Wednesday, October 17, 2012

Bentuk tomato ini sangat aneh.. tapi cute!


Tanaman atau buah kadang-kadang memiliki bentuk yang tak lazim dan menyerupai benda lainnya. Buah tomato ini memiliki bentuk unik yang mirip mainan patung itik plastik. Tomato itu ditemukan pasangan Eric dan Diane Hinchliffe di kebun belakang rumahnya. Mereka tertarik saat melihat bentuknya yang aneh seperti itik memakai pita di leher. Meskipun memiliki bentuk unik namun Eric dan Diane tetap memakannya dengan campuran salad. "Pertama melihatnya saya terfikir itu adalah dua buah tomato yang menempel menjadi satu," ungkap Eric yang seorang pesara.

"Tapi ketika kulihat lagi, ianya berbentuk seperti badan, lalu ada ekor, paruh muncung dan kerah leher." Diane sendiri mengaku baru pertama kali mendapati buah dengan bentuk seaneh ini. Sedangkan dia sudah lama menanam berbagai macam sayuran dan buah. Akhirnya nenek berusia 68 tahun itu mengambarnya sebagai kenang-kenangan.






.

Aneh.... Ada makhluk raksasa dari dalam air


Seekor oarfish, makhluk raksasa dari laut yang jarang sekali keluar tiba-tiba muncul dan terdampar di pantai. Oarfish adalah ikan raksasa yang diketahui hidup di dasar samudera, pada minggu lalu, terdampar dalam keadaan mati dekat Hacienda Beach di Cabo San Lucas, Mexico. Oarfish yang juga dikenali sebagai ikan pita, adalah ikan bertulang terpanjang di laut. Ciri-cirinya, tubuh perak mengkilat dan sirip punggung merah atau oren. Salah satu yang muncul pada itu dianggarkan memiliki panjang sekitar 20 kaki (6 meter) dan menarik perhatian orang ramai di pantai tersebut. Kerana ukurannya, ramai yang percaya bahawa cerita rakyat tentang ular laut raksasa dan cerita dari makhluk laut mitologi seperti Rakasa Loch Ness berasal dengan oarfish tersebut.

Pisces Fleet blog Fishing Sport melaporkan bahawa beberapa penduduk tempatan melompat untuk membantu ikan itu menjauhi pantai, tapi ikan itu terus kembali ke pasir. Blog itu mengatakan bahawa dengan cepat pengawal pantai mengambil ikan itu keluar dari air, dan membuangnya kembali ke laut sekitar dua kilometer sebelum pakar dapat sampai di sana untuk mengambil sampel.

Oarfish biasanya berada di kedalaman sekitar 3000 meter di bawah permukaan. Ikan itu muncul ke permukaan laut jika ia sakit atau terluka. Oarfish dapat membesar sehingga 50 meter panjangnya, tetapi tidak berbahaya, kerana mereka tidak memiliki gigi. Ikan itu pernah dilihat beberapa kali oleh segelintir manusia. Video pertama dari oarfish hidup dirakam oleh penyelam di Bahamas pada tahun 2001.







.

Inilah antara lukisan Picasso yang dicuri di muzium Belanda


Sebanyak tujuh lukisan karya beberapa pelukis agung termasuk Pablo Picasso, Claude Monet, Henri Matisse dan Paul Gauguin dilaporkan dicuri di Muzium Kunsthal, semalam.


Menurut polis, kejadian itu dikesan selepas alat penggera berbunyi, namun pencuri berkenaan berjaya melarikan diri sebaik sahaja polis tiba di muzium terbabit.


"Polis kini menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut," katanya. - AFP






.

Ibu jual anak untuk beli telefon bimbit baru


Seorang ibu menjual bayi lelakinya yang berumur 17 bulan, dengan harga 5000 Rupee. Wang hasil menjual bayi, dipakai si ibu untuk membayar telefon bimbit baru, seluar jeans, baju, dan kad tambah nilai untuk telefon. Kes yang sangat aneh ini terjadi di Odisha, sebuah negara bahagian di India. Mahkamah tempatan memerintahkan polis untuk mencari bayi itu, dan menyerahkannya kepada khidmat sosial. Si ibu dianggap tidak mampu bertanggung jawab kepada anaknya, demikian dilaporkan Hindustan Times. Si ibu diketahui berumur 20 tahun, dan hidup dalam kemiskinan. Dia mengaku bersalah, dan menolak mengambil anaknya kembali.






