Friday, July 20, 2012

Gambar anak Aziz M Osman dan Puteri Lily


TANGGAL 31 Ogos merupakan tarikh bersejarah bagi rakyat Malaysia kerana menyambut hari kemerdekaan setiap tahun. Namun, bagi pengarah terkenal, Aziz M Osman, 50, dan isteri, Puteri Lily Lokman, 23, tarikh itu sangat bererti buat mereka kerana bukan sahaja menyambut detik kemerdekaan, malah diserikan dengan ulang tahun puteri kesayangan. Dilahirkan pada 31 Ogos 2011, Puteri Nur Azzahra, yang lebih manja disapa Ara merupakan anak ketujuh Aziz. Walaupun memiliki enam anak dengan perkahwinan terdahulu, Aziz tidak pernah membezakan kasih sayang antara mereka. “Semuanya anak saya, jadi semuanya saya sayang. Tiada lebih dan tiada kurang. “Lagipun, anak-anak lain dah besar. Mereka lebih teruja untuk mendapat adik dan tidak jemu melayan karenah Ara. “Bukan sahaja dengan Ara, malah dengan Lily pun mereka selesa. Mereka memanggil Lily, ‘mummy’,” kata pemilik syarikat produksi, Ace Motion Picture ini. Menerusi perkahwinan pertama, Aziz dikurniakan seorang anak, Puteri Nur Fatihah, 23. Anak-anak bersama bekas isteri, Nor Aliah Lee, pula seramai lima orang, Puteri Nur Asyikin, 20, Putera Mohd Aiman, 17, Puteri Nur Aishah, 13, Puteri Nur Ain, 11 dan Putera Mohd Ameen, 9.


Punyai peminat sendiri 

SEJAK usia lima bulan lagi, Ara ditempatkan di sekolah swasta, Tumble Tots, bersama beberapa rakan lain di pusat membeli-belah e@Curve, Damansara. Walaupun ada mengatakan terlalu awal untuk bayi menghadiri kelas atau sekolah, namun bagi Lily, ada perkara harus dipelajari Ara untuk dia bergaul dan melalui fasa tumbesaran. “Seminggu sekali, setiap Sabtu atau Ahad, saya akan menemani Ara di kelas selama sejam. Di sana, Ara akan belajar cara-cara bergaul, merangkak, turun daripada tempat tinggi dan menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. “Perkembangan otak manusia bermula daripada kecil lagi. Oleh itu, bayi lebih senang dan mudah memahami segala perkara. Sebab itulah saya inginkan yang terbaik untuk Ara. Lagipun, kakak dan abang dia yang lain juga menyertai kelas itu ketika kecil dahulu. “Setakat ini, saya nampak banyak perubahan pada Ara. Dia lebih pandai bergaul dan berhati-hati dalam setiap langkah,” kata Lily yang pernah menceburi bidang peragaan. Menurut Lily lagi, ramai di kalangan peminat yang menyuruh agar dia mencipta Fan Page untuk Ara. “Ramai meminta saya buat Fan Page Ara. Boleh dikatakan, peminat Ara lebih ramai daripada peminat Aziz. “Ada juga tidak dikenali merayu agar saya terima permintaan menjadi rakan dari laman sosial, Facebook saya, semata-mata nak tengok gambar terbaru Ara,” katanya yang tidak melarang sekiranya Ara mahu berjinak dalam dunia seni.


Anggap seperti anak sendiri 

WALAUPUN berlainan ibu, namun ikatan adik-beradik di antara Ara dengan kakak dan abangnya
amat akrab. Menurut Lily, dia tiada sebarang masalah dengan anak-anak Aziz kerana sebelum berkahwin lagi, mereka memang rapat. “Ara pun manja dengan kakak dan abangnya. Kalau saya menjemput mereka dari sekolah, mere- ka bukan salam saya dan ayah mereka dulu. Tapi, terus terkam Ara. “Selalunya, pada hujung minggu anak-anak yang lain akan berada di rumah ibu mereka. Bila kami hantar kakak dan abangnya, Ara mesti sedih dan menangis. “Walaupun mereka bukan anak kandung saya, tapi saya angap mereka anak-anak saya. Sebab itulah ikatan mereka dengan Ara sangat rapat. Lagipun, tak pernah ada yang merungut atau cemburu dengan Ara,” kata anak kepada pelakon dan pengarah veteran, Lokman Ghani ini.


Tampil filem terbaru 

BIARPUN sibuk dengan urusan keluarga, Aziz tidak sesekali melupakan karier seninya. Sentiasa mencari idea dan karya terbaru untuk Ace Motion Picture, Aziz bakal memperkenalkan sentuhan terbarunya, Penunggu. Menurut pengarah filem Azura 2012 ini, filem berkonsepkan paranormal itu telah memulakan proses penggambaran. “Alhamdulillah, hampir 20 peratus penggambaran sudah selesai. Saya berharap, ianya berjalan lancar seperti yang dijadualkan. “Insya-Allah, filem ini akan menemui penonton awal tahun depan,” kata yang pernah mengarahkan filem Lagi-Lagi Senario ini.



