Friday, November 1, 2013

Bolehkah orang islam menyambut perayaan Halloween?


Bolehkah orang islam menyambut perayaan Halloween? | Individu beragama Islam yang menyambut perayaan Halloween seperti amalan masyarakat barat menunjukkan aktiviti yang menyimpang daripada akidah. Penolong Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sharul Nizam Abu Bakar berkata, sambutan yang merujuk pada amalan agama Kristian itu boleh mengundang persepsi negatif dan aktiviti tidak sihat jika masyarakat Islam turut serta.

“Dalam al-Quran ada menyebut, jika kita meniru perbuatan atau amalan kaum tertentu, kita boleh terjerumus dalam kalangan mereka. Secara jelas, amalan sambutan Halloween ini tidak mengikut syarak langsung,” katanya. Menurutnya, tidak sepatutnya masyarakat Islam terpedaya untuk bersama menyambut perayaan berkenaan. Malah, apa yang dibimbangkan ia boleh menggalakkan aktiviti lain seperti pesta minuman keras dan seks bebas.




.

3 Penyokong CHELSEA:

kakitravelkhairuddin.blogspot.com on November 1, 2013 at 3:45 PM said...

tak baik pesta sebegini....salam blogging.

KongsiBlog on November 1, 2013 at 4:37 PM said...

suatu masa nanti pesta macam ni boleh di sambut tapi tidak mengikut ajaran kristian, malahan ambil kesempatan untuk berdakwah dan tiada sebarang maksiat dalam sambutan itu.. 100% buatan muslim.. tiada pergaulan lelaki perempuan secara bebas,.. apetah lagi minuman keras.. selamat berblogging

aully on November 1, 2013 at 5:37 PM said...

Yang Pastinya Hari Valentine dan Hari Hallowen itu gak pernah di ajarkan oleh agama Islam ,,jdi yang menyebarkannya acara itu ialah orang selain Islam,,dan mengikuti pun bsa di sebut bkn orang Islam...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!