Tuesday, June 19, 2012

Mati bunuh diri kerana menjadi mangsa buli



Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun membunuh diri setelah menjadi mangsa pembuli, dakwa kawan-kawannya, semalam. Jade Stringer dari Bury, Greater Manchester, mati Sabtu lalu, enam hari selepas ditemui tidak sedarkan diri di dalam bilik oleh bapanya, David. Walaupun cuba untuk dipulihkan, gadis itu tidak langsung sedarkan diri. Dia dihantar ke Hospital Besar Fairfield pada 10 Jun lalu di mana dia meninggal dunia selepas satu minggu menggunakan bantuan mesin pernafasan.

Rakan remaja itu yang bersekolah di Sekolah Tinggi Haslingden dekat Rossendale, Lancs, mendakwa dia dibuli. Penghormatan yang diletak di Twitter dan Facebook berkata, dia adalah mangsa buli. Seorang pelajar menulis, “Dia dibuli oleh beberapa orang.” Chelsea Lazaruik berkata, “Semoga tenang Jade Stringer. Anda tidak sepatutnya mati seperti ini, membuli memang teruk tetapi anda tetap cantik di setiap sisi. Tidur dengan tenang xxx” Vanessa Nuttall berkata, “Kenapa orang suka membuli seseorang itu sedangkan ia perbuatan sangat teruk.”

Ada juga laporan mengatakan dia bertengkar dengan bapanya selepas telefon bimbitnya diambil darinya. Polis berkata, mereka tidak menyiasat kematiannya sebagai mencurigakan dan sedang “mengkaji keadaan” yang menyebabkan insiden itu. Jurucakap Polis Greater Manchester berkata,” Tidak lama selepas 3.35 petang pada Ahad 10 Jun, polis dipanggil oleh paramedik untuk datang ke rumah di Jalan Bolton di Hawkshaw Edenfield, selepas seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dilaporkan dijumpai tidak sedarkan diri.


“Kematian ini tidak dianggap sebagai mencurigakan dan kami tidak akan mencari sesiapa yang mempunyai kaitan dengan kejadian itu. “Tetapi, polis mengkaji keadaan yang menyebabkan kejadian ini berlaku.” -DM






.

Penyanyi popular ini mati ditembak.



Seorang penyanyi popular Pakistan yang melarikan diri daripada puak Taliban untuk meneruskan karier muzik, mati ditembak di Peshawar. Menurut polis, Ghazala Javed, 24, ditembak enam kali oleh beberapa lelaki bersenjata ketika beliau meninggalkan pusat kecantikan. Bagaimanapun, polis tidak mengesyaki puak Taliban sebagai pihak yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan itu tetapi menyatakan bekas suami mangsa adalah suspek kes berkenaan. Bapa mangsa yang berada bersama beliau turut terbunuh. - AFP




P/S - Kejamnya tembak sampai 6 kali.. huhu







.

Ianya bukan bola biasa



Penyelidik kini berusaha mencari penyelesaian dan ciptaan baru bagi menghasilkan elektrik terutama untuk kegunaan di negara-negara membangun. Ciptaan terbaru bagi tujuan itu dihasilkan oleh pelajar Universiti Harvard menyaksikan bola yang boleh menghasilkan tenaga elektrik apabila ditendang. Bola tersebut yang dikenali sebagai Soccket mampu menghasilkan tenaga untuk menyalakan lampu selama tiga jam, selepas digunakan dalam permainan bola sepak selama 30 minit.

Ciptaan terbaru itu dihasilkan daripada bahan-bahan yang boleh ditemui di negara-negara membangun dan melibatkan kos seperti untuk membuat bola berkualiti tinggi. Pelajar Jessica Lin, Julia Silverman, Jessica Matthews, Hemali Thakkaras dan Aviva Presser mengenengahkan idea menggabungkan bola sepak, sukan paling diminati di dunia dengan keperluan bekalan tenaga di negara-negara membangun. Bola tersebut yang menggunakan teknologi lingkaran induktif melibatkan lingkaran besi dan pasak magnet, selain kalis air telah diuji di Afrika Selatan.


