Thursday, November 8, 2012

Inilah kapal selam paling canggih di dunia


Inilah kapal selam paling hebat di dunia, EGO, yang memungkinkan orang yang menaikinya melihat seluruh isi laut sekaligus melihat seluruh permukaan laut.Penumpang boleh duduk melihat seluruh isi laut atau duduk santai sambil menikmati indahnya laut lepas. Tingkap EGO dibuat dari material akrilik yang biasa dipakai untuk akuarium dengan tekanan air tinggi.


Kecepatan kapal selam unik ini sendiri boleh mencapai 4 knots, sementara isyarat kapal ini sendiri mencapai 6-10 jam. Perlengkapan lain dari kapal ini adalah sistem monitor LCD, sistem monitor bateri,VHF marine two way radio, alat digital pengukur kedalaman, kompas, dan jam.






.

Tahukah anda? Berjalan mampu panjangkan hayat


Dengan berjalan selama dua jam 30 minit sekali dalam seminggu, anda berupaya memanjangkan tempoh hayat selama tujuh tahun, menurut satu kajian terkini. Kajian yang dilakukan sekumpulan pakar dari agensi penyelidikan perubatan kerajaan Amerika Syarikat (AS) dan Universiti Harvard itu mendapati, dengan berjalan pantas hanya selama 75 minit sekali dalam seminggu, sudah cukup untuk memanjang tempoh hayat selama dua tahun. Malah, analisis ke atas lebih 600,000 responden lelaki dan wanita berusia 40 tahun ke atas itu turut menyatakan, anda tidak mempunyai masalah sekiranya memiliki berat badan berlebihan asalkan masih cergas dan mengamalkan gaya hidup yang aktif.

Menurut keputusan ujian, individu yang memiliki berat badan sihat namun tidak bersenam dijangka meninggal dunia 3.1 tahun lebih awal daripada individu obes yang kekal aktif. "Individu dengan berat badan ideal dan melakukan senaman sederhana selama dua jam 30 minit, seperti yang disarankan kerajaan, berupaya memanjangkan jangka hayat lebih dari tujuh tahun," menurut keputusan analisis tersebut. Kajian itu juga mendedahkan kaitan antara aktiviti fizikal dan jangkaan hayat antara lelaki dan wanita adalah sama serta individu berkulit hitam memiliki lebih jangka hayat berbanding kulit putih.

Hubungan antara jangka hayat dan senaman juga lebih kuat di kalangan mereka yang mempunyai sejarah kanser atau penyakit jantung, berbanding individu yang tidak memiliki sejarah apa-apa penyakit. Penyelidik kanan kajian itu, Dr I-Min Lee berkata, setiap individu sepatutnya tidak memandang rendah kepentingan aktiviti fizikal terhadap kesihatan mereka, termasuk senaman asas yang berupaya memanjangkan tempoh hayat mereka. - AGENSI






.

INFO : Telefon bimbit untuk warga emas


Kebiasaannya telefon bimbit terkini mempunyai ciri-ciri moden dan canggih bagi memenuhi kehendak dan menarik perhatian golongan muda. Bagaimanapun, sebuah syarikat telekomunikasi di United Kingdom (UK), Age UK memperkenalkan telefon bimbit khas untuk warga emas. Telefon berharga 55 pound (RM269.50) itu direka khas dengan ciri-ciri membuat panggilan mudah untuk mereka yang tidak biasa menggunakan teknologi canggih atau mempunyai masalah penglihatan. Berbanding menekan nombor untuk membuat panggilan, pemilik telefon hanya perlu menekan butang yang memaparkan nama rakan dan keluarga.

Telefon tersebut mampu menyimpan sehingga lapan nombor telefon yang dipilih oleh pemilik dan diprogramkan ke dalam gajet itu ketika dibeli. Butang dengan tulisan 'jawab panggilan' dan 'padam/tutup' juga jelas tertera di telefon tersebut. Pendekatan asas telefon itu memudahkan warga emas daripada terpaksa belajar menggunakan skrin sesentuh telefon pintar yang sukar difahami mereka. - AGENSI




P/S - Cantik kan?



.

