Friday, September 14, 2012

Bukan semua negara sudah merasai kenikmatan minuman coca cola..


Mungkin tidak ada orang yang belum pernah meminum Coca-cola. Dan mungkin semua orang pasti mengenali minuman bersoda ini. Namun ternyata fikiran kita salah, masih ada negara Cuba dan Korea Utara yang belum pernah merasa Coca-cola. Sedangkan Myanmar baru akan merasa minuman bersoda ini. Berdasarkan khabar yang diberikan Associated Press, The Coca-cola Company, minuman bersoda tersebut akan mula menjual produknya di Myanmar setelah 60 tahun berlalu. The Coca-cola Company sempat melakukan perniagaan di Myanmar sekitar tahun 1927. Namun pada saat itu AS melarang perusahaan ini menjalankan perniagaan di negara–negara Asia Tenggara yang masih dalam proses reformasi demokrasi.

Sehinggalah pada akhir tahun 2011, Myanmar masih dikuasi oleh militan. Dan bulan lalu. Pemerintahan AS telah membenarkan perusahaan-perusahaan terkenal seperti Coca-cola Company kembali di Myanmar. Coca-cola akan mengimport produk–produknya dari negara jiran. Perusahaan tersebut akan menyumbang 3 juta dollar untuk pembangunan perusahaan dan membuka lapangan kerja bagi wanita Myanmar.

Coca-cola bekerjasama dengan PACT iaitu kelompok bukan kerajaan yang mendukung inisiatif ekonomi dan kesihatan di negara–negara berkembang. Sampai sekarang hanya Korea Utara yang belum pernah merasakan minuman bersoda Coca-cola tersebut.






.

Gaun Kate melambangkan bunga kebangsaan Malaysia?


Terpesona dengan wanita ini setelah dia mengahwini bakal raja, malah setiap kali penampilannya, dia jelas kelihatan menonjol dengan gaun, handbag dan rambutnya.. Semua orang tahu bahawa pasangan bahagia ini berada di Malaysia baru-baru ini. Menarik perhatian lulu, ketika membaca sebuah berita luar negara, yang menggambarkan gaun putih yang dipakai oleh Kate dalam majlis jemputan rasmi ke Istana Negara dalam siri lawatannya, dihiasi dengan bunga kebangsaan Malaysia iaitu bunga raya..dengan sentuhan benang emas. Lagi penampilan terbaik darinya.. Betul tak?







.




Ibu yang popular kerana anaknya menyiarkan videonya di you tube


Seorang anak telah membuat ibunya menjadi bintang internet, namun dalam situasi memalukan. Dia merakam tingkah si ibu ketika berjalan dalam tidur. Video itu pun berhasil membuat para penonton tertawa saat menontonnya. "Aku pergi ke dapur untuk membuat teh dan ibuku rupanya sudah berdiri dalam kegelapan. Aku menghidupkan lampu dan inilah yang terjadi," tutur Nick. Lelaki bernama Nicola Foti itu bertanya pada ibunya apa yang sedang dia lakukan. Si ibu malah menjawab dia sedang mengenakan pakaian istimewa. Setelah itu dia menari dengan gerakan yang aneh.

Sejak di muat turun pertama kali pada 6 September, kini video itu sudah lebih dari 1 juta kali ditonton. Bahkan video reaksi si ibu saat anaknya mempamerkan "hasil kejahatan" sudah ditonton 2 juta kali. Dalam rakaman itu si ibu terkejut dan sangat malu, namun dia hanya tertawa.








.

Kanye West membuat Kim Kardashian melakukan transformasi fesyen - menjadi lebih teruk


Setelah berpisah dengan suaminya Kris Humphries, nampaknya Kim Kardashian bukan saja mempunyai seorang teman lelaki baru bahkan juga almari pakaian baru. Biasa mewah, bintang realiti Hollywood ini nampaknya mempunyai gaya dan cara berpakaian yang pelik sejak dia mula keluar dengan penyanyi rap yang kini menjadi pereka, Kanye West ... namun malangnya, gaya yang teruk buatnya. Dari sweatpants kulit longgar, pilihannya keatas pemakaian kasut juga dipersoalkan. Nampaknya Kim kini 'tersekat' dengan inspirasi gaya transformasi oleh Kenya West ...






.

Dipamerkan buat pertama kali...


