Monday, August 27, 2012

Cuba tengok! Rumah ni boleh berputar


Seorang jurutera bernama Bohumil Lhota membuat rumah peribadinya menjadi mesra alam. Rumahnya ini memerlukan waktu sekitar 20 tahun untuk dibina. Reuters menyampaikan bahawa Lhota yang kini berusia 73 tahun, memulakan pembinaannya pada tahun 1981. Sekitar 100 km timur laut kota Prague, rumah ini dapat anda temui, yang memiliki kemampuan naik-turun dan berputar sendiri. Jika cahaya kurang, maka Lhota akan memutar rumahnya menuju arah cahaya. atau jika bosan dengan pemandangan di sana, dia akan merubahnya ke pemandangan yang lain. Dan jika terlalu panas, rumahnya akan diturunkannya. Di mana suhunya cukup stabil sekitar 5 darjah celcius.


"Jurutera yang lebih bijak pasti dapat membina rumah ini lebih cepat dari saya," ujar Lhota, "Saya akan senang jika ada suatu perusahaan yang dapat membuat rumah seperti ini secara lebih cepat. Mungkin akan perlukan waktu yang agak lama untuk menyiapkannya, tetapi dengan rekaan sebegini, rumah ini pasti menawarkan perspektif baru."







.

Kerana gilakan game online, ibu bapa ini sanggup jual anak. Bukan 1 tapi 3 orang anak..


Hati-hati jika bermain game online kerana ianya boleh menyebabkan ketagihan yang sukar dihentikan. Biasanya orang yang sudah kecanduan akan melakukan apa pun agar tetap bermain game online. Seperti kes yang satu ini. Sepasang suami isteri di China, Li Lin and Li Juan, sanggup menjual tiga anaknya hanya agar untuk membayar permainan online yang mereka sukai. Demikian yang dipetik dari Asia One, baru-baru ini. Pasangan ini mengaku bertemu pertama kali di sebuah cafe internet (warnet) pada 2007. Kerana mempunyai kesamaan, iaitu sama-sama menyukai permainan online, akhirnya mereka memutuskan untuk berkahwin di tahun yang sama. Setahun kemudian, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki.

Namun, mereka tidak mengurus anak tersebut. Mereka lebih memilih pergi ke cafe internet yang berjarak 30 km dari rumahnya, daripada menjaga bayi itu. Pada 2009, pasangan ini memiliki anak kedua, namun tidak lama kemudian mereka menjualnya dengan harga 3000 Yuan untuk membayar sewa internet. Lalu, mereka juga menjual anak pertamanya dengan harga 30000 Yuan. Kerana masih memerlukan wang, setelah memiliki anak ketiga, mereka juga menjual anak tersebut dengan nilai yang sama iaitu 30000 Yuan.


Ketika ditanya kenapa mereka sanggup menjual anak, pasangan itu menjawab "Kami tidak bermaksud untuk membesarkan anak kami. Kami hanya memerlukan wang daripada kehadiran mereka". Ibu Li Lin tidak dapat terima dengan apa yang dilakukan anak dan menantunya itu, sehingga dia melaporkan kes ini kepada polis.







.

Jadi pengemis pun, boleh dapat pendapatan yang lumayan


Kita sering menganggap bahawa orang yang mengemis adalah mereka yang tidak mendapat pekerjaan, dan mengemis kerana kemiskinan. Dan kita percaya bahawa kalau kita memberi sedekah (termasuk kepada pengemis) adalah baik. Tapi ternyata, walaupun menjadi pengemis, mereka mendapat pendapatan yang lumayan. Lihat saja Ken Johnson, berusia 52 tahun, hasil pendapatannya setahun mencecah sehingga ribuan dollar hanya dengan duduk mengemis. Tapi rasanya, hidup ini pasti lebih bermakna jika kita berusaha, dengan bekerja untuk menyara kehidupan kita..daripada hanya sekadar mengharap belas kasihan daripada orang lain..






.

Adakah ini cara terbaik untuk berhenti merokok??


