Friday, July 13, 2012

Sampai hati buat isteri macam tu kan..



Seorang lelaki dari Virginia Barat ditangkap kerana menyeksa isterinya, menjadikannya hamba dan tebusan dengan merantainya selama hampir 10 tahun. Menurut media tempatan, pegawai di Jackson County menuduh Peter Lizon bertindak jahat selepas isterinya muncul di sebuah pusat perlindungan dengan parut pada pergelangan tangan dan kaki akibat dirantai baru-baru ini. Lizon, 37, juga didakwa memukul kaki isterinya dengan peralatan pertanian. Dia memanggil isterinya, Stephanie, 43, ‘hamba’ dan memaksa wanita itu melutut setiap kali dia memasuki bilik.


Stephanie mengalami kecederaan serius pada seluruh tubuhnya, dari melecur teruk pada payu dara dan belakang badan akibat ditekap dengan besi dan kuali panas sehingga patah jari dan berparut, menurut tuduhan jenayah yang difailkan oleh seorang wanita yang menemui mangsa di pusat perlindungan itu. Wanita itu juga mendakwa Lizon memukul isterinya di perut ketika dia mengandung, menyebabkan mangsa keguguran sebelum lelaki itu menanam mayat janin yang sudah membesar menjadi bayi di ladangnya.

Stephanie juga dipaksa melahirkan seorang lagi anak sambil dia dirantai. Dia dan dan anaknya tidak pernah menerima rawatan perubatan sejak itu. Bagaimanapun, peguam Lizon, Shawn Bayliss menolak dakwaan itu dengan memberitahu stesen televisyen WSAZ, keguguran yang dialami Stephanie berpunca daripada kemalangan jalan raya. Menurutnya, wanita yang memfailkan tuduhan itu mengalami masalah mental dan berkata, Stephanie tetap mempertahankan suaminya. - AP





.

Seram!! Restoran ini berada di tengah kubur


Biasanya kuburan dianggap tempat seram yang tidak ingin sering dikunjungi oleh setiap orang. Namun anehnya di India, kuburan justru dijadikan tempat asyik untuk menikmati makanan. Seperti yang dipetik dari Oddity Central, seorang lelaki dari India mendirikan sebuah restoran di tanah perkuburan. Yang menarik, si pemilik tidak memindahkan kuburan tersebut. Sebaliknya dia justru menjadikannya sebagai salah satu hiasan. Berlokasi di Ahmadad, India, restoran unik tersebut dinamakan New Lucky. Restoran dengan menu popular teh tarik ini memiliki beberapa kuburan warna hijau terang di sebelah-sebelah kerusi pelanggan.


Para pengunjung mengaku tidak terganggu menikmati hidangan sambil melihat kuburan tersebut. Mereka menganggapnya sebagai hiasan ruangan dan pelayan dengan tenang melewatinya sambil membawa cawan berisi teh di tangan. Krishan Kutti Nair, si pemilik, berfikir lokasi yang menyeramkan ini baik untuk bisnes. Krishan sendiri tidak mengetahui makam siapa saja yang ada dalam restoran tersebut. Tapi sejarawan tempatan menyebut tempat itu menjadi peristirahatan terakhir seorang tokoh sufi beserta dengan keluarganya dari abad ke-16. Awalnya, restoran New Lucky hanya berupa kedai di luar pekuburan. Saat itu, seorang bernama K.H Muhammad membuka kedai tersebut. Kemudian Krishan ikut mengelolanya hingga menjadi besar dan akhirnya memiliki bangunan tembok mengelilingi beberapa makam.

Walaupun lokasi itu dianggap aneh dan menakutkan, Krishan mengaku tidak akan memindahkan kuburan itu meskipun pelanggan mengesyorkan dia memperluas ruangan. Bahkan setiap pagi Krishan menghiasi nisan-nisan yang dijangka dari abad ke-16 tersebut dengan bunga segar. "Kuburan adalah keuntungan," ujar Krishan. "Bisnes kami menjadi lebih baik kerana adanya itu (kuburan)."





.

Kerana lalai, 24 tan ikan tumpah memenuhi jalan raya


Seorang pemandu trak yang lalai, telah menyebabkan kesesakkan lalu lintas yang cukup teruk di sebuah Jalan raya di kota Kolobrzeg, Poland. Pemandu itu secara tidak sedar telah menumpahkan 24 tan ikan sardin ke jalan raya tersebut kerana dia terlupa untuk menutup pintu trak itu dengan betul. Pengguna jalan tersebut, terpaksa dialihkan oleh petugas melalui jalan lain, kerana jalan tersebut ditutup sementara. Petugas kebersihan, yang datang terkejut melihat banyak ikan-ikan sardin yang jatuh kejalan sejauh beberapa ratus meter di kedua ruas jalan tersebut.


"Pada awalnya, kami sangka ianya kemalangan serius" kata Wladyslaw Nowak, salah seorang pemandu yang kebetulan melihat kejadian itu. Setelah melakukan penyelidikan dan pemeriksaan terhadap si pemandu, petugas menyatakan bahawa ini merupakan kelalaian dari Jakub Carowski (26 tahun) pemandu trak.


 Jakub ternyata tidak menutup pintu belakang trak tersebut secara betul. Kerana kelalaiannya, Jakub terpaksa harus membayar denda sebesar £ 50 dan £ 5.000 untuk membayar petugas yang membersihkan jalan.






