Sunday, July 1, 2012

Melihat senjata emas milik Saddam Hussein



Saddam Hussein sebagai mantan pemimpin di Iraq memang sudah tiada di dunia. Dia dihukum gantung pada tahun 2006 lalu, sebagai hukuman atas kejahatan yang dia lakukan selama memerintah. Namun meskipun dia sudah lama meninggal dunia, dia masih menjadi tumpuan berita awam, terutama setelah puluhan koleksi senjata Saddam Hussein yang terbuat dari emas berjaya ditemui!


Senjata peribadi milik pemimpin Iraq itu terdiri dari berbagai jenis. Dari pistol atau revolver, peluncur granat, senapang laras panjang, dan sebagainya.






.

Suka pura-pura mati


Chuck Lamb, berusia 47tahun, yang sering dikaitkan dengan orang mati mungkin mempunyai hobi yang paling aneh iaitu : berpura-pura mati. Tidak cukup sampai disitu, dia juga merakam semua adegan kematiannya dalam bentuk foto dan video dan disiarkan didalam laman webnya sejak tahun 2005.

Disebabkan oleh hobinya yang aneh ini laman web yang dimilikinya dikunjungi oleh 32 juta orang dan menarik perhatian media TV untuk mewawancaranya.

 




.

Ibu bapa tolong pantau rapi anak



Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru ibu bapa supaya memantau rapi anak masing-masing bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi mereka. Beliau berkata, kesibukan bekerja tidak boleh dijadikan alasan untuk membiarkan anak-anak terutama pelajar sekolah bebas melakukan pelbagai perkara tanpa pemantauan. Menurut beliau, melalui pemantauan berkesan, ibu bapa boleh mengenal pasti masalah yang dihadapi anak-anak di peringkat awal dan mengambil tindakan sewajarnya untuk mengatasinya.

"Ini termasuklah bekerjasama dengan pihak sekolah dan penguat kuasa undang-undang bagi menangani masalah yang dihadapi pelajar secara bersama," katanya ketika merasmikan Program Pemantapan dan Jati Diri Sahsiah Remaja anjuran Persatuan Bekas Anggota Perisikan Malaysia (Baris) yang turut dihadiri Pengerusinya, Datuk Nordin Hassan. Teks ucapannya dibacakan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd. Ghafar Mahmud di sini hari ini. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menegaskan pelajar adalah aset amat berharga kepada negara dan mempunyai peranan penting dalam mengekalkan keharmonian kaum serta kestabilan negara.


"Setiap tindakan dilakukan pelajar biar sekecil mana sekalipun tetap akan memberi kesan kepada masyarakat dan negara," katanya. Berhubung isu disiplin dan jenayah dalam kalangan pelajar, beliau berkata, komunikasi yang lebih berkesan perlu diwujudkan antara guru, ibu bapa dan golongan tersebut bagi mewujudkan kesedaran tentang isu berkenaan. "Lebih penting ialah pemantauan berkesan oleh ibu bapa dan anggota masyarakat yang prihatin," katanya. Dalam pada itu, kata beliau, hasil pemantauan berterusan kementeriannya mendapati jumlah pelajar yang terlibat dalam masalah disiplin telah menurun iaitu daripada 2.06 peratus pada 2010 kepada 2.05 peratus pada tahun lalu. "Purata kadar salah laku disiplin pelajar yang direkodkan kementerian dalam tempoh lima tahun iaitu dari 2007 sehingga 2011 ialah 2.07 peratus setahun," ujarnya.

Menurut beliau, salah laku tersebut termasuk kes berat seperti memukul, bergaduh, ponteng sekolah serta disiplin ringan seperti kekemasan diri. "Ini menunjukkan antara dua hingga tiga peratus daripada 5.3 juta pelajar masih perlu diberi perhatian sewajarnya," katanya. Sementara itu, Nordin berkata, program yang melibatkan kira-kira 1,000 pelajar di sekitar Wilayah Persekutuan bertujuan memantapkan jati diri dan sahsiah mereka. "Kita mahu melahirkan pelajar yang bersemangat patriotik dan cintakan negara," katanya.





.

