Tuesday, May 15, 2012

Kepalanya tersepit diantara tembok simen


Seorang kanak-kanak memiliki alasan jelas untuk tidak ponteng dari sekolahnya. Kanak-kanak yang duduk di sekolah rendah tersebut, terhimpit di antara tembok yang luasnya hanya mencapai 10 centimeter (cm). Insiden yang terjadi di Chongqing, China ini, menggemparkan sekolah tempat dia belajar. Diketahui, kanak-kanak itu cuba memaksa masuk melewati celah yang hanya memiliki lebar 10 cm itu. Setelah memaksa masuk, bahagian dahi serta belakang kepalanya tersangkut diantara tembok simen.


Saat guru menyedari apa yang terjadi pada anak muridnya, mereka pun berupaya keras untuk membebaskannya. Tetapi, usaha dari guru tersebut tidak mampu menghasilkan apapun. Akibatnya, kanak-kanak itu pun terus tersangkut di celah tembok dan membuatnya sakit. Petugas pemadam kebakaran pun langsung dipanggil untuk membebaskan kanak-kanak malang itu. Beberapa lama mencuba, termasuk menarik tubuh kanak-kanak tersebut, juga tidak berhasil membebaskannya.


Bahkan, apapun gerakan yang mereka lakukan justru membuat kanak-kanak ini bertambah sakit. Petugas tidak memiliki pilihan lain kecuali menggunakan gergaji mesin untuk memotong beberapa bahagian dari tembok untuk membebaskan kepala kanak-kanak itu. Setelah itu, mereka menggunakan krim sebagai pelincir untuk membebaskannya.

Setelah beberapa usaha, kanak-kanak itu pun berhasil dibebaskan. Hingga kini tidak diketahui apa alasannya masuk ke dalam celah tembok itu.







.

Ketawa tak henti selama 12 tahun


Selama 12 tahun seorang gadis kecil tidak boleh menghentikan ketawa. Bahkan, gadis yang berasal dari China ini tidak boleh bercakap. Dia harus menggunakan cara lain untuk berkomunikasi, iaitu dengan cara ketawa. Xu Pinghui (13), dikatakan oleh doktor, mula ketawa sejak dia mengalami demam pada usia lapan bulan.

Orangtuanya sekarang sedang berputus asa kerana belum menemui cara menyembuhkannya. Yang Longying, si ibu, mengatakan, "Sejak itu dia tertawa tanpa dapat di kawal." Ayahnya, Xu Weiming, menambah, "Kami sedih, melihat dia ketawa justru membuat kami lebih sedih daripada bila dia menangis."






.

Inilah harinya bila Manchester City bertukar menjadi biru (entri banyak gambar)


Ribuan peminat Manchester City gembira dan meraikan kemenangan dengan berkumpul di jalan raya yang menyaksikan sebuah bas dengan semua pemain melalui sepanjang jalan.


Bas dengan pemain-pemain Manchester City itu mempamerkan trofi Liga Premier yang baru dimenangi mereka ahad lepas.


Mereka diraikan dengan tepuk tangan dan sorak-sorai memekakkan telinga dari para peminat dengan ratusan bendera biru berkibar ditiup angin.


Pengurus, Roberto Mancini dan kapten, Vincent Kompany muncul dengan membawa trofi kemenangan dan disambut dengan sorak terbesar.



Kompany kepada fans: 'Saya ingin mengucapkan terima kasih, anda sangat menakjubkan.' Mancini menambah, "Saya fikir anda harus bangga dengan para pemain. Mereka melakukan semuanya untuk anda. Mereka menang kejuaraan untuk anda.'






.

Bangunan dah siap, baru nak buat parkir bawah tanah.. errr tak runtuh ke?


Pemaju bekerja pada sebuah blok flat di Cina meninggalkan warga kehairanan ketika mereka mula bekerja pada area parkir bawah tanah - ketika bangunan di atas itu sudah pun siap. Risau bahawa langkah itu membahayakan nyawa, seseorang mengedarkan gambar online yang menunjukkan pekerjaan itu berlangsung.


Liang Lung mengatakan bahawa dia telah terkejut setelah melihat penggali bergerak untuk menggali lubang tiga meter di dalam tanah untuk tempat parkir baru. Dia berkata: "Sudah jelas bahawa anda membangun tempat parkir kereta dibawah blok flat yang telah siap. Keadaan sekarang seolah-olah mengharapkan bencana. ' Liang telah memutuskan untuk berpindah sehingga pekerjaan bangunan selesai, dan dia berharap flat akan bertahan dalam tempoh itu.

'Mereka tidak akan menyelesaikannya sebelum musim hujan bermula, "katanya. "Siapa yang tahu apa yang akan terjadi kemudian?





.

Puteri Brunei mahu belajar berlakon


Anak saudara Sultan Brunei Hassanal Bolkiah, Puteri Munji Atirah melahirkan hasrat untuk mengikuti kelas lakonan dengan rangkaian televisyen ABS-CBN di Filipina. Sehubungan itu, Puteri Munji ingin melawat Manila dalam masa terdekat. Beliau yang memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang falsafah itu kini sedang melanjutkan pelajaran peringkat ijazah sarjana dalam bidang komunikasi media di sebuah universiti di sini.

