Saturday, October 6, 2012

Ketahui menara yang sangat tinggi ini..


Canton Tower berada di Guangzhou, yang terkenal sebagai kota dengan berbagai tempat menarik. Sebelumnya, Canton Tower dikenali sebagai menara observasi di distrik Haizhu, Guangzhou. Canton Tower pertama kali dibangunkan pada 2009, rasmi beroperasi pada 29 September 2010, bertepatan dengan Asian games 2010. Menara ini dinamakan dengan Guangzhou TV Astronomical and Sightseeing Tower. Canton Tower sempat menyandang gelaran sebagai menara tertinggi di dunia dengan mengalahkan CN Tower. Tetapi pada 2011 gelaran sebagai menara tertinggi direbut oleh Tokyo Skytree.

Kini, menara Canton menempati posisi keempat di dunia. Direka oleh arkitek berasal dari Belanda, Mark Hemel dan Barbara Kuit, Canton Tower disebut juga sebagai bangunan dengan struktur tertinggi di China. Di Canton Tower siapapun boleh menaiki 16 kereta gantung berbentuk kapsul kristal transparan untuk berkeliling menikmati pemandangan alamnya dari puncak teratas menara. Setiap kapsul memiliki diameter 3.2 meter dan mampu membawa 5 hingga 6 orang. Dalam kapsul siapapun akan diajak untuk menikmati pemandangan alam dan kota-kota yang berada di bawahnya selama 20 hingga 40 minit.







.

Pulau aneh yang boleh berpindah tempat


SCHIERMONNIKOOG adalah sebuah pulau kecil di lepas pantai Belanda yang terus bergerak ke selatan dan timur kerana efek kombinasi angin laut saat ini. Pulau ini seperti boleh berpindah tempat. Pada 762 tahun yang lalu, Pulau Schiermonnikoog berada 2km ke utara dari posisinya saat ini. Pulau ini sebenarnya tidak benar-benar bergerak, laut mengikis pulau di satu sisi yang menyebabkan pulau memiliki bentuk yang sedikit berbeza setiap harinya. "Schiermonnikoog", nama ini berasal dari para biarawan yang dulu tinggal di pulau. "Monnik" bererti biarawan dan "Schier" adalah sebuah kata kuno yang bererti abu-abu, mengacu pada warna yang biasa digunakan para biarawan, ‘Oog” diterjemahkan sebagai pulau sehingga jika digabungkan,Schiermonnikoog dapat bererti ‘pulau para biarawan abu-abu”.

Pulau kecil berukuran 16km dengan lebar 4km ini merupakan laman taman nasional pertama di Belanda. Satu-satunya desa yang ada di pulau ini disebut dengan nama yang sama, iaitu Schiermonnikoog, dengan penduduk seramai 1000 orang yang tinggal secara tetap. Perlancongan menjadi sumber pendapatan utama pulau ini. Fasiliti yang tersedia di sini, berupa perkemahan, dermaga untuk kapal feri, pelabuhan untuk kapal-kapal kecil, 15 hotel, ratusan villa, dan apartmen.

Setiap tahun pulau ini dikunjungi oleh 300000 orang. Jika anda ingin berjalan-jalan menggunakan kereta di pulau ini, anda akan merasa seperti di jalan bebas kereta, kerana di pulau ini hanya terdapat 200 buah kereta.







.

Seniman yang memang sangat berbakat


Seniman jalanan dari Rusia, Nikita Nomerz membuat struktur bangunan tua yang usang dan terbengkalai menjadi hidup dengan menambahkan mata dan raut wajah.


Nikita Nomerz membuat kretiviti itu mulai dari menara air yang dia lukis agar terlihat seperti menara itu tertawa, dan pada bangunan usang yang mempunyai bingkai jendela yang pecah dijadikannya sebagai mata.


Nomerz, dari Nizhniy Novgorod di Rusia barat , melakukan perjalanan keliling di berbagai kota di tanah airnya untuk memuaskan dahaganya dalam membuat karya seni.








.