Kisah terbaru penyanyi Dahlan Zainuddin



Penyanyi bertaraf superstar pada era tersebut, Dahlan Zainuddin antara penyanyi tanah air yang mengidamkan untuk beraksi di Stadium Negara. Menurut Dahlan yang kini berusia 71 tahun, dia berasa bangga kerana menjadi penyanyi tempatan pertama yang mendapat peluang mengadakan konsert di tempat yang besar seperti di Stadium Negara pada 1978. "Ketika itu tidak banyak konsert besar diadakan oleh penyanyi-penyanyi tempatan termasuklah di Stadium Negara yang boleh memuatkan sehingga 12,000 penonton. Maknanya, ketika itu kalau ada penyanyi tempatan yang berjaya mengadakan konsert di tempat yang sebesar itu, maka penyanyi itu memang popular.

Saya pula memang beruntung kerana ketika itu saya sedang popular. "Lagu saya yang berjudul Biduan Pujaan ciptaan Ahmad Nawab sedang popular ditambah lagi dengan filem lakonan saya yang bertajuk Kisah Seorang Biduan juga telah pun ditayangkan ketika itu. Jadi konsert anjuran majalah Varia Pop itu memang kena pada masanya. Saya bangga kerana sebelum itu hanya artis-artis dari luar negara sahaja yang mengadakan konsert di situ. "Saya bukan sekali, malah dua kali berturut-turut mengadakan konsert di Stadium Negara pada tahun 1978. Ketika itu, memang tidak ada penyanyi tempatan yang berbuat begitu. "Selepas itu, barulah penyanyi lain seperti Sudirman Haji Arshad mendapat peluang mengadakan konsert di situ. Itu adalah antara pengalaman manis saya sebagai penyanyi," katanya kepada S3 baru-baru ini.

Dahlan yang dilahirkan di Ipoh, Perak dan dibesarkan di Singapura mencipta nama bukanlah kerana menjadi juara dalam pertandingan nyanyian. Sebaliknya, dia yang hanya muncul memenangi kategori Persembahan Keseluruhan Terbaik dalam pertandingan Bintang RTM 1975 semakin dikenali ramai dan menjadi buruan ramai komposer selepas pertandingan tersebut. Bapa kepada Natasha, 36; Mohd. Danial, 29; Akesya Iman (sudah meninggal dunia) dan Nur Athinia Ines, 17, bukan setakat berpeluang mengadakan konsert di tempat besar seperti Stadium Negara tetapi juga sehingga ke luar negara. Antaranya dia juga pernah mengadakan konsert di Dewan Malaysia di Kedutaan Malaysia di London, United Kingdom (UK) pada tahun 1976. "Setahun selepas menyertai Bintang RTM tahun 1975 walaupun sekadar sebagai finalis tetapi saya mendapat banyak tawaran mengadakan persembahan pentas di seluruh negara termasuklah di UK pada tahun 1976. Mungkin ada hikmahnya saya tidak menang dalam Bintang RTM 1975 yang ketika itu dimenangi oleh kumpulan MARJ tetapi saya tetapi dikenali ramai.

"Sewaktu mengadakan persembahan di UK itu juga saya mengambil kesempatan menonton banyak konsert artis-artis pujaan antaranya kumpulan The Commodores. Sejak menyertai Bintang RTM 1975 itulah saya serius menjadi penyanyi sehinggalah ke hari ini dan tanpa disedari saya telah menjadi penyanyi selama 37 tahun," ujar datuk kepada seorang cucu, Adiah Sofia, 6, ini. Meskipun usianya mencecah 71 tahun Dahlan seperti tidak dimakan usia. Dia masih sihat dan aktif memenuhi undangan mengadakan persembahan pentas di seluruh negara. Dahlan yang merupakan anak pelakon bangsawan yang berhijrah ke Singapura sewaktu berusia lapan tahun dan kemudiannya menetap di Kuala Lumpur pada 1965 mempunyai rahsianya yang tersendiri.