Ciptaan khas itu ketika ini boleh digunakan dengan adaptor, tetapi menurut penciptanya ia akan dibangunkan lagi pada masa depan bagi membolehkan ia mengecaj barangan lain. - AGENSI







.

Hanya kerana mabuk, dia melakukannya (3 Gambar)



Seorang lelaki semalam, menjuntaikan anak perempuannya berusia tiga tahun di tingkap tingkat enam di blok apartmen mereka, selepas bertengkar dengan isterinya. Lelaki itu membuka tingkap rumah pangsa yang baru diduduki dan duduk di birai dengan hanya memegang pergelangan tangan budak kecil itu. Kanak-kanak kecil itu dapat dilihat cuba memeluk lutut bapanya dan menjerit ketakutan.


Saksi berkata, sesekali dia menyokong tubuh anaknya dengan kakinya tetapi dia lebih banyak memegang dengan sebelah tangan saja. Ibu kanak-kanak itu boleh didengar menjerit dari dalam rumah dan merayunya membawa kanak-kanak itu kembali ke dalam. Jiran menelefon perkhidmatan kecemasan yang meletakkan tilam angin di bawah sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya kanak-kanak itu terjatuh. Anggota polis menyerbu flat itu dan mula berunding dengan lelaki berkenaan.


Selepas dia enggan membawa masuk kanak-kanak perempuan itu ke dalam, mereka terus menerpa ke arah lelaki itu dan menarik kanak-kanak perempuan itu ke tempat selamat. Kanak-kanak itu dipercayai tidak cedera selepas kejadian itu. Polis menahan lelaki itu yang dikatakan bertengkar dengan ibu kanak-kanak itu dan khayal kerana mengambil dadah. - DM








.

Setelah melihat airmata ibu bapanya, dia tak jadi bunuh diri



Seorang remaja lelaki membatalkan niat terjun dari tingkat tiga bangunan empat tingkat selepas melihat kelibat ibu dan bapanya yang menangis selain merayu dia tidak meneruskan tindakan berkenaan di Chong Ling Park, Jalan Tabuan, di sini, kelmarin. Difahamkan, kejadian jam 8 malam berlaku apabila remaja berusia 18 tahun yang bekerja di rumah urut berdekatan mengambil tindakan nekad itu selepas berdepan tekanan perasaan akibat masalah keluarga. Menurut sumber, perbuatan remaja terbabit dilihat orang ramai sebelum menghubungi polis.

“Remaja terbabit menyewa di bilik di bangunan berkenaan, duduk di tepi tingkap, seolah-olah mahu terjun. “Sebaik menerima panggilan kecemasan, polis mendapatkan bantuan bomba dan penyelamat bagi memujuk remaja berkenaan. “Apabila semua usaha buntu, polis terpaksa menghubungi keluarga remaja itu sebelum ibu dan bapa lelaki itu tiba beberapa minit kemudian,” katanya. Katanya, dalam keadaan menangis, pasangan suami isteri itu kemudian kemudian bergegas ke tingkat tiga bagi memujuk anak mereka itu supaya tidak meneruskan perbuatan itu.


“Usaha dan pujukan pasangan itu membuahkan hasil apabila remaja terbabit membatalkan niat sambil meluru memeluk kedua ibu dan bapanya,” katanya. Beliau berkata, remaja terbabit dibawa ke Balai Polis Simpang Tiga untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis. -metro





.

Ngeri.. maut apabila kereta rempuh tiang



Seorang lelaki terbunuh manakala rakannya parah selepas kereta yang mereka naiki merempuh sebatang tiang elektrik ketika cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Jalan Bagan Jermal, di sini petang semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang itu, Ridzuan Rahim, 29, dikesan memandu kereta Proton Iswara bersama rakannya, Ahmad Bajuri Razali, 21, dalam keadaan mencurigakan di sekitar Mak Mandin di sini, oleh dua anggota polis yang meronda.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias berkata, dua anggota itu mengarahkan kereta tersebut berhenti bagi tujuan pemeriksaan tetapi kenderaan itu terus dipecut laju ke arah Jalan Bagan Jermal.-utusan






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!