Sunday, May 12, 2013

10 Gambar Jutawan Britain, Richard Branson mengenakan pakaian lengkap pramugari Air Asia kerana kalah pertaruhan



JUTAWAN Britain, Richard Branson tersenyum dan dengan bersahaja mengenakan pakaian lengkap pramugari air asia, berdiri di samping Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tony Fernandes, di Lapangan Terbang Perth sebelum menaiki penerbangan AirAsia untuk bertugas sebagai pramugari penerbangan menuju Kuala Lumpur.



Branson yang juga pemilik syarikat penerbangan Kumpulan Virgin dan Tony Fernandes bersetuju pada 2010 bahawa sekiranya mana-mana pasukan (Virgin ketika itu dan Lotus) yang menamatkan saingan pada kedudukan lebih bawah pada musim itu akan menjadi pramugari untuk syarikat penerbangan masing-masing.



Branson kalah dalam pertaruhan itu apabila Lotus menamatkan perlumbaan Formula 1 keseluruhan pada tangga ke-10 manakala Virgin sekadar berpuas hati di tangga ke-12.





Bagaimanapun, pertaruhan yang dirancang dilaksanakan pada awal 2011 ditangguhkan selepas Branson mengalami kecederaan ketika bermain ski.-AP











P/S - Berita sebelumnya [KLIK]





.

2 Penyokong CHELSEA:

Unknown on May 12, 2013 at 4:47 PM said...

haha... kelakar giler tengok rupa si richard ni... lebih2 lagi dia buat flying kiss tu, memang tak boleh blah... LOL

Teena Tna on May 12, 2013 at 6:45 PM said...

Wahhh..rambut dy mmg smart lahh..haha

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!