Wednesday, June 27, 2012

Jailani Sidek dan Raja Azmi Fail Penceraian



Penerbit filem terkenal, Raja Azmi Raja Sulaiman bakal menfailkan penceraian dengan suaminya iaitu Jailani Sidek di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini pada petang Rabu (hari ini). Laporan Harian Metro menyebut, keputusan yang dibuat itu demi menjaga maruah suaminya sebagai seorang lelaki dan keputusan itu diambil atas persetujuan bersama, malah mereka akan diwakili peguam sama, Roslizam Rahim. “Selepas difikirkan masak-masak, hanya perceraian jalan terakhir untuk membersihkan nama suami saya daripada terus dicemuh. “Saya tak sanggup lagi mendengar tohmahan masyarakat yang menuduh dan menghina suami sebagai dayus.


Fitnah juga tidak putus-putus melanda rumah tangga kami hingga hubungan kami suami isteri tidak lagi seperti dulu. “Jadi, pada masa ini perceraian adalah penyelesaian terbaik untuk kami,” katanya. Raja Azmi, 48, berkata, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dia dan Jalani kerap menjadi mangsa fitnah pihak tertentu dan kesannya benar-benar menjejaskan reputasi bukan saja mereka berdua, malah keluarga. -mstar






.

Ibu, hanya sekadar nama


Seorang ibu ditahan selepas didakwa mencampak dua anak lelakinya dari balkoni tingkat 15 kerana dia bosan dengan mereka. Galina Ryabkova, 30, dilihat dalam keadaan selamba dalam video pengawasan yang diambil daripada blok flet di Moscow Russia selepas insiden itu. Jiran di kompleks perumahan itu dikejutkan dengan bunyi tubuh kanak-kanak lelaki berusia empat dan tujuh tahun itu jatuh ke tanah. Walaupun mereka berusaha untuk membantu, kanak-kanak terbabit meninggal dunia sebelum petugas kecemasan tiba. Menurut RT, Galina berkata, “dia bosan dengan anaknya” dan memutuskan “untuk menghapuskan mereka.” Galina yang suaminya keluar atas urusan perniagaan tinggal di tingkat lapan bangunan itu dan dipercayai membawa kanak-kanak berkenaan ke tingkat 15 sebelum mencampakkan mereka.


Seorang jiran di blok apartmen yang sama menceritakan kejadian ngeri itu kepada Life News. Lelaki itu yang tidak mahu dikenal pasti, berkata, isterinya mengejutkannya memberitahu bahawa kanak-kanak terbabit jatuh dari bangunan itu. Pasangan berkenaan berlari keluar dan melihat dua kanak-kanak itu terbaring di tanah di depan pintu masuk utama kompleks apartmen terbabit. Lelaki itu berkata: “Pada waktu sama, ibu mereka meninggalkan bangunan itu. Kami bertanya kepadanya jika mereka adalah anaknya dan dia menjawab dengan selamba, “Ya, saya yang mencampakkan mereka.” CCTV dari blok apartmen itu sebagaimana dilaporkan New York Daily News menunjukkan seorang daripada kanak-kanak itu jatuh di depan bangunan itu.

Kemudian ia menunjukkan Galina turun ke bawah memakai jeans dan kemeja-T putih. Dia duduk dengan tenang di lobi bangunan, mengejutkan jiran tetangga yang mengelilinginya bagi mengelakkan dia melarikan diri. Video itu berakhir dengan pegawai polis tiba di bangunan itu untuk menyiasat kejadian ngeri berkenaan dan menahan ibu kanak-kanak malang terbabit. Galina juga dilaporkan cuba untuk membunuh diri pada masa lalu dan suaminya mungkin berlaku curang kepadanya. Galina akan dihantar ke hospital psikiatri untuk pemeriksaan manakala siasatan diteruskan. - DM





.

Ribuan bunga ros di ulang tahun ketiga pemergiannya



Peminat Michael Jackson meletakkan beribu-ribu bunga ros di kuburnya pada Isnin, menandakan ulang tahun ketiga pemergian Raja Pop Dunia itu. Jackson mati pada usianya 50 tahun pada 25 Jun 2009 kerana pengambilan dos anestetik yang berlebihan yang digunakan bagi memudahkan beliau untuk tidur. Jackson dikebumikan di Perkuburan Forest Lawn di Glendale, di pinggir Los Angeles. Menurut laman web berita selebriti TMZ.com, para peminat Jackson bersama-sama mengumpulkan wang berjumlah AS$30,000 dan meletakkan 10,000 kuntum bunga ros merah, yang merupakan bunga kesukaan penyanyi itu di kuburnya.

Bunga-bunga ros diletakkan bersama-sama dengan bunga matahari yang kebiasannya diberikan oleh seorang peminat setia secara mingguan, beserta anak patung beruang dan pemberian lain. Anak perempuan Michael Jackson, Paris yang kini berusia 14 tahun menulis di Twitternya pada Isnin: “Michael Jackson disemadikan dengan tenang. Ayah, anda akan sentiasa berada dalam hari saya. Saya sayang ayah.” Randy Jackson, salah seorang abang kepada bintang itu menulis di Twitternya: “Michael Jackson Raja Pop disemadikan dengan tenang.


Penyanyi Justin Bieber turut mengucapkan takziah menerusi Twitter: “Anda tidak akan dilupakan.” Penyanyi Paula Abdul pula menulis di Twitternya: “Michael Jackson merupakan contoh seorang lagenda – ikon yang sebenar yang hanya terbaik, yang diikuti.” - AFP






.

Bunga dengan 10 kelopak


Bunga pakma atau Rafflesia iaitu bunga terbesar di dunia lazimnya ditemui mempunyai lima kelopak. Bagaimanapun, spesies hibrid betina fauna berkenaan ditemui memiliki 10 kelopak berdiameter 46 sentimeter di Sungai Gadong, Taman Negeri Royal Belum, Gerik. Tumbuhan parasit tersebut ditemui seorang pekerja Perbadanan Taman Negeri Perak ketika menjalankan kerja-kerja rutin harian menyelia kawasan berkenaan.

Pengurus Perbadanan Taman Negeri, Iylia Ainuddin berkata, penemuan bunga itu yang dikenal pasti sebagai hasil evolusi antara spesies R. azlanii dan R. cantleyi telah disahkan sebagai yang pertama di dunia. -utusan






.

Wang kertas baru Malaysia 2012



Bank Negara Malaysia (BNM) berkata, wang kertas siri baru Malaysia akan berada dalam edaran mulai 16 Julai 2012. Berikutan itu, BNM telah mengadakan beberapa sesi pertemuan sejak beberapa bulan yang lalu dengan pihak berkepentingan bagi membolehkan pengenalan wang kertas siri baru Malaysia ini berjalan dengan lancar. Mereka yang terlibat ialah institusi kewangan, kompleks membeli-belah, syarikat pengangkutan awam, syarikat telekomunikasi, pengendali tempat letak kereta, pemilik kios pembayaran serta pengendali mesin wang tunai dan tiket.


BNM dalam kenyataan di sini berkata, sekiranya pihak berkepentingan tersebut belum berbuat demikian, mereka hendaklah mempercepatkan pengubahsuaian mesin mereka agar boleh menerima wang kertas siri baru untuk kemudahan orang ramai.





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!