan. Meskipun demikian pasangan yang telah memiliki empat orang anak ini jarang memperlihatkan kemesraan mereka di depan umum.








Namun, baru-baru ini, Beckham dan Victoria memperlihatkan kemesraan mereka di depan umum ketika menyaksikan pertandingan NBA di stadium LA Lakers, Staples Center. Dipetik dari sebuah laman akhbar, pasangan yang duduk di bangku paling depan tersebut tertangkap kamera LA Lakers KissCam.


Lalu, keduanya diharuskan berciuman di depan kamera. Dengan teriakan sekitar 20000 penonton, Beckham dan Victoria pun mahu tak mahu melakukan hal tersebut. Selepas berciuman, Victoria dan Beckham yang sedondon mengenakan baju berwarna hitam nampaknya tersipu malu.

Sesekali, wanita berusia 38 tahun itu membisik sesuatu di telinga suaminya.








Bayi raksasa dilahirkan.. Lebih besar dari biasa


Bayi super besar, Muhammad Akbar Arya Risudin masih menjadi pusat perhatian. Selain didatangi warga dari berbagai kota di Sumatra Utara, (Indonesia) bayi yang lahir dengan berat hampir sembilan kilogram itu juga mengundang rasa kehairanan pihak media asing. Setiap hari puluhan orang mendatangi kediaman keluarga Akbar di Desa Dusun Benteng, Sumut.

Menurut keluarga Akbar, minggu lalu, Akbar sempat diserang batuk dan demam. Tetapi kini keadaannya telah pulih, bahkan berat badannya telah naik lebih dari satu kilogram. Sementara itu tetamu terus datang mengunjungi rumah Akbar. Selain warga sekitar, ada juga yang sengaja datang dari berbagai kota di Sumut. Selain sekadar melihat, mereka juga ingin memberikan sumbangan wang mahu pun susu.

Keadaan kehidupan keluarga Akbar memang menakjubkan. Bukan hanya masyarakat, wartawan asing juga silih berganti datang. Akbar yang disebut-sebut sebagai bayi terbesar di dunia ini memang merupakan peristiwa yang sangat jarang terjadi. Namun, doktor mengingatkan keluarga Akbar agar bayi raksasa harus tidak terlalu terdedah dengan orang ramai. Ini kerana bayi dengan berat tidak normal, mudah diserang berbagai penyakit. Sekumpulan doktor tempatan secara rutin memantau perkembangan Akbar. Tapi mereka belum dapat memutuskan hingga bila keadaan tubuh Akbar benar-benar stabil dan sihat, seperti bayi-bayi lainnya.





.

Alat murah pantau oksigen bayi


Sejenis alat ringkas dan murah yang digunakan bagi memantau paras oksigen dalam darah boleh menyelamatkan nyawa bayi baru lahir yang mengalami masalah jantung kongenital, menurut kajian yang disiarkan dalam jurnal perubatan The Lancet, hari ini. Berdasarkan perangkaan, masalah jantung kongenital mengundang kematian antara tiga hingga tujuh peratus di kalangan bayi baru lahir, namun ia mampu dirawat melalui pembedahan, terutamanya jika masalah tersebut dikesan pada peringkat awal.

Kajian sekumpulan pakar yang diketuai Dr. Shakila Thangaratinam dari Universiti Queen Mary, London itu memeriksa oksimetri nadi dengan meletakkan alat pemantau kecil pada hujung jari tangan atau jari kaki bagi memeriksa paras oksigen dalam hemoglobin arteri. Ia berfungsi dengan cara membandingkan perbezaan cahaya merah yang diserap oleh darah beroksigen dan cahaya inframerah yang diserap oleh darah terdeoksigen.

Paparan digital alat tersebut serta-merta memberi bacaan mengenai paras oksigen dalam darah. Menurut kajian itu, oksimetri nadi didapati mengesan 76.6 peratus masalah jantung kongenital dan mempunyai kadar hanya 0.14 peratus 'positif palsu', iaitu terma yang membawa maksud alat tersebut tersalah memberi tafsiran. Risiko 'positif palsu' juga didapati rendah apabila bayi diuji lebih sehari selepas dilahirkan, lebih baik berbanding dalam tempoh 24 jam pertama. Penyelidik berkata, oksimetri nadi sangat berguna sebagai ujian amaran awal bukan invasif untuk bayi yang tidak mempunyai simptom ketara masalah kardiak.

Bagi pengesahan lanjut bayi baru lahir yang berisiko menghidap masalah jantung, satu pemeriksaan menggunakan peralatan ekokardiografi akan digunakan dan seterusnya dirawat melalui pembedahan. Penggunaan oksimetri nadi menjadi isu kerana ada pihak yang meragui keberkesanannya dan setakat ini Amerika Syarikat satu-satunya negara yang menggunakannya secara rutin. - AFP





.

Khloe Kardashian, Lamar odom.. Bercerai?


Dia terpaksa melupakan rancangan realiti TV-nya demi karier suami, Lamar Odom. Dan nampak, Khloe Kardashian juga takut jika rancangan reality itu akan membuatkan dia bercerai dengan suaminya. Artis berusia 27 tahun itu menjelaskan keputusannya untuk berehat dari rancangan realitinya bersama suami 'Khloe & Lamar, dan menyatakan: "Perceraian bukanlah pilihan."

