Sunday, May 27, 2012

Kekal cantik cara pelakon korea


Pelakon drama Secret Garden‘s, Kim Sa-rang bersedia memberitahu orang ramai rahsia menjaga badan dalam majalah Elle edisi Jun. Kim Sa-rang yang sibuk menjalani latihan untuk pementasan muzikal Godspell berkata, dia pernah membuat kenyataan yang dirinya tidak gemar bersosial. “Ada sekali dalam satu temubual saya beritahu yang saya tidak gemar keluar bertemu dengan orang lain.


Tapi sejak sibuk dengan teater ini, saya jadi seronok pula bergaul dengan rakan-rakan artis. “Bila sudah mencuba teater muzikal ini rasa seronok pula. Sudah lama saya ingin mencuba. Setiap kali latihan, saya merasa gembira," katanya. Di kalangan penggiat seni Korea, Kim Sa-rang amat dikenali sebagai wanita yang menitik berat soal bentuk badan.

Apabila ditanya bagaimana dia menjaga bentuk badan sejak 13 tahun lalu, Kim Sa-rang menjawab, " Saya suka makan tapi tidak banyak. Setiap hari saya akan buat latihan," katanya.




.

Kerang Raksasa ditemui


Seorang lelaki di California Selatan, Amerika Syarikat (AS) menemukan kerang raksasa setelah pencarian selama bertahun-tahun. Suratkabar tempatan, Eureka Times-Standard memberitakan, Richard Mesce menemukan kerang yang panjangnya 33 cm dan lebarnya 15 cm.

Mesce menemukan moluska raksasa itu di dasar Teluk Humboldt. Menurut perkiraan, kerang tersebut berusia 80 tahun. Pilot uang sudah pencen ini kemudian membawa kerang itu ke oseanografi Humboldt State University untuk diukur secara rasmi. Dia hendak mendaftarkannya ke buku catatan rekod dunia, Guiness World Records. Rekod kerang terbesar di Guiness adalah 30x14 cm.





.

Jual Daging Manusia ke Pasar


Polis Yunnan, China, menahan seorang lelaki yang disuspek melakukan pembunuhan dan amalan kanibalisme terhadap belasan korbannya. Suspek juga disyaki menjual daging-daging manusia ke pasar, menipu dengan mengatakan bahawa itu daging binatang. Diberitakan China Post, Sabtu 26 Mei 2012, Zhang Yongming ditahan polis Yunnan dua minggu lalu di rumahnya di desa Nanmen. Dia disyaki terlibat kes hilangnya belasan pemuda sejak tahun lalu. Saat menggeledah rumah lelaki 56 tahun ini, polis terkejut.

Di dalam ruangan rumahnya, terdapat daging-daging manusia yang digantung untuk dikeringkan. Di sebuah botol, polis menemukan dua bola mata manusia yang direndam di dalam arak. Polis mensyaki, selain memakan sendiri daging-daging tersebut, Zhang memberikannya untuk tiga ekor anjingnya. Polis juga mengatakan bahawa Zhang kemungkinan telah menipu pedagang di pasar yang membeli daging manusia darinya. Ketika menjualnya, Zhang mengaku bahawa itu adalah daging burung unta. Bukan kali ini saja Zhang terlibat kes pembunuhan.

Sebelum ini, dia dipenjara selama 20 tahun kerana membunuh. Jirannya menggelar Zhang sebagai "monster kanibal." Jiran Zhang mengaku sering melihat lelaki pendiam ini menggantung plastik hijau di rumahnya, dengan tulang putih menyembul keluar. Para pelapor awalnya menyangka keluarga mereka hilang akibat diculik dan kerja paksa di kilang batu bata. Menurut Tencent, salah satu portal berita di China, korban Zhang disyaki berjumlah hingga 17 orang.

Kanibalisme di China wujud sejak terjadinya wabak kelaparan ketika industrialisasi negara itu gagal pada tahun 1950an. Berbagai kes kanibalisme individu terjadi pada Revolusi Budaya dari tahun 1966 sampai 1976, sebagai bentuk perlawanan terhadap musuh komunis. (umi)





.