Tidak mahu berlakon 

WALAUPUN peluang untuk Lily berlakon terbuka luas kerana suaminya seorang penerbit dan pengarah, namun bagi ibu muda ini, ia bukanlah satu jalan mudah untuk popular. Nekad untuk tidak akan berlakon, Lily memberitahu, dia lebih selesa berada di belakang tabir dengan menguruskan kerjanya di syarikat produksi itu. “Saya tak minat nak berlakon. Walaupun Aziz tidak pernah menghalang, tapi saya yang tidak mahu. “Cukuplah saya berada di belakang tabir. Biarlah orang yang betul-betul berbakat untuk muncul. “Pun begitu, saya dilantik sebagai duta produk kecantikan daripada Indonesia, Pretty. Selain itu, saya juga ada menjual produk kecantikan dari luar negara, AgeLoc,” katanya.








.

Sekeping roti mempunyai nilai yang tinggi?


Sekeping roti bakar yang ditinggalkan oleh Putera Charles ketika bersarapan pada hari perkahwinannya dengan Puteri Diana pada 1981, dilelong dengan harga AS$361 (RM1,119). Roti bakar tersebut disimpan oleh seorang bekas pembantu istana, Rosemarie Smith sebagai kenangan perkahwinan Charles dan Diana yang ditonton oleh 750 juta orang di seluruh dunia. Roti bakar tersebut dijual dalam satu acara lelong anjuran Syarikat Charles Hanson di Etwall, Derbyshire. - REUTERS








.

Facebook menghubungkan ibu dan anak yang terpisah selama 50 tahun


Facebook membuktikan pengaruhnya untuk menghubungkan orang didunia. Itulah yang dibuktikan apabila ia berjaya membantu untuk menyatukan kembali seorang ibu dan seorang anak perempuan yang telah dipisahkan selama hampir setengah abad. Stephanie Phillips menggunakan laman jaringan sosial untuk menjejaki ibunya, Joan Wehrmeyer yang terakhir kali bersamanya ketika bayi pada tahun 1960. Pasangan ini berkongsi pelukan emosional ketika mereka akhirnya bertemu di restoran Georges Dua di Deerfield Beach, Selasa, kurang dari sebulan setelah mereka dihubungkan kembali melalui Facebook.

Puan Wehrmeyer, dikenali namanya ketika muda, Courchene, berusia 17 ketika mengahwini Richard Botwin. Stephanie lahir segera setelah itu, tapi setelah bertengkar dengan suaminya keluarga Joan mengatakan kepada berita CBS4 dia merasa tidak memiliki pilihan selain pergi, meninggalkan anaknya dalam jagaan Botwin. Sementara Stephanie tinggal dengan ayahnya di New Jersey, ibunya, yang kini 67, pindah ke Florida Selatan dan berkahwin lagi. Dia memiliki seorang anak dan mengambil anak angkat. Stephanie, sekarang 48 tahun, yang tinggal di Waynesburg, Pennsylvania dijelaskan bertemu ibunya sebagai mimpi menjadi kenyataan.


Nasib baik Joan telah menggunakan namanya ketika muda didalam fecebook dan RStephanie dan suaminya Rodney mampu untuk berhubungan kembali dengannya. Setelah mengirim beberapa pesan akhirnya mereka mendapat balasan pada tanggal 18 Jun, dengan Joan mengakui dia adalah ibu Stephanie.







.

Youtube ada fungsi baru


Laman web perkongsian video, YouTube bakal menyediakan satu perkhidmatan baru kepada pengguna yang membolehkan wajah manusia dalam video yang dimuat naik dikaburkan, bagi mengelak identiti mereka dikenal pasti. Syarikat Google Inc. yang beribu pejabat di California berkata, fungsi tersebut akan membantu melindungi identiti kumpulan penentang kerajaan. "YouTube menyediakan tekonologi mengaburkan wajah sebagai langkah pertama membolehkan pengguna memilih sama ada mahu berkongsi rakaman demonstrasi tanpa mendedahkan muka aktivis yang terlibat.


"Kami berbangga kerana menjadi tumpuan pengguna seluruh dunia untuk berkongsi kisah mereka, termasuk golongan aktivis," kata Google. Perkhidmatan terbaru itu juga membolehkan salinan asal video yang dimuat naik dipadamkan dan disimpan sebagai maklumat peribadi.





.

Festival gajah yang penuh warna warni (4 Gambar)


Karnival atau festival gajah setiap tahun selalu diselenggarakan di kota Jaipur, India. Ini merupakan salah satu festival paling berwarna-warni di India.


