Apa kata suami pegawai Ambank, diatas kehilangan isterinya yang maut ditembak pengawal keselamatan bank | Suami kepada pegawai operasi bank, Norazita Abu Talib, 37, yang maut ditembak pengawal keselamatan bank berkenaan difahamkan baru beberapa minit menghubungi mangsa sebelum kejadian tembakan itu berlaku. Difahamkan suami mangsa yang dikenali sebagai Wan itu menghubungi isterinya itu ketika hujan lebat pukul 6 petang. Anak saudara mangsa, Mohd. Fakri Azad M. Azhar Syawal, 22, berkata, bapa saudaranya itu menghubungi telefon bimbit mangsa supaya isterinya berhati-hati memandu dalam hujan lebat.
"Ketika panggilan pertama Pakcik Wan sempat bercakap dengannya dan mengingatkannya supaya berhati-hati kerana hujan amat lebat petang tadi dan makcik saya ini pula seorang yang rabun. "Selepas itu, Pakcik Wan menghubungi makcik saya sekali lagi namun panggilan tidak berangkat. Kemudian saya diberitahu pihak bank menghubungi pakcik saya selepas itu lalu menyuruh dia ke premis itu dengan segera. "Mereka tidak memberitahu perkara sebenar dan hanya menyuruh pakcik saya datang dan melihat sendiri keadaan makcik saya," katanya. Tambahnya, mangsa meninggalkan sepasang cahaya mata iaitu seorang perempuan berusia 10 tahun dan lelaki berusia 7 tahun. -Utusan
P/S - Semoga keluarga ini tabah.. al-fatihah
.
12 Penyokong CHELSEA:
takziah buat keluarga arwah.....al-fatihah...
Alfatihah
sedihnyer :(
alfatihah..
takziah....
Alfatihah. Takziah buat keluarga allahyarhamah. Kejamnya perbuatan durjana ni.
Baru tahu kes ini pagi tadi...Kenapalah kejam sampai tahap macam nie ek?
al fatihah...
assalamualaikum Lulu....sedihnya al-fatihah buat arwah...:(
AL-FATIHAH...
moga roh arwah tenang di sana...
kesiannya...Malaysia sekarang memang bahaya la..jenayah ada di mana2...alfatihah
Cari suspek tu sampai dapat... pastu belasah puas2 dulu, kemudian tembak juga dgn senapang yg sama...
yaitan yg berupa manusia punya jaga...dah la dtg terhegeh2 kerja kt negara org...pastu perangai mcm bapak syaitan!!!aku tgk fb dia pun pelik jer...sntiasa tunjuk duit jer...bkn cikit...lbh dr gaji seorang pegawai gred A ....pelik...mcmana gaji seorg jaga boleh dpt byk...sah semua duit yg ditunjuk dlm fb dia tu duit rompakan...binatang...!!!harap pihak polis terus tembak jer kalu jumpa...jgn tggu nak dakwa kt mahkamah...silap haribulan blh terlepas...
Post a Comment