Ciptaan unik, tanam benih pada buku komik


Artis Jepun bernama Koshi Kawachi memanfaatkan komik sebagai media tanaman, karyanya ini dinamakan Manga Farming. Caranya mudah, cari lapik, setumpuk komik, dan segenggam benih. Benih lobak, brokoli boleh ditanam. Ciptaannya memang unik, namun rasanya ianya lebih sesuai dijadikan perhiasan rumah berbanding tujuan asal itu sendiri iaitu menanam sayur...







.





.

Penyanyi rap ini mengejutkan semua orang kerana dia masuk islam


Di tengah perdebatan soal pemakaian jilbab di Perancis, seorang penyanyi rap perempuan Perancis mengejutkan umum dengan kemunculannya memakai jilbab setelah dia masuk Islam. Mélanie Georgiades, dikenali dengan nama Diam's, mengubah penampilannya setelah umum mengenali dia sebelum 2009. Stasen tv Al Arabiya melaporkan, sejak 2009 Diam's mula tidak muncul dalam acara-acara muzik rap. Masyarakat mula tertanya-tanya keberadaan Diam's. Baru-baru ini Diam's muncul dalam sebuah acara tv dengan penampilan barunya mengenakan jilbab. Dalam wawancara eksklusif dengan stasen tv Perancis TF1, Diam's menceritakan masa lalunya, termasuk soal keterlibatannya dengan dadah, kisah dia ditempat rehab, hingga akhirnya menjadi mualaf.

"Saya dulu sangat terkenal tapi saya sering menangis sendirian di rumah. Ini tidak dirasakan para peminat saya," ujarnya. Dia juga mendedahkan telah menikah dan mempunyai anak. Diam's mengatakan mengenal Islam secara kebetulan ketika melihat temannya solat. "Masuk Islam merupakan keputusan saya sendiri setelah mempelajari Islam dan membaca kitab suci Alquran," katanya. Dia mengaku makin tenang setelah berjilbab. Dengan masuk Islam dia merasa mendapat kenyamanan dan kehidupan sebagai bintang muzik tidak sesuai lagi. "Masuk Islam menghangatkan hati saya. Saya jadi tahu tujuan hidup dan kenapa saya hadir di dunia," ujarnya.

Dia mengakui pengalaman solat pertamanya sangat berkesan. "Pertama kali kepala saya menyentuh lantai rasanya menyentuh sekali. Saya belum pernah mengalami perasaan ini." Perancis telah menerapkan peraturan melarang kaum muslim memakai simbol-simbol agama di muka umum, termasuk jilbab.





.

Dia memang menakjubkan walaupun baru berusia 12 tahun


Seorang gadis Britain berusia 12 tahun diterima menganggotai komuniti IQ tinggi tertua dan terbesar di dunia, Mensa, selepas dia didapati lebih bijak daripada Albert Einstein dan Stephen Hawking. Olivia Manning yang berasal dari Liverpool, memperolehi 162 mata dalam ujian IQ, iaitu di atas purata 100 mata. Pencapaian yang diperolehinya itu bukan sahaja dua mata lebih tinggi daripada ahli fizik Jerman, Einstein dan Profesor Hawking, tetapi juga meletakkannya dalam kalangan satu peratus manusia paling bijak di dunia.

Dia kini diberi penghormatan untuk menganggotai Mensa, sekali gus membolehkannya menyertai rangkaian orang-orang pintar di seluruh dunia. Selepas disahkan sebagai genius, Manning juga kini telah menjadi selebriti di sekolahnya, North Liverpool Academy di Everton. "Kini semakin ramai orang datang menemui saya untuk meminta bantuan menyelesaikan kerja sekolah mereka.

"Saya sememangnya sukakan cabaran yang boleh membuatkan otak saya terus berfikir," katanya. Manning yang tinggal di Norris Green mengaku mempunyai cara untuk cepat memahami atau mengingati sesuatu maklumat baru, tetapi dia turut terkejut dengan keputusan ujian IQ yang dijalaninya. - AGENSI






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!