Wednesday, September 19, 2012

Inilah Pemilik Rambut Mohawk Tertinggi Di Dunia


Model mohawk merupakan gaya rambut yang cukup digemari lelaki untuk kelihatan lebih hebat. Namun tidak hanya hebat, rambut mohawk milik Kazuhiro Watanabe ini sekaligus mampu memecahkan rekod dunia. Rambut mohawknya setinggi 113 cm (1.13 m). Untuk dapat memiliki rambut yang boleh ditata setinggi itu juga bukan perkara mudah bagi Kazuhiro. Dia perlukan waktu 15 tahun untuk memanjangkan rambutnya. Sedangkan untuk menjadikannya tegak seperti dalam gambar memerlukan 3 tin hairspray dan satu botol besar gel rambut. Rambut panjang Kazuhiro itu sampai ke lutut jika tidak sedang dalam keadaan di-mohawk.

Lelaki yang selalu menyepit rambutnya agar tetap rapi ini juga mengaku tidak pernah mempertontonkan mohawk-nya pada buah hati. "Anak-anakku tidak pernah melihatku dengan rambut mohawk, mereka hanya tahu dari foto," ungkapnya. Rekod Kazuhiro ini mengalahkan Stefan Srocka berasal dari Jerman dengan mohawk-nya yang setinggi 80 cm. Namun nampaknya lelaki yang berasal dari Jepun ini sudah memiliki calon penentang berikutnya. Karena anaknya yang berusia 10 tahun berjanji untuk mengalahkan rekod si ayah suatu hari nanti.





.

Pelajar di China terpaksa bawa meja sendiri ke sekolah


Sepertinya sudah menjadi hukum alam jika ada kemakmuran maka di situ juga terdapat kemiskinan. Terlepas dari masih tingginya tingkat kemiskinan di dalam negera, pengalaman yang lebih sedih ternyata dialami oleh sebahagian penduduk di negara China. Dibalik kemajuan negara Tirai Bambu ini menyaingi hegemoni negara barat dalam bidang ekonomi dan perdagangan, namun kemiskinan masih sangat kental dilihat. Minimanya kesejahteraan penduduk di beberapa wilayah sejalan dengan buruknya pendidikan yang ada. Potret itu boleh dilihat dari Wang Ziqi, kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun di Shunhe, Provinsi Hubei. Di saat memasuki tahun baru di sekolah, Wang tidak hanya dituntut untuk menyiapkan berbagai keperluan sekolah berupa pensil atau buku. Lebih dari itu, Wang juga terpaksa membawa meja dan kerusi sendiri ke sekolah.

Pemandangan menyedihkan ini terjadi setiap tahun baru. Untuk membawa meja dan kerusi, Wang biasanya dibantu oleh kakak dan neneknya. Walaupun demikian, Wang bukanlah satu-satunya pelajar yang terpaksa membawa meja dan kerusi dari rumah. Setidaknya ada lebih dari 3 ribu pelajar lainnya di sekolah rendah dan sekolah menengah di Shunhe yang dipaksa membawa mejanya sendiri. Keadaan itu terjadi kerana terhadnya kemudahan yang diberikan kerajaan. Mereka hanya menyediakan sekitar 2 ribu pasang kerusi dan meja. Sedangkan ada lebih dari 2 ribu pelajar yang bersekolah.


Di kota miskin tersebut, orang tua pelajar terpaksa menggunakan apa saja yang mereka boleh gunakan, termasuk membawa meja kopi ke sekolah agar anak-anak mereka dapat belajar.
 Ketika ditanya komen mereka, ramai orang tua yang mengeluh. Mereka menyalahkan sistem kerajaan yang dianggap sangat rasuah."Kerajaan pusat memberikan dana untuk kemudahan sekolah," kata seorang wakil pelajar kepada stesen berita NBC. "Tapi ketika sampai ke tempat kami, wang itu menghilang.”





.

Pulau seolah-olah ikan lumba-lumba


Ada begitu banyak pemandangan yang menakjubkan di muka Bumi ini, namun alam seakan tidak pernah berhenti untuk memukau kita. Banyak pulau yang sudah cukup indah walau hanya dilihat dari permukaan tanah, namun bila dilihat dari atas, mungkin bentuk pulau-pulau tersebut terlihat biasa. Mungkin anda tidak sangka sebelumnya kalau pulau ini terletak berhampiran dengan kita. Pulau terumbu karang ini terletak di lepas pantai utara Pulau Flores, Indonesia. Bentuk pulau ini sangat menakjubkan dan kelihatan seolah-olah terinspirasi oleh lumba-lumba yang mungkin berenang di sekitarnya.






.

