Thursday, December 6, 2012

Yeay : Berita baik untuk penyokong Harimau Malaya (AFF SUZUKI)


Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia sedia menawarkan tiket pergi-balik ke Bangkok dengan harga paling murah kepada penyokong Harimau Malaya bagi menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua antara Malaysia menentang Thailand, Khamis depan. Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Tan Sri Tony Fernandes telah menyatakan persetujuan berhubung perkara tersebut. "Penawaran itu bergantung kepada kekosongan penerbangan. Kita masih tidak tahu berapa ramai penyokong yang benar-benar ingin ke sana (Bangkok). Saya sudah berbincang dengan FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) untuk mendapatkan jumlah mereka yang mahu ke sana.

"Kita akan menyediakan penerbangan "charter" dan jika sekadar 100 atau 200 orang, ia tidak akan memberi impak yang besar. Kita mahu beribu orang ke sana," katanya pada sidang media Kejohanan Skuasy Terbuka Remaja Antarabangsa Redtone KL 2012, di sini hari ini. Skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal itu akan beraksi pada perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2012 menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Ahad ini. Perlawanan timbal balik bakal diadakan di Stadium Supachalasai, Bangkok pada 13 Disember. Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata jika mendapat sokongan menggalakkan, perkhidmatan bas akan turut disediakan dari lapangan terbang di Bangkok ke Stadium Supachalasai. "(Bagaimanapun) Pada masa ini, kos penerbangan, harga tiket, perkhidmatan bas, serta keperluan lain masih dalam perbincangan," katanya. - BERNAMA






.

Berlatih berjalan terbalik selama 3 tahun demi untuk mencatatkan rekod dalam Guiness Book


Seorang lelaki berjalan terbalik selama 3 tahun. Seorang lelaki di China mengakuikan bahawa dia boleh berlari 100 meter dalam waktu 90 saat dalam keadaan terbalik. Huang Zhongyu, lelaki berusia 36 tahun berasal dari Chongqing ini berlatih berjalan terbalik 6 jam setiap hari selama tiga tahun. Lelaki dengan tinggi 163 cm yang bekerja di Restoran Shijiazhuang, Hebei terinsipirasi oleh sebuah program TV yang menayangkan seorang lelaki berjalan menuruni 10 tingkat tangga dalam keadaan terbalik. Latihan keras ini dilakukannnya untuk mencatat rekod baru Guinness World Record. Sehingga kini, Huang Zhongyu menjadi pemandangan menarik bagi orang di sekitar Shijiazhuang Square yang sering menyaksikan lelaki ini berlatih berjalan terbalik dengan hanya menggunakan T-Shirt hitam walaupun di musim sejuk sekalipun.






.

Kononnya, inilah burger yang terpedass..


Sebuah burger buatan waralaba di Bristol, England, didedahkan sebagai yang terpedas di dunia. Burger itu dibuat menggunakan sos dari dua jenis lada terpedas di dunia, Naga Bhut Jolokia dan Scotch Bonnet. Burger yang dinamakan Atomic Fallout tersebut memiliki rasa pedas setara 40 kali pedas sos tabasco. Jika diukur berdasar skala kepedasannya ia mencapai satu juta skala Scoville. Kerana kepedasannya, orang yang memegang burger itu harus memakai sarung tangan pelindung. Makanan ini dibuat dengan sos khusus, sayuran dan tiga beef burger serta 18 ons keju. Ianya lengkap dengan pakej tambahan kentang goreng dan dua potong pizza goreng. Masa untuk menyiapkannya adalah 60 minit.

Rasa super pedas membuat burger ini tidak boleh dimakan sembarangan orang, termasuk yang lemah jantung. Bagi yang mahu memakannya harus menandatangani surat perjanjian dan harus berusia lebih dari 18 tahun. Setakat ini biasanya hanya 1 dari 10 orang yang boleh menghabiskan burger pedas itu. "Burger ini tak hanya dibuat dengan rasa yang sangat pedas, tapi kita membuatnya lebih besar. Beberapa orang membuat satu gigitan dan menolak untuk mengambil lagi," ujar Martin Bunce, pembuat burger itu. "Hingga kini sudah ada 500 orang yang cuba memakannya. Saya sendiri hanya mampu makan seperempat bahagian daripada burger itu."






.

Akhirnya dia pergi........


