Thursday, August 30, 2012

Mengalami kegagalan jantung sebelum mati akibat ketegangan terhadap ayam peliharaannya


Seorang perempuan di Jordan dilaporkan menderita gagal jantung, setelah sempat merasa tegang dengan ayam-ayam peliharaannya. Perempuan berusia 40 tahun itu khabarnya kesal kerana ayam-ayam miliknya, menolak makan makanan ternakan yang baru saja dia beli. Ayam-ayam tersebut memilih berlari-lari ke kebun belakang rumah ketika perempuan itu meletakkan makanan di hadapan mereka. Tidak tahan melihat sikap ayam-ayamnya, perempuan itu pun mengurung mereka di kandang dan melemparkan makanan begitu saja. "Namun, mereka masih tidak mahu makan. Dia kemudian marah dan kembali ke kandang untuk memaksa mereka makan dengan memegang kepala mereka dan memaksa memasukkan makanan ke mulut mereka," tulis Suratkabar berbahasa Arab Alsousana, seperti dipetik Emirates247.


"Ayam-ayam tersebut menyemburkan makanan yang dimasukkan dengan paksa . Lalu perempuan itu bergegas masuk ke dalam rumah dan dia merasa sukar bernafas namun dia masih sempat ke doktor sebelum akhirnya menghembuskan nafas terakhir," sebut suratkabar itu. Jirannya menggambarkan perempuan itu, sebagai seorang yang memiliki emosi buruk.





.

Mesej cinta dalam botol merentasi laut dari China ke England..hanya dalam 6 hari?


Mesej dalam botol romantis yang ditemui oleh seorang ibu dan anak perempuan di pantai Scotland telah mencetuskan satu misteri tentang sama ada ia boleh mengembara 5,000 km merentasi laut dari China. Nicola MacFarlane, 41, dan anak perempuan Lucy, empat, dari Portobello, berhampiran Edinburgh, sedang bersiar-siar di Portobello Beach apabila mereka terserempak dengan botol kaca lama separuh tertanam di pasir yang mengandungi nota dalam tulisan bahasa Mandarin.


Nampaknya surat itu telah berjaya dalam perjalanan yang luar biasa merentasi Laut Filipina, ke Lautan Hindi dan melalui kedua-dua Atlantik Selatan dan Lautan Atlantik Utara sebelum sampai di pantai Britain.Menarik kerana surat itu nampaknya dihantar melalui laut, dan telah ditulis pada hari valentine day China, atau dengan nama tradisionalnya, Qixi Festival, yang jatuh pada hari ketujuh bulan lunar ketujuh.


Walaupun surat itu selaras dengan kalendar lunar - Julai 7, 2012 - ia kemungkinan telah dihantar baru-baru ini iaitu lebih tepat lagi, enam hari lalu jika ia mengikuti kalendar moden, yang menyambut majlis itu pada 23 Ogos. Sama ada mesej itu telah mengembara beribu batu dari China atau sama ada ia telah ditulis oleh sepasang kekasih yang hanya tinggal berdekatan, masih kekal menjadi misteri.








.

Ngeri : Kepala lelaki ini dipenggal diatas kereta api


Mengerikan! Seorang lelaki India mati dipenggal di atas kereta api yang sedang bergerak laju. Atas insiden ini, pihak polis India sedang memburu geng pemuda yang bersenjatakan pisau yang disyaki berada di sebalik aksi keji ini. Insiden ini terjadi di dekat stesen Bazarshau, sekitar 190 km dari Kalkuta, Benggala Barat. Mangsa adalah seorang lelaki bernama Khokon Ghosh (37) yang diketahui merupakan penjaja manisan. "Pelaku berhasil melarikan diri ketika kereta api dihentikan kerana mendengar suara jeritan para penumpang," ujar ketua polis tempatan, Humayun Kabir. Tidak disebutkan jumlah pelaku dalam aksi yang dilakukan di hadapan para penumpang lainnya.


Namun polis tempatan mencurigai kelompok pemuda yang kerap melakukan aksi jenayah dan meresahkan warga setempat. "Hasil penyelidikan awal menunjukkan bahawa Ghosh dibunuh akibat masalah di desa tempatnya tinggal," tutur Humayun. Polis tempatan masih melakukan penyelidikan menyeluruh atas kes ini. Pelaku kes ini masih diburu.