Aishwarya Rai..Oh Aishwarya Rai


She was heavily criticised for not losing her baby weight in stellar time. But Aishwarya Rai Bachchan is not letting cruel weight jibes spoil her baby bliss. The new mother couldn't help but gush about her six-month-old baby girl Aaradhya as she posed on the red-carpet at the Cannes premiere of Cosmopolis last night. '(Motherhood) is wonderful.

You ask the question and I beam!' she said. 'It’s splendid... It’s inexplicable.The joy, the bliss, is wonderful. A smile from my daughter and that’s it! She’s good. She’s great.' While she has been lambasted in her own country by fans for her approach to baby weight loss, the Bollywood star, who was once dubbed 'the most beautiful woman in the world', looked stunning for her red-carpet appearance tonight. Aishwarya dazzled in a floor-length glittering gown.


The Indian star's ensemble featured a strapless design with a sheer embellished long-sleeve overlay and a long train. The brunette beauty kept her accessories simple, carrying a simple metallic clutch and a pair of diamond studded earrings. She wore her dark tresses out in an old-Hollywood style curl and made her beautiful blue eyes pop with plenty of black eyeliner.




.

Facebook punca pasangan cerai


Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg mungkin baru menukar status perhubungannya kepada 'berkahwin' Sabtu lalu, namun laman sosial itu kini didapati menyumbang kepada satu pertiga daripada jumlah perceraian di sini, hasil satu tinjauan yang dilakukan oleh firma perundangan. Menurut satu kajian ke atas 5,000 petisyen perceraian oleh firma perundangan United Kingdom, Divorce Online, lebih 33 peratus perceraian tahun lalu yang disenaraikan adalah berpunca daripada Facebook. Jumlah itu naik mendadak berbanding 20 peratus pada 2009.

Tinjauan tersebut mendapati, terdapat peningkatan aduan oleh pasangan suami isteri yang bertengkar mengenai perbuatan sama ada mereka menukar status perhubungan masing-masing kepada bercerai dengan mesej-mesej yang tidak sesuai kepada jantina berbeza menjadi punca utama kepada aduan itu. "Sekiranya seseorang ingin menjalinkan hubungan sulit, Facebook merupakan cara yang mudah untuk melakukannya,'' kata jurucakap Divorce Online, Mark Keenan.

Malah, status yang dikemas kini, pemergian mencurigakan ke restoran dan gambar-gambar tidak sesuai yang dipaparkan di Internet, turut dijadikan bahan bukti dalam kes perceraian. "Justeru, pengguna Facebook perlu berhati-hati mengenai status yang mereka tulis kerana mahkamah melihat ia boleh digunakan dalam kes tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak sebagai bukti,'' kata Keenan. Sementara itu, menurut Akademi Peguam Perkahwinan Amerika Syarikat (AS), kira-kira 80 peratus peguam di negara itu mendedahkan, jumlah kes perceraian berpunca daripada laman sosial semakin meningkat.

"Saya melihat isu Facebook mengakibatkan perpecahan dalam perkahwinan berlaku sepanjang masa,'' kata peguam perceraian di Connecticut, Gary Traystman kepada Smartmoney.com. Daripada 15 kes yang dikendalikannya dalam tempoh setahun, rekod komputer, mesej dan email dijadikan sebagai bahan bukti dengan 60 peratus daripadanya melibatkan Facebook. - AGENSI





.

Kris Dayanti hamil lagi..


Baru melahirkan seorang anak perempuan bersama suaminya, Raul Lemos, penyanyi Krisdayanti teruja apabila diberitahu mengandung lagi. Krisdayanti memberitahu kandungan yang baru mencecah usia dua bulan itu langsung tidak dirancang namun mereka menerima ia sebagai rezeki. "Saya dan suami tidak merancang untuk menambah bilangan anak tetapi kehadiran orang baru ini nanti cukup menggembirakan kami," ujarnya.

Bagaimanapun kata Krisdayanti, kehamilan kali ini agak pelik kerana dia lebih selesa tidak mengenakan sebarang solek dan berpakaian santai. "Saya lebih selesa jika keluar ke rumah tanpa mengenakan sebarang solekan yang mana jarang-jarang saya lakukan sebelum ini," ujarnya. -mstar





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!