.

Bersalin cara China.. Ibu yang tidak boleh tunggu, akhirnya bersalin dikaki lima jalan


Melahirkan bayi ke dunia untuk menjadi sesuatu yang paling mencabar buat sepasang suami isteri ini. Mahu tidak mahu, ibu ini terpaksa melahirkan anak di kaki lima di Guangzhou, ibu kota Provinsi Guangdong tenggara China.


Pasangan itu adalah dalam perjalanan mereka ke hospital apabila air ketuban wanita itu tiba-tiba pecah dan diikuti dengan proses kontraksi. Apabila sudah ada tanda bayi itu akan keluar, mereka sedar mereka tidak mempunyai pilihan tetapi terus melahirkan disitu pada saat itu juga. Si suami segera meminta bantuan dari klinik pergigian yang berdekatan, tetapi doktor gigi itu memberitahu mereka menyambut kelahiran bayi itu tidak menjadi sebahagian daripada latihan perubatan mereka.

 
Jadi, sementara menunggu ambulans, si suami bertindak sebagai bidan dan bersemangat membantu isterinya bersalin dengan galakan daripada pejalan kaki yang berkumpul untuk menonton kejadin itu. Bayi berjaya dilahirkan dan si ibu segera dihantar ke hospital.





.

Wah!! Resepi McD didedahkan


Chef Eksekutif Restoran McDonald's Kanada, Dan Coudreaut mendedahkan ramuan sos burger Big Mac's, menurut satu laporan kelmarin. Portal berita New York Daily News melaporkan Coudreaut berkata, pendedahan tersebut yang merupakan sebahagian daripada program ketelusan McDonald's, dibuat bagi menjawab soalan seorang pelanggan yang ingin mengetahui cara membuat sos Big Mac's. Menurut Coudreaut, sos itu mudah disediakan dengan menggunakan ramuan yang biasa didapati di kedai runcit atau pasar raya.

Katanya, sos itu memerlukan krim jeruk, sos mustard kuning, cuka wain putih, serbuk bawang putih, serbuk bawang dan paprika. Namun, resipi sos tersebut katanya, adalah terhad untuk di Kanada sahaja dengan ramuan berbeza digunakan di negara-negara lain di dunia. - Agensi






.

Hebat!! Ayah buat 'kolam renang' dalam van khas untuk anak



Masa panas terik di wilayah Zhejiang China telah dilihat mencapai ke suhu 38C, dan ianya membuatkan satu keluarga telah menjumpai cara yang hebat untuk mengatasi rasa panas itu. Zhou Yuhang, yang tinggal di Wenzhou bandar di timur China, tidak perlu berdepan dengan orang ramai yang tertumpu kepada kolam renang awam selepas bapanya menjadikan belakang van itu sebagai kolam renang bergerak.


Bapa yang pintar itu telah mengeluarkan kerusi dari belakang van dan meletakkan plastik sebelum mengisi belakang kenderaan itu dengan air, sehingga mewujudkan sebuah kolam renang persendirian untuk Zhou Yuhang berendam dan mandi bila-bila masa sahaja dia inginkan walaupun ketika van itu bergerak.


Bapa muda itu telah melengkapkan kolam renang itu untuk kanak-kanak berusia enam tahun itu menikmati musim panas. Hebat kan??





.

Kim Kardashian dan Kenya West dengan rupa yang sangat....gemuk!


Tanpa rancangan realiti dorongan ke dalam perhatian, keluarga Kardashian akan menjadi seperti mana-mana keluarga biasa yang tidak dikenali. Tetapi baru-baru ni, seorang bijak pandai dari internet ranksters PlanetHiltron telah 'memperbaharui' gambar mereka melalui photoshop. Bergambar bersama 'suami', Kanye West dalam potret keluarga, pasangan itu dilihat berlatar belakangkan kanvas tipikal neutral yang digunakan untuk gaya-Amerika. Kanye dan Kim dilihat jauh lebih 'berisi' dan berusia dari wajah mereka kini. Bentuk tubuh popular Kim nampaknya telah tiga kali ganda saiz dari saiz asal.

Dalam gambar yang lain dari blog, yang mendakwa 'menjadikan selebriti hodoh', Kim digambarkan bersama adik beradik juga ibunya Kris.


Wajah berbeza mereka jelas dilihat kurang menarik apatah lagi dengan tubuh 'gemuk' dan rambut yang pelik. Kalaulah gambar ni realiti, sudah tentu mereka memerlukan lebih banyak wang dan usaha untuk menjadikan diri mereka menarik di mata peminat...





.

Dapatkan wang kertas baru isnin ini..


Wang kertas siri baru akan berada dalam edaran mulai Isnin ini. Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan berkata, wang kertas baru tersebut adalah sah diperlakukan dan akan diedarkan bersama dengan wang kertas sedia ada. “Wang kertas sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur dan orang ramai boleh mendapatkan wang kertas baru ini melalui urusniaga biasa mereka," katanya. Bertemakan ‘Keunikan Malaysia’, ciri-ciri yang mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi negara telah menjadi inspirasi dalam reka bentuk wang kertas terbaru itu.


Ia turut menampilkan teknologi wang kertas yang mengandungi ciri-ciri keselamatan yang lebih canggih termasuklah imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air (watermark) dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna.






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!