.

Unik! Mari cuba burger zombie dari Otak lembu


Seorang chef di London mengejutkan semua orang yang ada di sana ketika membuat restoran yang menyajikan makanan yang terbuat dari otak haiwan, seperti burger otak lembu, salad otak dan otak goreng. Makanan yang terbuat dari otak memang menjadi menu yang biasa di dunia kuliner di Asia, namun di dunia barat, makanan tersebut masih dianggap sebagai hal yang aneh dan menjijikkan. Makanya tidak hairan ketika Mark Jankel membuka kedai restoran bernama Gory Gourmet, ramai orang yang menyebut makananannya sebagai makanan Zombie. Perasmian tersebut dilakukan oleh Mark pada 22 ogos lalu di jalan kota London. Berbagai hidangan 'otak' disajikan, mulai dari burger otak lembu hingga salad otak lembu.


Tidak hanya itu, Mark juga menghidangkan beberapa menu aneh lainnya, termasuk kelenjar sapi dan kaki babi. Yang menarik, pelancaran restoran ini kebetulan sama dengan pelancaran DVD dan Blue Ray serial filem 'The Walking Dead' ini ternyata laris dan dikerumuni oleh para pejalan kaki yang ingin tahu bagaimana rasa keunikan makanan tersebut. Kepada media Mark mengaku hidangan otak yang disajikannya dibuat dengan cara sederhana, iaitu direndam dalam air cuka yang dicampur dengan garam, tepung dan digoreng hingga garing.


Meskipun begitu harga yang dikenakan untuk menu makanan Mark tidaklah murah kerana untuk satu kilo otak haiwan, Mark harus mengeluarkan wang hingga USD 16. Namun bagi mereka yang ingin merasai hidangan luar biasa, hal itu tentu saja berbaloi. "Saya tidak yakin makanan ini boleh membuat anda lebih pintar atau tidak, tapi jika anda menginginkan perubahan untuk makan, cubalah makanan ini," ujarnya seperti yang dipetik London Pop-ups.







.

Spesis baru ditemui!


Sekumpulan saintis menemui spesimen serangga paling tua di dunia yang dianggarkan berusia 230 juta tahun. Penemuan fosil hasil kajian dua penyelidik dari Universiti Padova, Eugenio Ragazzi dan Guido Roghi itu didedahkan oleh kurator Muzium Sejarah Sejarah Alam Semula Jadi Amerika Bahagian Zoologi Invertebrat, David Grimaldi melalui penulisannya yang disiarkan dalam jurnal sains, Proceedings of the National Academy of Sciences. Menurut Grimaldi, spesimen serangga itu yang merupakan seekor lalat dan dua ekor hama, ditemui dalam skala kecil dengan ukuran dua hingga enam milimeter di Dolomite Alps, timur laut Itali.

Jelasnya, penemuan fosil terbaru berusia kira-kira 230 juta tahun itu lebih tua berbanding fosil lain yang ditemui sebelum ini seperti serangga, labah-labah dan ketam. Sebelum ini, rekod usia fosil serangga yang ditemui dianggarkan berusia 130 juta tahun. Grimaldi berkata, dua spesimen baru itu merupakan spesies baru hama yang dinamakan sebagai Triasacarus fedelei dan Ampezzoa triassica.


Tambahnya, fosil berkenaan merupakan yang tertua dalam kumpulan khas, dikenali sebagai Eriophyoidea yang mempunyai kira-kira 3,500 spesies dan kesemua spesies serangga itu makan tumbuhan serta mampu membesar dengan saiz yang tidak normal. "Anda fikir pada zaman Triassic, anda akan menemui hama yang bersaiz besar, tetapi sebenarnya tidak," katanya. - AGENSI





.

Miniatur kapal laut yang unik, dibina daripada tulang


Selama perang Napoleon antara Perancis dan Inggris (1803-1815), banyak pasukan yang menjadi tahanan di kedua belah pihak. Orang Inggris yang ditawan biasa menghabiskan waktu dengan bersukan. Lain dengan Orang Perancis, selama di penjara mereka justru membangunkan karya seni berupa miniatur kapal laut dari tulang. Para tahanan tersebut sengaja mengasingkan tulang kambing atau babi dari sisa makanan mereka.