Sejak usia remaja dia banyak bersenam dan bersukan bagi menjaga kesihatan. Kecenderungan bersukan sehinggalah ke hari ini bukan sahaja membantu mengekalkan kesihatannya, malah kemantapan vokalnya sewaktu menyanyi. Bola sepak adalah sukan kegemarannya di mana sehingga kini dia masih bermain bola sepak. "Sampai sekarang saya masih boleh berlari dan bermain bola sepak di padang biasa. Sebenarnya, saya kini masih bermain bola sepak dengan pasukan UKRC (Ulu Klang Recreation Club) sejak 15 tahun lepas. Sebelum ini pun kalau ada perlawanan persahabatan antara artis dan pasukan-pasukan lain, saya jarang ketinggalan turut serta dalam setiap perlawanan tersebut. "Selain mengekalkan kesihatan, bersenam termasuklah bermain bola sepak mampu mengekalkan kecergasan badan dan vokal sewaktu saya menyanyi.

Sebab itu, saya kini ada rancangan untuk menghasilkan album single terbaru saya selepas kali terakhir menghasilkan album berjudul 25 Tahun Nostalgia Biduan pada tahun 1996 bersama Sony Music. "Album itu pertama kali dalam bentuk CD (cakera padat) yang mana sebelum ini album-album saya hanya diterbitkan dalam bentuk piring hitam. Selama ini, saya selalu menyanyikan lagu-lagu lama. Jadi, sudah sampailah saya muncul dengan album baru selagi saya masih sihat dan boleh menyanyi," kata suami kepada penyanyi popular tahun 1970-an, Effa Rizan ini lagi.-utusan







.

Ibu leka chatting di internet walaupun bayinya sakit dan mati


Seorang wanita yang disyaki membiarkan bayinya yang sedang sakit secara bersendirian sehingga menyebabkan kematian, ditahan di sini (Jepun) baru-baru ini. Menurut polis dan media, Yumiko Takahashi, 29, melakukan perbuatan itu pada 24 Jun tahun lalu ketika dia leka bersembang di forum Internet, walaupun menyedari bayinya menghidap demam panas. Sehubungan itu, wanita terbabit ditahan atas tuduhan kecuaian yang menyebabkan kematian. - AFP







.

Usain Bolt bukan lagi lelaki terpantas



Usain Bolt adalah pelari lelaki terpantas di dunia tetapi hari ini tidak di negara asalnya, Jamaica. Penghormatan pelari terpantas kini milik Yohan Blake, yang menyudahkan larian final 100 mencatat 9.75 saat bagi mengejutkan pemegang rekod dunia itu dengan 0.11 saat pada persiapan Olimpik Jamaica, hari ini. Blake sepatutnya memiliki gelaran juara dunia itu tahun lalu lagi di Korea Selatan tetapi Bolt ketika itu tidak berlari selepas disingkirkan kerana melakukan kesalahan memulakan larian.
 

Hari ini adalah pertemuan mereka kembali dan Bolt dianggap pelarian pilihan kerana memegang rekod dunia dengan 9.58 saat. Blake adalah rakan latihan Bolt tetapi Blake tidak pernah berlari di bawah catatan 9.84 saat sepanjang kariernya. Namun larianya hari ini dengan catatan 9.75 saat adalah masa terbaiknya tahun ini, sekali gus memecah rekod kebangsaan empat tahun di Stadium Nasional. - AFP





.

Gempar!! Tom Cruise bercerai



Pasangan popular Hollywood Tom Cruise dan Katie Holmes dilaporkan bakal bercerai selepas lima tahun berkahwin. Daily Mail melaporkan, Holmes telah menfailkan cerai terhadap suaminya melalui peguamnya Jonathan Wolfe. Ditanya mengenai punca keretakan rumah tangga pasangan itu, Wolfe memberitahu majalah People masalah yang dihadapi pasangan itu sangat peribadi. "Baik Holmes mahupun Cruise masalah yang berlaku sangat peribadi," ujarnya. Wolfe memberitahu, anak pasangan itu iaitu Suri akan berada di bawah pengawasan Holmes buat masa ini.


"Dia sangat sayangkan Suri dan sering bersama anaknya itu dan buat masa ini pengawasan anak mereka diberi kepada Holmes," katanya. Pasangan itu berkahwin pada tahun 2008 dan akan menjadi penceraian ketiga bagi Cruise selepas gagal mempertahankan rumah tangganya dengan pelakon Nicole Kidman dan Mimi Rogers.








.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!