Tuesday, July 10, 2012

Adegan filem punca remaja merokok



Remaja yang menonton terlalu banyak filem dengan watak perokok boleh terpengaruh dan menjadi perokok dengan sendiri, kata sekumpulan penyelidik dalam satu kajian terbaru mereka. Ketua penulis laporan berkata, keputusan itu menyokong idea bahawa merokok, kelakuan tidak sopan atau keganasan yang sering dikaitkan dalam sesetengah filem mampu mempengaruhi tabiat remaja. “Filem dengan watak perokok memberi kesan buruk jika ia sebuah filem yang boleh ditonton remaja berusia 13 tahun dengan pengawasan ibu bapa (PG-13), berbanding filem kategori R (untuk remaja 17 tahun ke atas).

“Lebih banyak remaja melihat cara merokok menjadikan mereka dilihat seperti bintang filem,” kata Dr James Sargent, dari Sekolah Perubatan Giesel, di Dartmouth Lebanon, New Hampshire. Sargent dan rakannya mengira berapa kali sesebuah watak dilihat merokok dalam setiap lebih 500 filem pecah panggung sejak beberapa tahun lalu. Mereka kemudian melakukan soal jawab terhadap 6,500 kanak-kanak di Amerika Syarikat berusia 10 hingga 14 tahun yang dipilih secara rawak bagi 50 filem ditonton mereka. Purata adegan merokok dalam filem adalah 275 adegan dari filem dengan kelas PG-13 dan 93 dari filem R, kata penyelidik berkenaan dalam laporan mereka di Pediatrics.


Temubual dengan kanak-kanak yang menonton filem sarat adegan merokok untuk memilih tabiat mereka sendiri. Bagi setiap 500 adegan merokok tambahan dilaporkan dalam kajian awal, remaja terbabit berkata, sebanyak 33 hingga 49 peratus cuba meniru sepanjang dua tahun lalu. Kesan terhadap adegan merokok tidak penting berbeza bagi filem PG-13 dan R. Kumpulan Sargent menganggarkan bahawa jika secara automatik sesebuah filem adalah kelas R, bilangan remaja yang cuba merokok menurun sebanyak 18 peratus. - Agensi






.

Kenali Blog Gadis Lensa..




Salam.... Sebelum tu ini adalah entri tajaan.. ^__^

Entri melekat 24 jam..
Tahniah pada empunya blog yang telah memenangi hadiah dari satu giveaway dimana lulu taja, hadiah yang merupakan entri melekat special untuk blognya selama 24 jam. Entri ni sepatutnya dah lama lulu publish.. Tapi kebetulan lulu memang sibuk, huh entah bila tak sibuk.. Namun, marilah kita berkenalan dengan empunya blog ini..



Empunya blog ni baru berusia 14 tahun.. wah muda lagi dah ada blog.. tahniah.. Lulu masa umur 14 tahun takde blog.. sekarang dah 20an baru ada blog. jom kenalinya menerusi blog unik, dan nampaknya, dia sedang mengadakan giveaway.. Jom lah join sebab hadiahnya pun banyak tu.. ;)

Tahniah kerana menang...




P/S - Entri ini ditaja sepenuhnya oleh Lulu Caldina..






.

Selepas bersama Spain menjuarai Euro 2012, Andre Iniesta berkahwin



Setelah menjuarai Piala Euro 2012 bersama Sepanyol, Andres Iniesta kini melangkah setapak lagi. Setelah dinobatkan menjadi Pemain Terbaik Euro 2012, Iniesta menjadi "raja" pada pesta perkahwinannya. Pemain berusia 28 tahun itu mengahwini kekasihnya Anna Ortiz di Istana Tamarit, Tarragona. Perkahwinan yang dihadiri oleh rakan sepasukannya di Barcelona itu berlangsung indah kerana diadakan di tepi laut. Iniesta dan Anna sudah memiliki seorang anak perempuan bernama Valeria yang lahir pada 3 April lalu.


Iniesta dan Anna sudah berpacaran sejak 2008. Permainan hebat Iniesta selama perlawanan Piala Euro membuatnya terpilih sebagai Pemain Terbaik Piala Euro 2012. Dia mengalahkan rakannya Xavi Hernandez dan juga playmaker Itali, Andrea Pirlo.





.

Pemandangan pelik di pantai China..



Bila melihat gambar-gambar ini, sudah tentu kita akan tertanya-tanya motif utama mereka mengenakan topeng muka. Pemandangan pelik ini terjadi di pantai China. Ianya dikenakan bukanlah bertujuan untuk merompak bank, namun kebanyakan wanita ini adalah mereka yang sudah dalam pertengahan umur wanita. Mereka 'berpenampilan sesuai' di pantai.


Wanita di Pantai Qingdao, China utara-timur wilayah Shandong, memakai topeng nilon yang sedikit menakutkan untuk melindungi diri mereka apabila mereka ke pantai. Topeng, yang dicipta oleh warga tempatan tujuh tahun yang lalu, digunakan untuk menghalang sinaran matahari yang memudaratkan agar si pemakai tidak perlu menggunakan 'sun burn'.

