Thursday, October 4, 2012

Aniaya isteri guna sandwich


Seorang lelaki dari Nebraska Barat, Amerika Syarikat (AS), ditangkap polis kerana menganiaya isterinya menggunakan sandwich. Polis kemudian menangkap Larry Spurling (50), warga Melbeta, diatas tuduhan mengganggu ketenangan. Menurut berita Foxnews.com, penangkapan Larry terjadi setelah isterinya menghubungi talian 911. Dia melaporkan bahawa Larry telah menggosok wajahnya menggunakan sandwich, ketika bertengkar. Pihak berkuasa, menemukan sejumlah beberapa potongan roti sandwich di atas karpet di luar kamar tidur mereka, dan beberapa potong roti lainnya di kamar tidur. Larry muncul di mahkamah Scotts Bluff County, namun kesnya belum terdaftar di sistem mahkamah secara online. (foxnews.com)






.

Ekperimen ngeri dan aneh, mencangkokkan leher anjing


Pada tahun 1954, ahli bedah Soviet Vladimir Demikhov, mengungkapkan karya terbesarnya kepada dunia. Seekor anjing berkepala dua. Kepala anak anjing telah dicangkokkan ke leher anjing gembala Jerman dewasa. Kepala kedua akan mendapatkan sisa susu, bahkan tidak perlu makanan kerana susu mengalir menuruni leher dari sambungan esofagus. Meskipun akhirnya kedua binatang segera mati kerana penolakan jaringan, itu tidak menghentikan Demikhov untuk menciptakan lebih dari 19 lagi anjing berkepala dua selama 15 tahun selepas itu. Gila!






.

Kembar pun ada festival tau...


Pernah melihat dua orang yang kembar? Jika hanya satu atau dua pasang, mungkin menjadi pemandangan yang biasa saja. Namun, bagaimana jika ratusan pasangan kembar berkumpul dalam satu tempat? Ianya pasti adalah sebuah pemandangan unik yang menarik untuk dilihat. Alangkah menakjubkan melihat ada dua atau lebih orang yang memiliki muka, bentuk badan dan warna serta model rambut yang sama.


Di Amerika, Eropah dan China, fenomena anak kembar ini dijadikan sebuah festival yang diadakan tiap tahun, dan ada pemenangnya. Misalnya twins Festival Twinsburgh, di Ohio. Bahkan, beberapa dari mereka membuat sebuah komuniti kembar. Anggotanya tentu saja dari pasangan-pasangan kembar.






.

Kerana kemiskinan, ibu ini nekad jual anak


Malangnya.. Gara-gara kemiskinan, seorang ibu muda di India nekad menjual bayinya sendiri. Atas perbuatannya, wanita yang masih berusia 20 tahun ini dikecam masyarakat sekelilingnya. Wanita bernama Kalaivani ini berasal dari wilayah Trichy, Tamil Nadu, India. Kisah Kalaivani cukup menyedihkan. Dia mengaku lari dari rumahnya sejak 2 tahun lalu kerana tidak tahan dengan perlakuan kasar ibu tiri kepadanya. Sejak saat itu, gadis malang ini tinggal di jalanan. Hingga akhirnya, dia dihamilkan oleh seorang lelaki yang kemudian mencampakkannya begitu saja. Namun Kalaivani memutuskan untuk tetap memelihara kandungannya hingga melahirkan seorang bayi perempuan.

Tapi, oleh kerana masalah kewangan yang serius, Kalaivani memutuskan untuk menjual bayinya yang baru berusia 1 bulan. Dia merancang menjual bayi itu kepada seseorang bernama Muthulaksmi yang berasal dari Gorimedu. Bayi tersebut dijual dengan harga 5000 rupee. USaha Kalaivani ini gagal kerana si pembeli membatalkan urusan pembelian dan melaporkan ke polis. Kalaivani akhirnya ditangkap dan bakal dihukum atas perbuatannya. Seorang lelaki juga ditangkap kerana membantu Kalaivani mencari pembeli bayinya.






.

Alhamdulillah.. Benarkah Janet Jackson telah masuk islam?


PENYANYI yang juga bintang top Amerika, Janet Jackson kini menjadi sensasi. Jackson dikhabarkan sudah bersiap menikah dengan calon suaminya, yang merupakan seorang jutawan Timur Tengah, Wissam al-Mana. Media Showbizspy, yang dipetik oleh tabloid bintang melaporkan pada bahawa pernikahan Janet dengan Wissam akan menelan belanja hingga 20 juta dolar. Menurut sumber orang dalam, pernikahan itu “akan menjadi pernikahan terbesar sepanjang sejarah.” “Mereka telah merancang pernikahan pada tahun 2013, namun untuk waktu tepatnya masih difikirkan,” kata salah satu sumber.

Janet dan Wissam dikhabarkan akan mengundang 500 tetamu dalam pernikahan mereka. Wissam juga akan memberikan jam tangan Rolex sebagai cinderamata untuk tetamu. Sebuah isu mengejutkan, muncul khabar bahawa Janet telah masuk Islam, mengikuti agama yang dianut Wissam. Majalah Mediatakeout, pada hari Ahad (30/9), memperlihatkan Janet dilihat memakai kerudung yang menutup auratnya ketika berada di Miami, Florida. Tabloid gosip National Enquirer juga membuat artikel khas, Janet kini sudah positif menganut agama Islam dengan tajuk “Janet Jackson’s Secret Muslim Life: Inside Her Bizarre World“.

Sebenarnya, Islam bukan agama yang asing bagi keluarga Jackson. Abang Janet, Jermaine diketahui adalah seorang Muslim. Begitu juga mendiang Michael Jackson yang dikhabarkan menganut Islam, meskipun hingga kini misteri kematiannya masih menjadi tanda tanya.






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!