Kubur tercanggih di abad ini


Anda tahu sistem barcode bukan? Ya, sistem ini biasa digunakan di tempat membeli belah untuk mengetahui jenis dan harga barang yang ingin dibeli. Tapi bagaimana jika sistem ini dipakai di kuburan? Sistem barcode biasanya memudahkan pembeli mengetahui harga atau informasi barang yang mereka beli. Namun berlainan dengan apa yang dilakukan oleh sebuah tempat perkuburan di England. Mereka mengaplikasikan teknologi tersebut kepada mayat yang dimakamkan. Ya, sebuah perkuburan moden Chester Pearce, di Poole, Dorset, England, mengisytiharkan mereka sebagai tempat perkuburan paling canggih.

Di sini, keluarga yang ditinggalkan tidak perlu lagi menuliskan tarikh lahir atau tarikh kematian dibatu nisan. Semua informasi lengkap mengenai profil mayat boleh dilihat hanya dengan menempelkan telefon bimbit ke batu nisan. Tentu saja nisan tersebut bukan sebarangan nisan, melainkan nisan yang telah diberikan nombor barcode khusus. Dengan kata lain, hanya dengan melakukan scanning terhadap barcode tersebut menggunakan telefon bimbit, maka pihak keluarga dapat melihat informasinya secara online.


Sistem baru ini diberi nama QR (Quick Response) code. Tidak hanya profil, orang juga boleh melihat koleksi foto dan video mayat, lengkap dengan segala aktivitinya selama hidup. Namun tentunya pihak keluarga yang mengemaskini informasi ini.





.

Sedihnya, terpaksa jual ginjal kerana miskin


Seramai 150 orang warga desa dari bahagian Kavre di Nepal sengaja pergi ke negara jiran mereka India untuk menjual ginjal mereka. Hal tersebut dilakukan kerana sebahagian besar dari mereka terhimpt dengan kemiskinan dan kurangnya kesedaran dalam pendidikan kesihatan. Tidak hanya ginjal yang mereka jual, hampir semua organ tubuh yang dianggap bernilai dan berpotensi akhirnya direlakan untuk dipasarkan. Salah satunya yang dilakukan Shefali, seorang wanita yang berasal dari Bangladesh.

Shefali bersama anak perempuannya Mim hidup dalam kemiskinan dan harus tinggal di kawasan pembentungan di Dhaka, Bangladesh. Mereka sangat memerlukan wang setelah dia ditinggalkan begitu saja oleh suaminya. Akhirnya, Shefali mengambil jalan pintas dengan menawarkan salah satu matanya untuk dijual ke pasaran. Hal serupa juga dilakukan oleh Krishna Bahadur Bajagai(60) yang menjual ginjalnya kerana kemiskinan.






.

Kisah anjing setia yang mati demi majikan


Sebuah kisah sangat menyedihkan, bagaimana seekor anjing yang rela mati demi menyelamatkan tuannya di Kazakhstan. Menurut laporan laman berita Rusia, Ria Novosti, si pemilik sedang mabuk ketika terbaring di rel kereta api. Si pemilik mengaku kepada pihak berkuasa bahawa anjing itu menariknya ke tempat yang selamat. Sayangnya, anjing malang ini tak dapat menyelamatkan nyawanya sendiri.

"Ketika melihat kereta api yang datang, anjing itu menarik pemiliknya menjauhi rel kereta api," kata Aida Muldashevam, yang menyiasat kejadian ini. Ketika petugas kereta api melihat anjing di rel kereta api, mereka kemudian menggunakan rem untuk menghentikan kereta api itu. Sayangnya, mereka terlambat dan anjing itu mati sementara pemiliknya dibawa ke RS kerana mengalami patah tulang rusuk dan luka di bahagian bahu. Anjing memang terkenal dengan kesetiaan mereka.





.

Tak sengaja, terakam kelibat hantu dalam cctv


Niat hati seorang lelaki tua berusia 88 tahun ini memasang kamera yang dilengkapi oleh teknologi Night Vision agar dapat melihat haiwan-haiwan liar seperti luwak dan serigala, nampaknya melihat rakaman yang tak diduga. Mr. Williams (88 tahun) mengaku bulu romanya berdiri ketika dia memeriksa kameranya kerana melihat rakaman kelibat hantu wanita tua mengenakan pakaian tidur dan kasut berjalan-jalan pada tengah malam di kebun belakang rumahnya. Ini salah satu bahagian dari gambar-gambar yang tertangkap oleh Williams. Polis sudah dimaklumkan mengenai hal ini. Kelibat itu tidak dapat dipastikan dan Williams yakin ianya adalah hantu..






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!