Thursday, May 24, 2012

Queens Park Rangers (QPR) ke Sabah


Bukan skuad kebangsaan dan ibu negara Kuala Lumpur, sebaliknya kelab Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers (QPR) memilih Sabah sebagai lawan mereka untuk aksi persahabatan pra-musim di Stadium Likas, Kota Kinabalu, 18 Julai ini. Ia adalah sebahagian daripada siri jelajah pra-musim QPR ke Asia dengan skuad kendalian Mark Hughes itu turut akan bertemu pasukan Pilihan Liga Thailand di Stadium Rajamangala, Bangkok, 14 Julai ini.

Pengerusi QPR, Tan Sri Tony Fernandes ternyata individu paling gembira apabila berjaya membawa pasukan kelabnya itu tampil beraksi di Malaysia buat kali pertama. “Kami cukup seronok dan bangga dapat membawa QPR berkunjung ke Asia untuk siri jelajah pra-musim kali ini. “Penyokong di Asia meminati QPR sejak kami terbabit dengan kelab ini dan kami gembira dapat memberi peluang kepada mereka menyaksikan pasukan buat pertama kali.

“Sepanjang pengetahuan saya, belum ada kelab melakukan jelajah pra-musim ke Sabah. Ini sebagai tanda ingatan kami kepada semua yang membantu AirAsia bertapak di sana dengan membawakan QPR ke Sabah,” kata Tony di laman web rasmi kelab itu, semalam.





.

Malangnya nasib bayi perempuan. Siyes nak nangis baca entri ni


Sekumpulan doktor memberi anjing peliharaan mereka makan janin bagi melindungi kegiatan pengguguran haram di bandar Beed, Maharashtra. Media semalam melaporkan, kegiatan itu berlaku akibat kecenderungan pasangan tempatan yang mahukan anak lelaki berbanding perempuan. Digelar sebagai penghapusan jantina, amalan itu dikaitkan dengan keputusan bancian yang menunjukkan hanya 801 bayi perempuan dilahirkan bagi setiap 1,000 bayi lelaki.

Maharashtra adalah negeri kedua paling padat penduduk di India. Menurut media, dengan memelihara anjing, doktor terbabit boleh menghapuskan janin berkenaan tanpa perlu membuangnya melalui saluran rasmi. “Maksudnya, amalan pengguguran haram yang didorong kecenderungan pasangan memilih jantina anak mereka di India kini disembunyikan,” lapor media. Pendedahan itu dibuat pegawai pertubuhan kebajikan yang menentang amalan itu, Lek Ladki Abhiyan, Varsha Deshpande. Menurut Varsha, pertubuhan berkenaan menjalankan siasatan sulit selepas seorang doktor, Dr Sudam Munde, mengaku secara terbuka pada 2010, dia terbabit menggugurkan janin perempuan dan memberinya kepada lima anjing peliharaannya.

Sejurus selepas pengakuan itu dibuat, Dr Sudam ditahan polis, tetapi dibebaskan tidak lama kemudian dan dia meneruskan aktiviti haram itu. Kata Varsha, ada saksi mengaku melihat satu janin dijadikan makanan anjing. “Amalan ini memang diketahui ramai di Beed, tetapi polis tidak bertindak kerana pengaruh Dr Sudam,” katanya. Menteri Kesihatan Awam Maharashtra, Suresh Shetty, berkata dia mendengar dakwaan janin dijadikan makanan anjing di Beed. “Namun, tiada sebarang bukti menunjukkan ia berlaku,” katanya.