Dibesarkan di bawah jagaan pengasuh warga Filipina, maka tidak hairanlah jika Puteri Munji menanam minat terhadap industri seni di negara terbabit. April lalu, beliau berpeluang bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif ABS-CBN, Gabby Lopez di tengah London dan Lopez secara tidak langsung menjemputnya datang ke Manila. Selebriti Filipina seperti Sam Milby, Jericho Rosales, Anne Curtis dan KC Conception merupakan antara artis kegemarannya. Dalam satu wawancara eksklusif, Puteri Munji turut menyatakan minatnya untuk menyanyikan lagu-lagu Filipina. - AGENSI (utusan)





.

Lelaki ini sanggup lakukan apa saja, demi hasratnya tercapai


Imigran ilegal memang diakui sanggup melakukan apa saja untuk masuk ke Itali tapi orang ini nekad pergi satu langkah lebih jauh dan menghabiskan 20 jam terkurung didalam bonet sebuah kereta. Lelaki Afghanistan berusia 18 tahun, yang belum bernama, telah terfikir dia akan berhasil menyelinap ke negara itu setelah 20 jam dalam feri dan dia bernasib baik kereta nissan tempat  dia bersembunyi dapat melepasi perjalanan itu.


Sebuah pencarian cepat mengungkapkan remaja itu bersembunyi disitu dengan sebotol air dan selimut untuk meringankan ketidaknyamanan nya menjadi panas dalam posisi sempit itu.


Petugas Imigrasi di Bari telah tertarik dengan kereta itu apabila terasa kegelisahan pemandu kereta, Kaloyanov Ivaylo, 24, dan penumpangnya Georgieva Stanislava, 39, keduanya Bulgaria, yang baru saja tiba dari Yunani. Keduanya langsung ditahan dan imigran ilegal itu dibantu keluar dari bonet kereta dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dia dibawa ke rumah sakit untuk diperiksa.





.

Noramfaizul namamu diabadikan

Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor, jurukamera televisyen Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) yang terbunuh semasa bertugas di Somalia tahun lepas menjadi wartawan Malaysia pertama diberi penghormatan oleh sebuah muzium khusus untuk wartawan di Amerika Syarikat.


Nama Noramfaizul diukir pada arca kaca di memorial itu di dalam bangunan Newseum iaitu muzium yang dikhususkan untuk wartawan dan berita, terletak di Pennsylvania Avenue berhampiran bangunan Kongres Amerika Syarikat di Capitol Hill.


Nama Allahyarham juga boleh diakses di laman web muzium itu http://www.newseum.org. Nama Noramfaizul diabadikan sebaris dengan 69 lagi petugas media dari seluruh dunia yang terkorban atau terbunuh semasa sedang berkhidmat atau menjalankan tugas liputan berita sepanjang tahun 2011.





.

Isteri ditampar mertua - Jimmy


Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam diberitahu isteri pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley, Nursuhaila Eliani Suhaimy pernah ditampar ibunya sendiri, Oktober tahun lalu. Dalam keterangannya kepada mahkamah, Jimmy mendakwa, ibu mentuanya menampar defendan, Nursuhaila pada 1 Oktober 2011 kerana tidak tahan dengan sikap dan perangai anaknya itu. Menurut Jimmy selaku plaintif, selepas kejadian itu, pada hari yang sama ibu mentuanya lari dari rumah dan menghubunginya untuk tumpang bermalam di rumah.

“Ibu mentua hubungi saya untuk tumpang bermalam kerana tidak ada tempat lain untuk pergi,” terang Jimmy ketika menjawab soalan peguam syarie Sa’adiah Din yang mewakili Nursuhaila pada sesi soal balas perbicaraan tuntutan nusyuz dan kembali taat. Tambah bekas pengacara Trek Selebriti dan Akademi Fantasia itu, dia berjumpa dengan isterinya pada 4 Oktober 2011 selepas ibu mentuanya memaklumkan defendan mahu berjumpanya.

“Menurut ibu mentua, isteri nak jumpa saya untuk minta cerai dan memujuk ibunya pulang ke rumah. “Pada 4 Oktober 2011, isteri datang ke rumah saya meminta maaf dan minta cerai serta tidak mahu kes ini berpanjangan,” katanya. Bagaimanapun, Jimmy berkata dia hanya mendengar saja penjelasan Nursuhaila. Pada prosiding semalam juga, Jimmy tidak menafikan dia pernah bertunang dengan orang lain, namun pertunangan itu putus sebelum dia bertunang dengan Nursuhaila. Jimmy juga memberitahu tiada benda milik Nursuhaila yang dia ambil dan perlu dipulangkan ketika merujuk khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar Nursuhaila kepadanya berbunyi ‘Bagi balik harta benda I dan tinggalkan I’.

“Tidak ada benda dia yang saya ambil kecuali kereta yang ibu bapa dia beri untuk pergi kerja,” katanya. Pasangan itu bernikah pada 1 Oktober 2010. Jimmy, 31, atau nama sebenarnya, Jimmy Shanley Nor Jahan Salleh dan Nursuhaila, 25, kini dikurniakan seorang anak perempuan, Zahrah Shanley yang lahir pada 24 Jun tahun lalu. Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie, Saharuddin Selamat bersambung 19 Julai 2012. -Metro





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!