Meteorit terbesar yang pernah jatuh di Britain dipamerkan buat pertama kali untuk tatapan umum di Muzium Salisbury dan South Wiltshire di sini bermula hari ini. Batu seberat 90 kilogram dan panjang 0.4 meter itu ditemui di halaman sebuah rumah di Lake House dekat Wiltshire dan dipercayai berada di situ sekurang-kurangnya 80 tahun yang lalu. Pakar pada mulanya percaya meteorit itu telah terhempas di bahagian lain di dunia sebelum ia dibawa ke England. Bagaimanapun penyelidik yang membuat kajian ke atas batu itu mendapati ia telah terhempas di situ sejak 32,000 tahun lalu, sekali gus menjadikannya tahi bintang terbesar pernah ditemui di Britain.

Ia diserahkan kepada 'Muzium Sejarah Semulajadi' bila keluarga Bailey menjual Lake House kepada pemuzik, Sting pada 1991. Prof. Colin Pillinger berkata, dia menyedari sejarah menakjubkan meteorit itu setelah melihat gambar dalam majalah Country Life. ''Kita tahu bahawa ia jatuh di dunia kira-kira 30,000 tahun sebelum Masihi dan ia mungkin terhempas di kawasan bersalji yang melitupinya. ''Kita juga percaya ia ditemui oleh orang dari zaman Neolitik iaitu mereka yang membina Stonehenge,'' katanya. - AGENSI





.

Giuliana dan Bill Rancic mendedahkan rupa anak lelaki mereka - Edward Duke Rancic


Selepas bertahun-tahun cuba mendapatkan bayi, Giuliana Rancic dan suami akhirnya gembira kerana impian mereka tercapai. Ibu bapa yang baru saja menimang bayi lelaki mereka kini menjadi muka depan majalah Life & Style minggu ini, dan, menurut Giuliana, dia sangat gembira apabila melakukan kerja menukar lampin. Menurut Bill, "Sungguh mengagumkan bagaimana naluri ibu menjadikan Giuliana supermom." Pasangan bahagia ini menyambut bayi mereka, Edward Duke melalui seorang ibu tumpang pada Aug 29.  Sebelum ini, mereka telah mengalami satu proses yang panjang untuk mencapai impian mereka, setelah menjalani rawatan IVF dan gagal beberapa kali - pernah keguguran - sebelum akhirnya memutuskan untuk mempunyai anak melalui ibu tumpang.

Oktober lepas, Giuliana juga menjalani lumpektomi kembar selepas mengalami pertarungan kanser payudara. Tetapi melalui semua, Rancic berkata mereka lebih tabah, dan setelah semua perjuangan, akhirnya apa yang mereka impikan, kini menjadi kenyataan. "apabila anda memegang bayi anda di tangan anda, anda lupakan semua, dan ia berbaloi. Saya selalu mendengar bahawa kehidupan akan lebih lengkap dengan adanya bayi - dan ia adalah benar. Saya sayangkan anak saya, dan saya suka peranan baru saya."







.

"Saya sayang awak"... Ayat pertama yang paling bernilai


''Saya sayang awak''. Itulah ayat pertama yang diungkapkan oleh Lorcan Dillon, seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun di sini yang mengalami masalah enggan bercakap. Ungkapan itu, bagaimanapun ditujukan Dillon kepada seekor kucing peliharaannya yang diberi nama Jessi. Tetapi itu bukanlah masalah besar bagi ibunya, Jayne yang tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira mendengar anaknya mula berani untuk berkata-kata. ''Saya terlalu gembira tetapi tidak dapat menunjukkan perasaan itu kerana saya tidak mahu Dillon sedar betapa penting dan berharga nilai percakapan itu bagi saya,'' kata Jayne.

Dillon, sebelum ini merupakan kanak-kanak yang suka bersendirian dan terperangkap dalam 'dunia senyap' hingga mengakibatkannya enggan berkata-kata mahupun menunjukkan sebarang emosi. Bagaimanapun, setelah mengenali Jessi, seekor kucing Birman berumur dua tahun, Dillon akhirnya mula bercakap buat pertama kali. Kisah yang memberi inspirasi itu melayakkan Dillon dan Jessi memenangi tempat pertama Anugerah Perlindungan Kucing di Hotel Savoy, London pada bulan lalu dengan video kisah mereka ditonton lebih 115,000 pengunjung YouTube. - AGENSI







.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!