Kata Suresh, disebabkan polis tempatan berada di bawah “tekanan” yang banyak, dia meminta cawangan jenayah untuk menyiasat kes terbaru. Mengenai dakwaan Varsha, Suresh berkata, kakitangan kesihatan setempat memang berdepan dengan kesukaran ketika cuba menyiasat aktiviti Dr Sudam. “Seorang kakitangan kami yang mengunjungi hospital Dr Sudam dikunci dalam sebuah bilik sebelum didera dan dihalau,” katanya. Pakar bedah itu juga berdepan dengan ancaman selama lebih setahun gara-gara tindakannya cuba menyiasat aktiviti berkenaan. “Kami meminta pihak berkuasa memberikan perlindungan kepada kakitangan kami,” katanya. - DM





.

Video Mike Tyson yang sedang solat dan berdoa dengan khusyuk..


Mike Tyson adalah legenda tinju dunia, setelah Muhammad Ali. Namun dia menemui hidayah Allah SWT. Dia memeluk Islam saat menjalani hukuman penjara atas tuduhan memperkosa ratu cantik Amerika Syarikat (AS) tahun 1991. Sebelum dipenjara, Tyson sedang berada dalam puncak kariernya. Dia tercatat sebagai juara dunia tinju kelas berat sejak 1986 hingga tahun 1990. Ketika keluar dari penjara, Tyson sempat beberapa kali menjalani pertandingan untuk mempertahankan gelarannya, namun tidak berhasil.


Khabar terakhir, Januari lalu, dia sempat muncul di arena tinju bebas di AS. Setelah itu, Tyson seakan menghilang hingga muncul khabar bahawa legenda tinju itu menjalani ibadah umrah, beberapa waktu lalu. Perjalanan ke Tanah Suci itu ternyata sungguh terbekas di hati mantan petinju dunia, Mike Tyson. "Saya masih suka menangis bila ingat saya boleh datang ke Taman Syurga di Madinah," ujarnya, menceritakan saat-saat mengharukan ketika dia solat di Raudhah, disamping makam Rasulullah SAW.


"Saya bahkan berfikir untuk tidak beranjak dari tempat suci itu." Secara bergurau lelaki yang dulu dijuluki sebagai " the neck of the concrete" ini menyatakan tak ingin dikenali sebagai Mike Tyson oleh orang lain ketika berada di Tanah Suci. "Saya berharap mereka membiarkan saya menikmati saat-saat saya penuh emosi dan sendirian berdoa." Tyson pergi berumrah bersama-sama dengan presiden misi perdamaian Kanada, beberapa duta besar Perserikatan Bangsa-Bangsa, dan cendekiawan Muslim Shazad Muhammad.


Di Madinah ramai peminat menunggu berjam-jam untuk melihat dan berfoto bersama petinju terkenal di dunia itu. Dan menakjubkan, apabila melihat sendiri dia solat dan berdoa dengan begitu khusyuk.




P/S - Dah berkali-kali cuba upload video, tapi entah dimana silapnya asyik error..




.

Cuai atau sengaja? apabila melibatkan anak..


Pihak berkuasa berkata, kecuaian seorang bapa hampir menyebabkan tragedi apabila dia memasukkan anak lelakinya ke mesin basuh. Dalam kejadian di bandar Camden 11 Mei lalu, insiden itu dirakam kamera litar tertutup dan menarik perhatian berjuta-juta orang apabila ia dimuat naik di YouTube dan laman sesawang lain. Melalui rakaman itu, lelaki terbabit dilihat meletakkan anak lelakinya dalam mesin berkenaan ketika bermain sorok-sorok.

Dia kemudian menutup pintu mesin berkenaan, menyebabkan ia terkunci dan hidup secara automatik. Ibu bapa budak terbabit kelam-kabut cuba menarik pintu mesin basuh itu ketika budak terbabit terus berpusing-pusing di dalamnya. Mereka kemudian berlari untuk mendapatkan bantuan kakitangan kedai berkenaan. Tindakan pantas pekerja terbabit mematikan suis mesin itu membolehkan budak berkenaan ditarik keluar dan dipercayai tidak mengalami sebarang kecederaan. Pasangan terbabit kemudian bergegas meninggalkan premis berkenaan.





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!