Ada pengalaman unik yang dialami oleh penyerang Manchester United, Robin van Persie sebelum menghadapi Arsenal di Stadium Emirates baru-baru ini. Robin van Persie tersalah masuk bilik persalinan. Kejadian itu dialami oleh Robin van Persie ketika baru tiba di Emirates Stadium. Robin van Persie yang berjalan terpisah dengan rakan-rakan sepasukannya kerana terserempak dengan maskot Arsenal, Gunnersaurus di lorong. Robin van Persie kemudian berniat untuk menyusul rakan-rakannya ke bilik persalinan. Langkah lelaki berasal dari Belanda itu akhirnya berhenti di depan pintu berwarna merah.
Persie kemudian membuka pintu itu namun ternyata itu adalah bilik persalinan untuk pasukan Arsenal, yang mana juga merupakan mantan pasukannya sebelum ke Manchester United. Persie sempat disambut oleh seorang staf Arsenal lalu bergegas meninggalkan bilik persalinan itu dengan wajah yang merah dan memegang dahi sebagai ekspresi gelisah. Robin van Persie yang selalu mendapat cemuhan dari penyokong Arsenal setiap kali menguasai bola menjadi hero Manchester United. Golnya dari tendangan penalti pada minit ke-43 membuatkan Manchester United seri dengan Arsenal 1-1. -AP
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment