Friday, September 21, 2012

Pesalah minta hukuman mati ditunda kerana dia terlalu gemuk


Seorang pesalah hukuman mati di Ohio yang memiliki berat badan 218 kilogram meminta hukumannya ditunda dengan alasan berat badannya akan menyebabkan dia lebih terseksa ketika dijatuhkan hukuman. Ronald Post yang menembak mati seorang penjaga hotel di Ohio kurang lebih 30 tahun lalu, mengatakan berat badannya, dan masalah kesihatan lainnya akan menyebabkan proses menjatuhkan hukuman tergendala. Dia juga menyebut dirinya terlalu besar bagi meja hukuman. "Dengan keadaan fizik dan kesihatan yang dialaminya maka akan ada risiko bahawa hukuman itu akan menyebabkan kematian yang penuh seksaan baginya," tulis Post dalam permohonannya kepada mahkamah. Post, 53, dijadualkan dihukum mati pada 16 Januari 2013 atas kes pembunuhan terhadap Helen Vantz pada 1983.





.

Rumah beku kerana ditinggal oleh pemiliknya


Sewaktu bercuti musim sejuk tahun lalu tiba, keluarga dari pemilik rumah ini bercuti ke tempat-tempat perlancongan di Sepanyol selama beberapa hari. Tetapi malangnya, ketika mereka pulang dari bercuti, rumah mereka telah menjadi ais yang membeku.


Menurut berita tempatan, ada pencuri yang masuk dan memecahkan kabin di rumah tersebut dan meninggalkan pintu rumah keluarga ini dengan keadaan terbuka lebar. Sampai sekarang pun belum jelas siapa sebenarnya yang membuatkan rumah keluarga ini membeku.






.

Penerbangan ditangguhkan 4 jam kerana pramugari bergaduh


Sebuah pesawat milik American Airlines, menangguhkan penerbangan selama empat jam. Pesawat yang pada mulanya bakal berangkat menempuh perjalanan menuju Washington dari New York, Amerika Syarikat (AS). Penerbangan ditangguh kerana dua pramugari bergaduh. Pesawat dengan nombor penerbangan 3823, dijadualkan berangkat dari Lapangan terbang JFK New York pada Rabu (19/9/2012) pukul 15.10. Namun, pesawat kembali ke perhentian, setelah dua pramugarinya perang mulut, sesaat sebelum pesawat berlepas dari landasan.

 "Kami diberitahu bahawa kami akan kembali ke ruang menunggu, kerana dua orang pramugari terlibat dalam pergaduhan," ujar Dan Alexander, penumpang, seperti diberitakan oleh Upi.com. American Airlines menangguhkan penerbangan selama empat jam, yang digunakan untuk mencari kru pengganti. "Benar-benar luar biasa, wanita-wanita itu bersikap tidak profesional," kata Marge Lopez, penumpang lainnya.






.

Ulama dipukul dua gadis kerana menegur mengenai mengenakan tudung


Lantaran diminta memakai tudung, seorang gadis di Iran mengamuk dan meninju seorang ulama hingga lebam. Menurut berita CNN, ulama itu, Hojatoleslam Ali Beheshti, bertemu dengan si gadis bersama seorang temannya yang juga seorang perempuan, ketika dia sedang dalam perjalanan menuju sebuah masjid di Desa Shahmirzad, untuk menunaikan solat siang pada akhir ogos lalu. Saat melihat seorang dari gadis itu tidak mengenakan tudung, dia memutuskan untuk menegurnya dengan sopan. Dia meminta gadis itu untuk menutupi bahagian kepalanya.

"Dia menjawab permintaan saya, dengan mengatakan bahawa saya harus menutup mata saya, di mana itu sangat menghina bagi saya," ujar Beheshti. Beheshti kembali meminta gadis itu untuk mengenakan tudung. Namun, gadis itu malah makin lancang memakinya, lalu dibantu temannya melayangkan pukulan ke arah perut si ulama. "Saya tidak ingat apa-apa setelah itu. Saya hanya merasa ada pukulan dan tendangan dan mendengar penghinaan itu," tuturnya.

Beheshti yang dirawat selama tiga hari di rumah sakit akibat penganiayaan tersebut, tidak akan mengajukan saman terhadap gadis-gadis itu. Tapi, dia tidak keberatan jika pihak berwajib tempatan menyelidiki kesnya.






 P/S - Gambar sekadar hiasan - sumber google





.

Kenali Muzium Louvre, France yang memiliki galeri Kesenian Islam


Muzium Louvre di sini pada Khamis memperkenalkan bangunan baru dan galeri bernilai hampir AS$130 juta yang bakal menempatkan bahan kesenian Islam. Bangunan yang ditempatkan di tepi (sayap baru) Muzium Louvre mengetengahkan ciri-ciri binaan serangga pepatung menggunakan jubin sama yang digunakan pada masjid Damsyik, Syria. Ia turut menampilkan reka cipta bangunan sedia ada dari dunia Islam sumbangan pemerintah Maghribi, Raja Mohammed Keenam serta yayasan Putera Waleed Bin Talal dari Arab Saudi.

Jabatan Kesenian Islam Louvre akan menempatkan lebih daripada 18,000 penemuan Louvre, bertujuan meningkatkan kefahaman budaya di samping merapatkan jurang antara dunia Islam dan Barat. Pengarah Louvre, Henri Loyrette berkata, galeri itu akan mempamerkan “wajah-wajah tamadun”. Louvre antara ikon Paris yang terkenal berikutan inovasi pembinaan bangunan muzium berbentuk piramid sejak 20 tahun lalu yang berasaskan kaca.






.

Percaya tak kucing ni makan guna garpu.. Wohoo


Siapa tak tau macam mana kucing makan kan. Terkejut bila tengok satu video ni, dalam youtube, bila menyaksikan kucing comel ini dengan selambanya makan dengan menggunakan garpu. Aneh? Memang aneh, mesti tak terbayangkan, macam mana tangan kucing tu boleh pegang garpu, lepas tu menyuap pula kedalam mulutnya.. Sikap kucing ni dah betul-betul macam manusia.. Dalam youtube tu nampaknya, kucing tu tak dibantu oleh sesiapa pun pegang garpu tu.. Pergh, korang tengoklah dan nilai sendiri... kucing yang menakjubkan......








.

Ada lelaki arab mengaku Tuhan


Entah apa yang difikirkan lelaki berasal dari Arab Saudi ini. Dia mengaku sebagai Tuhan kepada lapan anak buahnya. Lelaki tidak diketahui identitinya itu merupakan pengurus baru di sebuah shopping mall di kota pelabuhan Jeddah, Dia mengatakan dia layak disembah ketika memberikan arahan kepada bawahannya. "Lelaki ini kemudian menyuruh anak buahnya mematuhi dan menjalankan perintahnya sebab dia Tuhan mereka," tulis akhbar berbahasa Arab, Kabar, seperti disiarkan laman emirates247.com. Sudah tentu pekerja bawahannya tidak terima. Mereka terus melaporkannya kepada polis syariah. Polis syariah Saudi kemudian menangkap lelaki itu setelah mendapat laporan dari lapan anak buahnya.

Lelaki sombong ini bakal diadili atas dakwaan mengaku sebagai Tuhan. Lapan anak buahnya akan menjadi saksi dalam kes itu. Namun tidak ada penjelasan soal ancaman hukuman bakal dia terima. Islam mengajar tidak boleh menduakan Tuhan. Allah pun telah berfirman dosa paling besar dan tidak akan diampuni adalah menyekutukan Dia. Apatah lagi sehingga berani mengaku Tuhan.







.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!