Produk ini kini di bawah pengeluaran besar-besaran dan dijual di kedai-kedai pakaian renang sepanjang wilayah Shandong Timur Laut China. Pelabuhan laut bandar Qingdao terkenal dengan pantai, yang terkenal dengan air jernih, ombak lembut dan pasir memukau. Pemandangan indah ini juga sebanding di Hawaii, Bali atau Pulau Samet di Thailand.




P/S - Ala, kalau takut kena matahari duduk jer dalam rumah. kan senang. Ini tutup muka, macamlah badan tak kena sinaran matahari kan..






.

Apple kalah dengan Samsung Galaxy Tab



Syarikat Samsung dari Korea Selatan pada Isnin, menang dalam perebutan paten terhadap pesaingnya dari Amerika Syarikat (AS) Apple, apabila hakim British membuat keputusan bahawa tablet Samsung Galaxy tidak cukup 'sama', untuk dikelirukan dengan iPad keluaran Apple. Mahkamah tinggi di Britain memutuskan tablet Galaxy yang dibuat oleh Samsung, syarikat elektronik terbesar di dunia, tidak melanggar reka bentuk berdaftar Apple dan pengguna tidak mungkin keliru dengan tablet iPad. "Mereka tidak mempunyai reka bentuk sama dan persamaan melampau yang dimiliki oleh reka bentuk Apple," Hakim, Colin Birss berkata ketika keputusan mahkamah dibuat.


"Mereka tidaklah sama." iPad memegang sekitar 65 peratus pasaran komputer tablet global, dengan Galaxy Samsung membuat sekitar enam peratus jualan global, menurut penyelidik. Seorang jurucakap Samsung mengalu-alukan penghakiman itu dan memberi amaran kepada lawannya terhadap tindakan undang-undang selanjutnya. Apple dan Samsung terlibat dalam perebutan paten antara satu sama lain di mahkamah antarabangsa, dengan kedua-dua syarikat bersaing untuk kepentingan yang lebih besar dalam pasaran telefon pintar dan tablet.






.

Cara Drew Barrymore melalui hari sebagai ibu mengandung



Bulan lepas, dia hanya mengenakan t-shirt yang ketat dengan perut yang semakin membesar. Dan minggu ini Drew Barrymore muncul dengan pakaian yang lebih selesa. Pelakon Amerika Syarikat ini telah dilihat keluar dengan memakai baju pijama. Drew, 37 tahun, yang masih belum secara rasmi mengumumkan kehamilannya, jelas berpakaian untuk keselesaan menghadapi kehamilannya yang kian menonjol itu. Walaupun kelihatan dia agak selesa dengan penampilan seperti itu, namun ianya tidak sesuai dengan tarafnya sebagai bintang filem ternama. Drew dikatakan telah membeli-belah untuk lilin di Montecito, tetapi dia sebenarnya kelihatan lebih berminat dengan telefon bimbit.







.

Beginilah sikap ibu bapa yang tidak bertanggungjawab



Sepasang suami isteri ditahan selepas cuba menyeludup anak mereka masuk ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) di dalam bagasi tangan mereka. Pasangan warga Mesir itu ditangkap apabila kakitangan keselamatan lapangan terbang mengesan bayi berusia lima bulan itu menerusi mesin pengimbas bagasi. Mereka tidak dibenarkan meninggalkan Lapangan Terbang Sharjah, UAE, kerana tidak mempunyai dokumen lengkap untuk bayi itu. Pihak berkuasa lapangan terbang bagaimanapun membenarkan mereka berada di lapangan terbang itu sehingga pejabat berkaitan dibuka.


Namun, pasangan itu cuba meneruskan hasrat mereka untuk memasuki UAE dan memasukkan bayi itu di dalam beg ketika pertukaran syif petugas. Tetapi, perbuatan itu terbongkar apabila petugas keselamatan menyedari bentuk tubuh bayi pada mesin pengimbas. Pasangan terbabit dituduh membahayakan nyawa kanak-kanak yang boleh terdedah kepada radiasi. Jurucakap Polis Sharjah berkata: “Mereka membahayakan nyawa kanak-kanak itu. Ketika disoalsiasat, mereka mengaku bertindak untuk menyeludup anak mereka kerana dia tidak mempunyai pasport atau visa tetapi mahu membawanya bersama-sama ke UAE.”


Seorang lagi pegawai polis berkata: “Apabila petugas kastam melihat bayi itu pada mesin pengimbas, mereka terkejut. “Mesin itu amat berbahaya kepada manusia, lebih-lebih lagi bayi dalam beg yang diimbas. “Pasangan berkenaan yang mempunyai visa untuk memasuki UAE tetapi meletakkan nyawa anak mereka dalam bahaya akan didakwa.” Suami isteri berkenaan dilapor meninggalkan UAE kerana si ibu hamil dan mahu melahirkan anak itu di Mesir. Setakat ini tidak dapat dijelaskan bagaimana kanak-kanak itu dibawa naik ke pesawat di Kaherah tanpa pasport. - GN





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!