Tentera China mempunyai peraturan tegas yang melarang tentera-tenteranya merokok kerana ianya akan mempengaruhi kesihatan seorang tentera yang bertugas untuk menjaga keamanan negaranya. Bagaimana boleh menjaga negaranya bila tentera tersebut nantinya memiliki pelbagai penyakit? Apabila ada tentera yang kantoi merokok, negara China tak bertangguh untuk menghukum tentera tersebut. Mahu tahu bagaimana negara China menghukum tentera tersebut? Dibawah ini adalah cara negara China melatih tenteranya untuk berhenti merokok.


1. Mulut tentara akan dimasukkan banyak rokok untuk sekali hisap.


2. Selanjutnya tentera nakal itu akan disuruh merokok sambil melakukan sit up yang tentu saja akan menyiksa paru-paru mereka.


3. Sesudah melalui 2 hukuman berat tersebut, tentera dipaksa minum “Teh Hangat” yang mana merupakan isi tembakau.




Ok tak cara ni?







.

Pekerja Zoo Maut Dibaham Harimau


Seekor harimau yang terlepas dari kandangnya menyerang dan membunuh seorang penjaga haiwan wanita di Zoo Cologne, Jerman pada Sabtu sebelum ia ditembak mati. Pintu kandang harimau itu yang tidak ditutup dengan betul membolehkan haiwan itu keluar dan menyerang wanita berkenaan. Mangsa meninggal dunia di hospital tidak lama kemudian akibat luka parah. Pengarah zoo, Theo Pagel kemudiannya menembak mati harimau itu sebelum polis dengan pantas membersihkan kawasan kejadian dan zoo itu kembali beroperasi seperti biasa.








.

Kewujudan pasar paling bahaya di dunia


Ini adalah sebuah pasar dimana para pengunjung harus selalu berwaspada terhadap situasi di sekelilingnya, kerana lapan kali sehari ada kereta api yang melintasi pasar ini. Seperti kebanyakan pasar tradisional lainnya, pasar Maeklong di Samut Songkhram, Thailand, setiap harinya selalu ramai dengan para pembeli yang melakukan tawar-menawar harga dengan para penjual. Buah-buahan tempatan, seperti durian dan mangga, makanan laut yang baru ditangkap, rempah-rempah kering dan makanan tempatan lainnya menghiasi pasar ini.


Namun, pasar yang berjarak sekitar 37 km sebelah barat Bangkok ini dibelah oleh sebuah rel kereta api, membuat para pengunjung pasar harus lebih berhati-hati ketika berbelanja, sebab setiap harinya lapan kali pasar ini akan dilalui oleh kereta api.


Ketika terdengar suara siren yang menusuk telinga, dalam sekejap pasar ini berubah, para pembeli menghilang dan pedagang mengumpul dagangan mereka agar tidak dilanggar kereta api yang melewati pasar itu dengan kepantasan 15 mil perjam. Setelah kereta api komuter No.4382 dari Mae Klong ke Ban Laem berlalu, semuanya kembali berjalan normal, seolah-olah tidak ada apa yang terjadi.







.

Apa cerita terbaru mengenai kehamilan penembak negara, Nur suryani Mohd Taibi?


Nur Suryani Mohd Taibi, penembak negara yang bertanding di Sukan Olimpik London ketika sarat mengandung, memilih Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Lembah Pantai untuk melahirkan anak pertamanya. Nur Suryani, 29, yang kini hamil hampir sembilan bulan dijangka bersalin pada 13 September depan. "Insya-Allah jika tidak ada halangan...saya akan bersalin di PPUM," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama hari ini. Walaupun gagal meraih pingat pada temasya Sukan Olimpik London baru-baru, penembak yang berasal dari Perak itu berharap kelahiran anak sulungnya dapat mengubati kekecewaannya meraih pingat di London.


Pemenang pingat emas bagi acara 10m Air Rifle Wanita di Sukan Komanwel India pada 2010 itu gagal mara ke pusingan akhir apabila sekadar menduduki tangga ke-34 daripada 56 pesaing pada saingan awal di Olimpik London 2012. Nur Suryani juga berharap anaknya akan mengikut jejak langkahnya menjadi atlet satu hari nanti.-Bernama







.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!