Subhanallah! Lelaki ini mampu salin Al-quran di atas batu permata


Seorang seniman yang berasal dari Iran, Raein Akbar Khanzadeh berjaya menyalin Al-quran ke dalam dua lembar perak dan platinum. Lembaran-lembaran itu disusun dengan 2500 batu permata 20 karat, serta 10 karat batu rubi dan safir. Alquran salinan bertahta batu permata ini memiliki berat 6 kg. Khanzadeh berhasil menyelesaikan projek ini dalam waktu 10 bulan. Dia tidak meminta penaja dari pihak mana pun untuk menyelesaikan projeknya itu. Khanzadeh menghabiskan wang 150 ribu dirham miliknya sendiri untuk membeli pelbagai perlengkapan yang diperlukan. Menurutnya Al-quran bukanlah alat untuk mencari keuntungan oleh kerana itu kesuciannya harus dijaga.

Khanzadeh memiliki bakat luar biasa yang dibawa sejak lahir. Dia mampu membaca dan menulis huruf berukuran 30 kali lebih kecil dibandingkan ukuran normal dengan mata tanpa bantuan apa pun. Selama 12 tahun dia menghadapinya. Bakat yang dia miliki didedikasikan untuk kepentingan Islam. Setiap tahun, dia berhasil menyalin Al-quran dengan rekod baru yang belum ada sebelumnya. Tahun ini dia juga telah menampilkan salinan Al-quran yang terdiri dari 114 bab dan mencakupi 604 halaman. Lembaran-lembaran itu berasal dari perak dan berukuran lebih kecil dibanding kertas A4. Pada awalnya, Khanzadeh merasa bimbang jika penglihatannya akan berkurangan seiring dengan bertambahnya usia.

Namun rasa bimbang itu menghilang kerana semakin hari penglihatannya justru semakin tajam lebih-lebih lagi untuk membaca Alquran. Raein Akbar Khanzadeh adalah seorang muslim yang taat.  Beberapa tokoh penting menjadi pelanggan setia bagi karya-karyanya iaitu Shaikh Hamdan Bin Mohammad Bin Rashid Al Maktoum, putera mahkota Dubai dan Ketua Dewan Eksekutif Dubai. Semua karyanya telah diluluskan oleh Bahagian Umum UEA Urusan Islam. Karyanya terbukti detail dan tidak terdapat kesalahan. Dalam bekerja Khanzadeh tidak menggunakan mikroskop untuk membantu penglihatannya.






.

Kerana cintanya tak berbalas, dia mengamuk dan tembak mati lima orang


Seorang lelaki Rusia yang menderita akibat cinta tak berbalas daripada rakan sekerjanya sendiri telah mengamuk dan menembak mati lima orang dan mencederakan dua yang lain. Dia melepaskan tembakan di dalam sebuah syarikat farmasi di mana dia bekerja dan membunuh lima orang rakan sekerja. Pengawal keselamatan firma itu bagaimanapun berjaya menahannya. Lelaki itu dikatakan melepaskan tembakan menggunakan senapang patah miliknya sendiri. Agensi berita AFP melaporkan, tiga lelaki dan dua wanita yang sedang berada di meja masing-masing mati di tempat kejadian.

Manakala seorang lagi lelaki dan wanita cedera. Agensi berita tempatan, RIA Novosti melaporkan, salah seorang mangsa adalah wanita yang menolak cinta lelaki berkenaan. Merana akibat cinta ditolak, lelaki itu telah mengambil minuman keras selama lima hari berturut-turut dan pada Rabu masuk ke pejabat lalu melepaskan tembakan ke arah rakan-rakannya yang lain termasuk wanita yang menolak cintanya itu.




P/S - Sekadar gambar hiasan..






.