Seorang nenek yang pernah tersenarai sebagai individu tertua di dunia, meninggal dunia pada usia 116 tahun, di sini semalam. Besse Cooper meninggal dunia petang semalam di sebuah pusat jagaan di Monroe, kira-kira 72 kilometer di timur Atlanta. Menurut anak lelaki warga emas itu, Sidney Cooper, ibunya mengalami jangkitan virus di perut, baru-baru ini, namun keadaannya bertambah baik kelmarin. Namun, Besse mengalami masalah pernafasan semalam sehingga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan, katanya. "Ibu saya meninggal dunia pada kira-kira pukul 2 petang. Keadaan rambutnya yang tersisir rapi seolah-olah menunjukkan dia sudah bersedia untuk meninggalkan dunia ini," katanya.

Besse, diiktiraf Guinness World Records sebagai individu tertua dunia pada Januari tahun lalu, sebelum wanita Brazil, Maria Gomes Valentin, yang lebih tua 48 hari daripadanya mengambil alih gelaran berkenaan pada Mei tahun yang sama. Gelaran individu tertua di dunia kini dipegang oleh Dina Manfredini dari Iowa, Amerika Syarikat berusia 115 tahun. Pegawai kanan Guinness, Robert Young berkata, kematian Besse merupakan kehilangan yang besar buatnya. "Ketika saya bertemu dengan Besse pada usia 111 tahun, mendiang berada dalam keadaan sihat dan mampu membaca buku," katanya. - AGENSI







.

Demi untuk bertahan hidup, dua nelayan disyaki makan rakan sendiri


Dua orang nelayan yang tersesat di Siberia disyaki membunuh dan memakan seorang rakan agar mereka dapat tetap teruskan hidup. Kedua lelaki itu, disyaki juga membunuh seorang rakan lain mereka, yang sama-sama tersesat. Alexander Abdullaev, 37, dan Alexei Gradulenko, 35, berhasil diselamatkan oleh kumpulan penyelamat dari daerah terpencil Neryungri, di Republik Sakha, utara Rusia, dalam keadaaan cuaca buruk, dengan suhu dibawah 30 darjah Celcius. Namun petugas polis yang melakukan operasi penyelamat juga menemukan sisa-sisa tubuh dari seorang rakan mereka, dalam keadaan terpotong-potong. Sebuah kayu ditemukan di dekatnya, dan sebuah jaket yang berlumuran darah. "Kami syaki, kedua mangsa membunuhnya lalu memakannya kerana mereka kelaparan," ujar seorang sumber.

"Namun keduanya menyangkal telah membunuh dan memakan rakan mereka. Namun yang tidak boleh disangkal adalah fakta, ada tubuh manusia dalam keadaan terpotong-potong di dekat tempat mereka diselamatkan," lanjutnya. Polis Neryungri, mengatakan sedang menyelidiki tuduhan tersebut. "Petugas polis sudah dua kali mengunjungi lokasi tempat kejadian, dimana mereka disyaki telah terjadi kekerasan yang akhirnya membuatkan kematian," tuturnya.






.

Pengorbanan seorang isteri buat suaminya


Seorang lelaki Arab Saudi yang mahu berkahwin kali kedua dilaporkan banyak kali menangguhkan untuk memberitahu niatnya itu kepada isterinya, seorang guru sekolah, lapor media di sini, semalam. Ia sedikit sebanyak disebabkan dia membuat andaian bahawa isterinya tidak mungkin bersetuju dan memberi masalah pula kepada rumah tangga mereka. Bagaimanapun, lelaki terbabit mendapat kejutan apabila niatnya untuk berkahwin lagi diterima. Pada masa sama, dia juga diberi satu syarat iaitu hanya isterinya boleh membuat pilihan siapa boleh menjadi pasangan barunya.

Tidak cukup dengan itu, isterinya juga memberi kejutan baru terhadap lelaki tidak dinamakan itu iaitu dia sudah memilih seorang pelajarnya untuk dijadikan teman hidup suaminya, lapor sebuah laman web. Malah, belum sempat lelaki itu mengucapkan terima kasih atas penerimaan hasratnya, isteri lelaki itu membuat satu lagi kejutan iaitu menawarkan untuk menanggung semua kos perbelanjaan perkahwinannya. Lelaki bertuah itu kemudian berkahwin dengan gadis itu yang berkongsi semua dengan gurunya.

“Malah, isteri pertama menawarkan untuk membiayai perkahwinan sebagai hadiah kepada suaminya kerana mahu menjadi contoh kepada semua wanita antipoligami,” lapor akhbar Sabq. Pasangan berkenaan berkahwin di wilayah selatan Arab Saudi, Jazan. Kisah itu sama sekali berbeza dengan kejadian di wilayah Asir apabila seorang lelaki berkahwin empat sekali gus untuk membuktikan kepada bekas isterinya yang percaya tiada lagi wanita sedia mengahwininya selepas mereka berpisah. Agensi






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!