Monday, December 9, 2013

KULI RUMAH UNTUK DIA - AIREEN ARYANA



KULI RUMAH UNTUK DIA - AIREEN ARYANA | Minn Alia bukan calang-calang orangnya. Sudahlah terpelajar dalam bidang engineer, dari Ohio University, malah dia juga anak Tan Sri.. Namun disebabkan sudah 2 tahun tidak bekerja , hidupnya yang asyik menghabiskan duit orang tua, babahnya pun sudah mulai bising suruh dia mula bekerja dibawah babah. Bagi Minn Alia, kerja di bawah babah tak seronok. Jadi Minn Alia minta sahabatnya Syuh carikan dia kerja yang tak susah dan kalau boleh dia nak goyang kaki saja lepas kerja tu. Jadi Syuh pun cadangkanlah Minn Alia jadi 'kuli rumah'. Syuh cakap kerja tu tak susah. Mop lantai, basuh baju pun guna washing machine. Lepas tu dah boleh goyang kaki. Dan Minn Alia terus setuju.. yang pasti tanpa pengetahuan keluarganya.

Rancangannya untuk mengubah dirinya menjadi 'kuli rumah' sepenuhnya memang berjaya. Dengan menggunakan kad pengenalan orang gajinya, namanya terus bertukar menjadi Minah. Juga berpakaian lusuh orang gajinya lengkap dengan bedak tebal dimuka, memang tiada yang akan sangka dia adalah Minn Alia anak Tan Sri.. Huhu.. Menjadi kuli rumah memanglah tak susah, tapi bukan jugalah sesenang seperti yang dikatakan oleh Syuh. Bayangkan hari pertama saja Minn Alia dah buat kesilapan besar dengan  tidak membenarkan Tuan Muda rumah itu (Syakirul Hafiz) masuk dan menunggu hampir sejam diluar pagar.

Bagi Syakirul Hafiz pula, kehadiran kuli rumah baru itu benar-benar membuatkan hatinya geram. Rupa Minah yang pelik, dan sikapnya yang tidak seperti kuli rumah itu menimbulkan banyak persoalan dalam hatinya. Entah kenapa dia betul-betul senang dengan kehadiran Minah, sehingga Syakirul Hafiz terlanjur berbicara soal cinta. Ya, itulah kebenarannya, dia jatuh cinta dengan kuli rumah sendiri.

Sebelum sempat Minn Alia mendedahkan kebenaran mengenai dirinya, Syakirul Hafiz terlebih dahulu tahu, dan Syakirul Hafiz yang berang kerana tertipu, segera menjauhkan diri daripada Minn Alia. Bagi Minn Alia pula, tamparan itu terlalu hebat kerana dalam diam dia juga sudah mula jatuh kasih buat lelaki itu. Mampukah cinta mereka bersatu? Jom dapatkan novel ini dan mari kita menyusuri bagaimana Minn Alia terpaksa menjadi tabah dengan sikap Syakirul Hafiz dan tragedi di mana dia kehilangan babahnya buat selamanya..



Tajuk : Kuli Rumah Untuk Dia
Penulis : Aireen Aryana
Halaman : 475 muka surat
Harga : RM20/RM23




P/S - Recommended By Lulu Caldina




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!