Gambar dan cerita terbaru Krisdayanti dan keluarga


PADA senyum yang tersungging, pada bicara yang terlontar, tergambar kebahagiaan yang dimiliki. Empunya diri sendiri mengakui perihal yang satu itu. Katanya: "Penderitaan juga ada akhirnya." Dan hari ini, dia bersyukur memperoleh kebahagiaan yang bertubi-tubi yang dianugerahkan oleh Sang Pencipta untuk hamba-Nya. Malah Krisdayanti atau mesra dipanggil KD yang kini hamil anak kedua yakin keluarga yang dimiliki hari ini adalah yang terbaik dan lelaki bernama Raul Lemos merupakan segala-galanya buat dirinya. Dia juga bersyukur selama bergelar bintang, dia mampu mengawal diri dan tidak mudah terbawa-bawa dengan segala macam hal yang menyesak dada. Sementelah pelbagai kata nista dilemparkan kepadanya sejak awal kemunculan sebagai artis hingga di kemuncak kerjaya dan alam rumah tangga. Namun itulah yang menguatkan dirinya dalam menghadapi pancaroba dunia artis yang tidak pernah mengasihani sesiapa di negaranya.

"Kemerdekaan sebagai artis itu diduga dengan berita-berita yang macam-macam. Mereka lupa bahawa kita ada keluarga yang perlu dijaga "Tapi Tuhan itu kan tidak pernah tidur... Jadi bermohonlah kepada-Nya. Saya selalu minta pada Tuhan agar diberikan kekuatan," katanya yang ditemui baru-baru ini. Biar mampu menepis segala kontroversi dunia artis, hanya satu yang dibimbangi KD. Apa lagi kalau bukan suaminya yang suatu ketika pernah 'terkejut' menerima tempias gemerlapan dan cerita panas dunia artis. Semakin menerima kehidupan glamor seorang artis, Raul juga kata KD bersatu hati untuk berkompromi terutama dalam urusan gosip dan kontroversi. "Dia semakin mengadaptasi kehidupan saya sebagai artis.

Tahu sahaja dunia (artis) ini. Ada yang terlalu terbuka," katanya lagi. Bersyukur kerana Raul memberikan sepenuh kepercayaannya kepada KD, penyanyi itu sendiri nampaknya hari ini lebih senang memberikan tumpuan kepada keluarganya. Tidak hairanlah, mengurus rumah tangga kini menjadi keutamaan penyanyi terkenal Indonesia itu biarpun dunia nyanyian tidak pernah disisihkan daripada hidupnya. "Dan tanpa disangka, mengandung lagi... ini hadiah..." katanya yang dijangka bersalin Disember ini dan memberitahu masih perlu melunaskan persembahan sehingga penghujung bulan ini.


Cahaya cinta 

"INI baby dragon (naga)!" Demikian kata KD sambil mengusap lembut perutnya. Tidak menyangka hamil lagi dalam tempoh terdekat selepas kelahiran anak pertama hasil perkahwinan dengan Raul, ternyata naluri keibuan memuncak pada kehamilan kali ini. "Mungkin juga kerana saya sudah semakin matang," kata penyanyi berusia 37 tahun ini yang berkahwin dengan Raul Mac tahun lepas dan menimang cahaya mata pertama pada September tahun yang sama. Seindah namanya, Amora Arianna Lemos yang membawa maksud permata yang dipenuhi cinta KD mengakui, Amora memberikan cahaya cinta kepada keluarganya. "Ya, sesuai namanya, dia memberikan cinta kepada keluarga ini. Dan saya juga sekarang memang lebih pandai mengurus anak berbanding dulu.

"Terfikir juga mengapa dulu saya kurang mampu membesarkan anak. Tapi itulah... Setiap langkah yang dijalani adalah proses yang mematangkan. "Tidak ada pencapaian yang dikerjakan lebih daripada kekuatan luar biasa seorang ibu. Ibu adalah satu pekerjaan mulia. "Diberikan kesempatan oleh Allah untuk mengandung lagi, ini amat mengujakan," katanya yang juga ibu kepada Titania Aurelie Hermansyah dan Azriel Akbar Hermansyah hasil perkahwinan pertamanya dengan penyanyi Anang. Malah kata KD yang bakal melahirkan anak lelaki ini, suaminya juga amat mengambil berat soal keluarga dan ringan tangan membantu menjaga anak. "Kadang-kadang malu juga dengannya yang pandai menguruskan anak," kata KD lagi sambil ketawa. -utusan






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!