Dia berkata kepada People Magazine: "Kami hanya ingin membataskan kehidupan kami. Ianya sebahagian dari perkahwinan apabila mengetahui suami lebih memerlukan sokongan isteri. " Khloe dan Lamar akan tetap muncul pada program utama induk itu, Keeping Up Dengan Kardashians, walaupun dilaporkan mereka secara terus terang akan membataskan waktu mereka di acara itu.

Khloe berkata kepada majalah: "Saya seorang gadis modern, tetapi anda harus mengutamakan suami anda terlebih dahulu. Saya fikir perceraian bukanlah suatu pilihan. Rancangan itu tidak akan dibatalkan," katanya dalam wawancara di Entertainment Tonight. 'Lamar dan saya telah memilih untuk berehat pada musim panas ini. Lamar, 32, menambah, bahawa mereka akan kembali bila mereka sudah bersedia.





.

Islam dihina lagi


Pemimpin Parti Pembebasan Belanda (PVV) Geert Wilders, menggesa penganut Islam di seluruh dunia meninggalkan agama itu ketika mempromosikan bukunya bertajuk Marked for Death di sini. Agensi berita NIS News Bulletin melaporkan, Wilders mendakwa bukunya menerangkan Islam adalah ideologi totalitarian dan beliau menggalakkan umat Islam yang mencintai kedamaian meninggalkan agama itu.

"Saya menyokong semua pihak yang mahu bebas dari Islam. Rakyat Arab, Turki, Iran, Pakistan dan Indonesia mempunyai potensi besar. "Jika mereka boleh membebaskan diri dari Islam dan tidak melihat Nabi Muhammad sebagai contoh dan tidak mengikut telunjuk Al-Quran, mereka boleh mencapai banyak perkara menakjubkan,'' katanya. Dalam pada itu, Wilders menyatakan beliau tidak mempunyai pilihan lain selain menarik diri dalam rundingan dengan parti konservatif dan Demokrat Kristian (CDA) pada minggu lepas sehingga menyebabkan kerajaan runtuh.

"Kami kini memberi fokus kepada pilihan raya pada 12 September ini. Kempen kami adalah keperluan untuk memulihkan kedaulatan negara kerana tanpanya kita tidak boleh mempertahankan identiti kita dan menentang Islamisasi,'' katanya ketika ditemui media. Wilders berkata, beliau tidak merancang berpindah ke Amerika Syarikat (AS) dan akan terus menetap di Belanda. "Saya akan tinggal di Belanda dan berkempen untuk pilihan raya,'' katanya kepada Radio 1 semalam. Beberapa media minggu lalu melaporkan Wilders mungkin menimbang untuk melancarkan kerjaya politiknya di peringkat antarabangsa selepas memainkan peranan dalam Dewan Rendah.

 Bekas Ahli Parlimen dari parti konservatif, Ayaan Hirsi Ali yang juga menentang Islam itu, berpindah ke AS pada 2005 dan dinamakan sebagai seorang daripada 100 individu berpengaruh oleh majalah Time. - AGENSI






.

Gadis menangis terjun sungai


“Saya terkejut melihat gadis itu terjun dan saya menjerit memintanya kembali ke tebing sungai. “Namun, tidak lama kemudian, saya dan beberapa penduduk melihatnya terkapai-kapai dan tenggelam timbul sebelum hilang dari pemandangan,” kata pekerja pasar raya, Osman Abdullah, 54, semalam. Osman berkata, kejadian itu berlaku jam 2.35 petang di Sungai Johor apabila dia yang berehat di sebuah astaka di situ terlihat seorang gadis berkulit cerah berjalan di air cetek sungai berkenaan seorang diri.

Menurutnya, pada awalnya dia dan beberapa penduduk menyangka gadis itu mahu mandi sungai, namun terkejut melihatnya terus berjalan di air cetek. “Saya difahamkan beberapa penduduk melihat gadis itu menangis berlari ke sungai sebelum terjun di situ. “Namun, air surut ketika itu, gadis yang berbaju berwarna putih dan berseluar pendek berjalan di air cetek sebelum hilang,” katanya yang menghubungi polis memaklumkan kejadian itu.

Sementara itu, seorang lelaki mengesyaki mangsa yang hilang di sungai itu anak perempuannya berusia 16 tahun tampil ke tempat kejadian bersama isterinya. Lelaki itu, Liew Yoon Seng, 40, berkata anak perempuannya, Lee Man Ling yang belajar di tingkatan tiga didapati menghilangkan diri dari rumah. Menurutnya, anak perempuannya itu juga gagal hadir ke sekolah, semalam. “Saya bimbang dengan keselamatan anak sekiranya mangsa yang dikatakan terjun itu Man Ling. “Kami berdoa supaya dia selamat,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Che Mahazan Che Aik mengesahkan kejadian terbabit. Beliau berkata, pihaknya masih menjalankan gerakan mengesan mangsa dengan bantuan pasukan bomba dan penyelamat petang semalam. Menurutnya, bagaimanapun siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti sama ada mangsa terjun ke sungai terbabit mahu pun terdapat apa-apa unsur jenayah. “Kami akan terus menjalankan usaha mengesan mangsa,” katanya ketika dihubungi, semalam. -Metro






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!