Wednesday, June 19, 2013

Terkini : Harga petrol akan naik sebanyak 33 peratus


Terkini : Harga petrol akan naik sebanyak 33 peratus | Kerajaan Indonesia yang mungkin menaikkan harga petrol sebanyak 33 peratus iaitu daripada 4,500 rupiah seliter (RM1.42) kepada 6,500 rupiah (RM2.03), mencetuskan kemarahan beribu-ribu penduduk awam Indonesia. Mereka mengadakan bantahan besar-besaran di luar bangunan Parlimen di sini hari ini bagi membantah keputusan kerajaan. Menteri Kewangan, Chatib Basri berkata, harga petrol dan diesel akan naik tidak lama lagi sebaik-baik sahaja kerajaan selesai meneliti beberapa perkara sebelum kenaikan itu diumumkan.

"Kenaikan harga minyak amat penting disebabkan keadaan ekonomi global yang tidak menentu," katanya yang merujuk kepada nilai mata wang rupiah yang merudum. Selain petrol, harga diesel turut meningkat daripada 4,500 rupiah seliter (RM1.40) kepada 5,500 rupiah (RM1.72). Dalam pada itu, polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan tembakan meriam air ke arah kira-kira lapan ribu penunjuk perasaan yang bertindak melontar bom Molotov, mercun dan botol.

Polis yang ditempatkan di luar bangunan Parlimen juga terpaksa berdepan beratus-ratus penunjuk perasaan yang cuba menceroboh masuk selepas mengadakan bantahan untuk hari kedua berturut-turut. Keganasan terbaharu itu berlaku buat kali pertama sejak demonstrasi besar-besaran membantah kenaikan harga bahan api pada 2008. Sementara itu, Timbalan Presiden Indonesia, Boediono menggesa orang awam supaya bertenang dan tidak mencetuskan kekecohan. - AFP




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!