Monday, December 9, 2013

Khabar terkini pelumba basikal negara, Josiah Ng


Khabar terkini pelumba basikal negara, Josiah Ng | Ketika berada di kemuncak prestasi untuk memburu pingat, nasib malang menimpa pelumba negara Josiah Ng apabila terbabit dengan kemalangan ketika menyertai Siri Piala Dunia Klasik kedua di Aguascalientes, Mexico semalam. Kemalangan itu mengakibatkan pelumba berasal dari Sarawak itu dikejarkan ke hospital apabila tulang rusuk dan tulang selangkanya patah selain turut menjejaskan paru-parunya.

Perkara itu disahkan Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad yang memaklumkan Josiah terbabit dengan kemalangan itu ketika saringan kedua acara keirin yang menyaksikan seorang lagi pelumba negara Azizulhasni Awang mara ke pusingan akhir. Bagaimanapun Josiah kini dilapor stabil selepas dirawat di unit rawatan rapi Hospital Mexico biarpun masih lagi dalam keadaan separuh sedar. “Saya kini masih lemah akibat ubat yang diberikan doktor selepas beberapa tulang rusuk dan selangka patah,” kata Josiah menerusi laman sosial Facebooknya. -HM




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!