Wednesday, September 11, 2013

RAHSIA HATI - AZIMAH LILY




Novel ini adalah karya novel kedua dari penulis ini selepas SIAPA ORANG GAJIKU. Tengku Dania Dahlia adalah seorang wanita yang sangat berbakat dalam perniagaan, bijak dan juga sangat bersifat pelindung terhadap satu-satunya adiknya, Daniel. Tengku Dania Dahlia terbentuk sedemikian kerana mereka kehilangan ibu bapa mereka dari kecil dan mereka dibesarkan oleh atuk mereka, Tan Sri Tengku Daud. Ada saja yang berniat untuk menjatuh dan merampas perniagaan mereka, namun dengan kepintaran wanita ini, semuanya berjaya diatasi, malah wanita ini sentiasa bersama orang-orang kepercayaannya.

Namun, penyakit serius yang dihidapinya, menjadikan dia harus lebih kuat dan harus melepaskan adiknya berdikari menghadapi hari mendatang seorang diri. Kemunculan 'tunang' aturan atuknya, Hairi Azwan, mewujudkan lebih banyak masalah buatnya. Siapa sangka, dalam hayatnya yang tak panjang, Hairi benar-benar jatuh hati dan ingin memperisterikannya. Namun sebenarnya ada perkara lebih penting yang harus diselesaikannya. Cinta baginya bukanlah keutamaan.

Bagaimana reaksi Daniel dan Tan Sri Tengku Daud, apabila mengetahui akan penyakit Tengku Dania Dahlia? Siapa sebenarnya yang berniat jahat keatas keluarga kecil ini? Dan tercapaikah impian Hairi untuk mengahwininya? Apakah sebenarnya rahsia hati Tengku Dania Dahlia? Dapatkah Tengku Dania Dahlia diselamatkan? Jujurnya, membaca novel kedua Azimah Lily ini, bagi lulu, memperlihatkan kematangan hasil tulisannya berbanding novel pertama. Lulu suka dengan watak TDD ni, sebab dia memang sentiasa mampu menyelesaikan masalah, dan keperibadiannya memperlihatkan betapa tabahnya dia. Syabas penulis :) semoga terus maju jaya ..


Tajuk : Rahsia Hati
Penulis : Azimah Lily
Halaman : 641 muka surat
Harga : RM25/RM28



P/S - Fully Recommended by Lulu Caldina





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!