Setelah direbus dan dijemur di bawah sinar matahari agar warna tulang jadi putih, lalu disusunlah menjadi rangka miniatur kapal. Tulang berukuran besar diukir menjadi tubuh kapal, dan tulang yang lebih kecil (juga menggunakan kayu) untuk alat seperti meriam di dalam kapal. Masalahnya, tulang kambing dan babi kadang tidak cukup. Kerana itulah para seniman tersebut juga memakai tulang manusia - diperoleh dari mayat yang digali kembali.


Selain tulang, tahanan Perancis tersebut juga menggunakan rambut mereka sendiri sebagai pengikat dan tali-tali layar. Serta kertas tisu atau bahan lainnya sebagai layar kapal itu sendiri. Hebatnya, para seniman tersebut tidak menggunakan skala kapal secara terperinci. Namun tetap menjadikan hasilnya tetap indah dan sempurna.






.

Drama bersiri ini didakwa mempersendakan islam


Sebuah drama bersiri televisyen komedi BBC mengenai pemimpin masyarakat Islam di Britain, menerima 200 aduan selepas didakwa 'mempersendakan Islam dan menggambarkan stereotaip mengenai Asia dan tidak menghormati al-Quran'. Satu daripada babak dalam drama berjudul Citizen Khan itu yang mencetuskan kemarahan penduduk Islam, menggambarkan anak perempuan kepada sebuah keluarga Khan bergegas memakai tudung dan berpura-pura mengaji Al-Quran ketika bapanya pulang ke rumah. Drama sebanyak enam episod itu, yang disiarkan buat pertama kalinya di BBC pada pukul 10.35 malam kelmarin, diarahkan oleh Adil Ray, seorang penganut Islam warga Britain yang juga memegang watak utama dalam Citizen Khan.


"Ini adalah stereotaip yang amat teruk dan jahil," tulis seorang penonton dalam papan mesej BBC. "Ia amat mengecewakan terutamanya ketika babak anak perempuannya berpura-pura mengaji al-Quran," tulis seorang lagi penonton. Pengkritik turut mengecam pengulangan banyak stereotaip mengenai penganut Islam Britain dengan episod pertama itu menceritakan tentang masalah rancangan perkahwinan seorang daripada anak Khan. Jurucakap BBC, bagaimanapun berkata, Citizen Khan telah membuat permulaan yang positif apabila episod pertamanya disaksikan kira-kira 3.6 juta penonton.

"Drama komedi baru selalunya mencetuskan pelbagai reaksi berbeza daripada penonton, tetapi watak dalam drama ini hanya rekaan semata-mata dan tidak mewakili mana-mana masyarakat," kata jurucakap BBC. - AGENSI






.

Nama itu telah mencetuskan kemarahan


Sebuah kedai pakaian lelaki di India diminta menukar namanya selepas nama Hitler yang digunakan membangkitkan kemarahan masyarakat setempat. Akhbar MailOnline melaporkan pemilik kedai berkenaan, Rajesh Shah mendakwa dia tidak menyedari nama kedainya, Hitler telah mencetuskan kontroversi. Rajesh berkata, nama tersebut diperoleh daripada gelaran yang diberikan kepada rakan kongsi perniagaan datuknya. Gedung pakaian itu yang terletak di Ahmedabad, dalam wilayah Gujerat, mencetuskan kemarahan penduduk setempat dan komuniti orang Yahudi di bandar berkenaan. "Secara jujurnya, apabila saya memohon untuk menggunakan nama Hitler, saya hanya mengetahui bahawa dia seorang lelaki yang tegas," kata Rajesh.


"Cuma baru-baru ini saya tahu cerita tentang Hitler apabila saya melayari internet," tambahnya. Menurut lelaki itu, dia sanggup menukar nama kedainya yang dibuka sejak dua minggu lalu jika dia dan rakan perniagaannya diberikan sejumlah pampasan ekoran mereka telah kehabisan wang. Adolf Hitler merupakan diktator Jerman yang banyak melakukan pembunuhan dan jenayah perang semasa Perang Dunia Kedua termasuk dikaitkan dengan penghapusan bangsa Yahudi. - Agensi






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!