.

Inilah planet baru yang ada 4 matahari



Satu pasukan astronomer amatur dan profesional pada Isnin mengumumkan penemuan planet yang disinari oleh empat matahari - iaitu fenomena yang pertama seumpamanya diketahui oleh dunia sains. Planet berkenaan, yang terletak lebih kurang 5,000 tahun cahaya dari bumi dinamakan PH1 sebagai menghargai "Planet Hunters" iaitu satu program yang diketuai oleh para penyelidik Universiti Yale untuk 'memburu' planet-planet baru. Mereka mendapati, PH1 berputar mengelilingi dua buah matahari yang kemudiannya diikuti oleh dua buah matahari yang terletak pada jarak yang agak berjauhan. Dunia astrologi setakat ini hanya menemui enam planet yang mengorbit dua buah matahari atau bintang.

Saintis Universiti Yale, Meg Schwamb, yang membentangkan penemuan ini pada persidangan tahunan ahli-ahli Persatuan Astronomikal Amerika di Nevada berkata, penemuan terbaru ini mencabar semua saintis untuk kembali ke meja kajian bagi meneliti bagaimana planet seperti ini mampu wujud dalam suasana ekstrem seperti itu. Ia, katanya, adalah satu persekitaran yang bukan sahaja ektrem tetapi juga dinamik. PH1 pertama kali ditemui oleh warga Amerika yang juga merupakan 'pemburu planet' yang aktif iaitu Kian Jek dan Robert Gagliano.

Pemerhatian mereka kemudiannya disahkan oleh sepasukan penyelidik Amerika dan juga British yang bekerja di Hawaii. PH1 adalah sebuah planer gas gergasi dengan radius 6.2 kali lebih besar dari Bumi dan sedikit lebih besar dari Neptune. Ia berputar mengelilingi dua buah bintang yang masing-masing adalah 1.5 dan 0.41 lebih besar dari matahari. Pusingannya mengelilingi matahari mengambil masa 138 hari sahaja. Yang lebih menakjubkan ialah dua buah matahari lagi didapati mengorbit sistem planet berkenaan pada jarak 1,000 kali lebih jauh antara Bumi dengan matahari.





.

Isteri meninggal setelah tahu suami kahwin lagi


Seorang wanita Arab Saudi meninggal dunia, setelah mengetahui suaminya telah nikah lagi. Si suami membiayai pernikahan barunya, dengan menggunakan wang pinjaman dari bank, yang dibuat atas nama isteri pertamanya. Menurut wanita malang ini, dia diminta oleh suaminya untuk membuat pinjaman di bank, agar mereka boleh menyewa apartmen lain, sehingga pengubahsuaian rumah mereka selesai. "Tapi, dia kemudian tahu bahawa suaminya menggunakan wang pinjaman dari bank, untuk menikahi wanita lain di rumah lama mereka, sementara dia (isteri pertama) tinggal di flat baru," demikian diberitakan oleh Harian Alsaudeh.

Wanita itu menjadi sangat marah, dan terus kena serangan jantung, lantas meninggal beberapa hari kemudian. Sebelum kematiannya, dia menulis sebuah puisi yang menggambarkan penderitaannya, dan meminta agar puisi itu dirakam oleh suara yang terkenal dan disiarkan secara online. Peristiwa ini terjadi di Arab Saudi, tapi tidak disebutkan lokasi tepatnya di mana.






.

Gambar perkahwinan Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan (4 Gambar)


Bintang Bollywood, Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan berkahwin pada Selasa di sebuah majlis secara kecil-kecilan di Mumbai selepas bercinta selama lima tahun, lapor agensi berita Press Trust of India.


Beberapa kawan dan ahli keluarga menghadiri upacara berkenaan di rumah Khan.


Selepas majlis itu, Kapoor, 32, dan Khan, 42 melangkah keluar ke beranda untuk menemui para peminat yang menantikan kemunculan mereka berdua.


Khan mempunyai dua anak, hasil perkahwinan terdahulu. - AP







.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!