Gajah-gajah diwarnai dan di hiasi dengan beraneka macam warna dan hiasan oleh pemiliknya, dengan harapan untuk memenangi festival persaingan "Gajah yang paling cantik."


Festival ini disertai oleh banyak gajah yang pada mulanya diarak mengelilingi kota.


Berikut adalah pilihan foto yang dibuat pada festival ini di tahun yang berbeza.






.

Lain yang disangka..kan dah kena


Seorang pelajar yang disangkakan burung telah ditembak di Kampung Kuala Kejir, Kuala Berang dalam kejadian awal bulan ini. Dalam kejadian 7 petang pada 2 Julai lalu itu, pelajar berumur 16 tahun tersebut sedang memanjat pokok untuk mengambil sarang burung. "Melihat pokok tersebut bergoyang, suspek yang sedang berburu lalu mengacukan senapangnya dan melepaskan tembakan ke arah pokok itu dan tidak menyangka seorang budak kemudiannya turun dari pokok itu sambil berkata 'kena ke tembakan'," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K. Manoharan kepada pemberita di sini hari ini. Mangsa difahamkan cedera di bahu kiri akibat terkena serpihan satu peluru penabur senapang patah yang tersasar kepadanya.

Dia kemudiannya mendapat rawatan di sebuah klinik di Bukit Payong untuk mengeluarkan serpihan peluru tersebut pada hari berikutnya. Manoharan berkata sehubungan kejadian itu, suspek berkenaan seorang anggota Rela berumur 40 tahun telah ditahan di rumahnya di Kampung Kuala Kejir malam semalam dan dia kini direman. Polis turut merampas senapang milik Rela itu, beberapa butir peluru serta buku lesen memiliki senapang. "Senjata diberikan adalah untuk menjalankan tugas bukannya bagi tujuan persendirian. Perbuatan ini memang serius kerana menyalahgunakan senapang atas tujuan berburu," tegas beliau.

Beliau berkata penahanan itu dilakukan setelah keluarga pelajar terbabit membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Berang petang semalam. "Keluarga mangsa sebelum ini tidak membuat laporan polis kerana mereka mengenali suspek dan mereka telah berbincang secara baik di mana suspek pada awalnya bersetuju untuk menanggung perbelanjaan perubatan mangsa. "Namun oleh kerana suspek tidak menepati janji untuk membuat bayaran, barulah keluarga mangsa membuat laporan semalam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 37 Akta Senjata 1960 kerana menyebabkan cedera dengan senjata tanpa alasan yang sah dan di bawah Seksyen 8(b) akta yang sama kerana gagal mematuhi syarat, yang boleh membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda sehingga RM10,000. - Bernama



P/S - Gambar sekadar hiasan.



.

Katanya, dialah Allah dan Nabi akhir zaman


Bekas kapten didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah

Seorang bekas kapten kapal didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam kerana mengaku dirinya Allah dan Nabi akhir zaman. Bagaimanapun, tertuduh, Roslan Abdul Rahman, 44, mengaku tidak bersalah terhadap kesalahan yang didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Rembia Perkasa 14, Taman Rembia Perkasa, Alor Gajah, jam 3.15 petang kelmarin. Didakwa ejek agama Islam Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengejek agama Islam dengan menyatakan ‘aku mengaku aku Allah’ dan ‘aku ini Nabi akhir zaman’. Dia dituduh mengikut Seksyen 62, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 iaitu mempersenda agama Islam.

Sabit kesalahan, boleh dihukum denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih 36 bulan atau kedua-duanya. Pendakwaan dilakukan Pegawai Syarie, Che Zam Zam Che Man di depan Hakim Syarie Mohd Asri Tahir. Tertuduh mengejutkan mahkamah apabila tiba-tiba naik berang dan mempersoalkan tindakan pihak berkuasa menahannya. “Benda itu (tuduhan wujud) lepas saya ditangkap, lepas semua kecoh. Apa kesalahan saya pada awal ditangkap, atas dasar apa?,” katanya dalam nada tinggi. Mohd Asri kemudian menasihatkan tertuduh supaya menjawab soalan sama ada dia faham atau sebaliknya pertuduhan dan menyatakan pengakuan bersalah atau tidak.


Selepas keadaan tenang, tertuduh meminta pertuduhan dibacakan sekali lagi oleh jurubahasa yang mana dia kemudian mengaku tidak bersalah. Che Zam Zam memohon tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM4,000 dengan dua penjamin dari kalangan ahli keluarga terdekat. Tertuduh dalam reaksi spontan dengan nada keras memberitahu tidak mempunyai wang, selain tiada ahli keluarga terdekat. Mohd Asri membenarkan permohonan Che Zam Zam dan menetapkan 15 Oktober ini untuk sebutan semula. -BH





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!