Tuesday, January 1, 2013

Aneh : Angel or Hero, yang wujud dalam video itu?


Media mujahidin Chechnya Kavkaz Center memetik sebuah berita menarik tentang sebuah video klip yang menggambarkan seorang yang berpakaian serba putih dari Syria. Video ini memperlihatkan suasana perang di Syria yang baru-baru terjadi. Ketika tembakan membabi-buta menyerang kumpulan manusia, salah seorang terkena hentaman peluru dan terbaring di tengah jalan. Orang ramai hanya mampu melihat tanpa berani keluar dari tempat persembunyian kerana jalanan berada dalam serangan Alawites, mazhab minoriti pendukung rezim Partai Baath yang berkuasa di Syria. Orang ramai berteriak, panik, dan bertempiaran lari.

Mereka tidak tahu bagaimana membantu mangsa yang cedera. Ketika itu, seorang lelaki berpakaian serba putih muncul di latar belakang video. Dia tenang, berjalan santai dan tidak panik seperti yang lainnya. Tanpa mempercepatkan langkahnya, lelaki yang berpakaian putih tersebut perlahan-lahan mendekati mangsa itu dan mengangkatnya dengan santai, sedangkan berat mangsa kurang lebih 80 kg. Dengan satu tangan dia membawa mangsa yang terluka ke kawasan orang berkumpul. Kemudian lelaki tersebut menghilang dari video. Aneh, namun inilah yang berlaku dalam video bertajuk "Angel or Hero? itu. -CKC






.

Sambungan internet paling pantas didunia milik seorang wanita berusia 75 tahun


Sigbritt, seorang nenek berumur 75 tahun dan berasal dari Sweden memiliki sambungan internet peribadi iaitu 40 Gigabites/second, dan ketika ini ianya tercatat dalam sejarah IT merupakan sambungan internet terpantas di dunia. Ianya lebih pantas daripada lain-lain sambungan internet di seluruh dunia, dan dia boleh memuat turun HD DVD dengan kepantasan hanya 2 saat! Dia juga boleh menonton secara langsung 1500 saluran HDTV secara realtime dan tanpa gangguan. Nenek ini bukanlah nenek sebarangan, dia adalah ibu dari Peter Löthberg yang merupakan legenda internet Sweden, yang sekarang kerja di CISCO dan dialah yang men set-up sambungan dan komputer si nenek sehinggakan boleh sepantas itu. -coolestGadget








.

Terpaksa tunggu selama 88 tahun untuk foto perkahwinan


Setiap pasangan yang sedang melangsungkan perkahwinan tentunya ingin momen-momen indahnya tidak mudah dilupakan. Biasanya foto menjadi sebahagian yang sukar dipisahkan untuk mengabadikan peristiwa bersejarah tersebut. Namun lain halnya dengan pasangan Wu Conghan (101 tahun) dan Wu Sognshi (103 tahun), yang berasal dari China. Mereka dengan sabar menunggu selama 88 tahun hanya untuk mendapatkan foto perkahwinan. Mereka adalah pasangan yang berkahwin pada tahun 1924. Ketika itu kamera merupakan benda asing dan jarang dijumpai di China.


Nasib baik kedua pasangan ini masih diberkati usia yang panjang sehingga kamera ketika ini menjadi barang yang mudah diperolehi. Kini impian mereka memiliki foto perkahwinan menjadi kenyataan berkat bantuan studio foto tempatan yang bersedia membuat album foto perkahwinan pasangan yang berasal dari Nanchong, Sichuan itu. Dalam sebuah fotonya, Conghan dan Sognshi tidak malu menunjukan kemesraan di depan kamera. Mereka bahkan mengenakan pakaian pengantin seperti pasangan pengantin baru. Sognshi juga nampak anggun ketika membawa seikat bungan mawar merah dalam foto tersebut. -chinanews







.

Kim Kardashian hamil anak Kenya West


Kim Kardashian dikhabarkan hamil anak pertamanya yang juga merupakan anak dengan teman lelakinya, Kanye West, apabila wakil bintang realiti itu mengesahkan berita gembiranya kepada MailOnline. Berita kehamilan itu telah diumumkan oleh Kanye diatas pentas semasa konsert di Atlantic City pada malam Ahad dengan Kim yang turut menonton. Penyanyi rap itu berkata 'hentikan muzik', kemudian mengumumkan 'tolong bersorak untuk ibu kepada bayi saya di sini, "dengan senyuman lebar.

Pengumuman Kanye mendorong banyak tweet teruja dari penonton dan peminat. Kim, yang duduk di bahagian penonton semasa persembahan, dikatakan tidak menyangka kekasihnya itu akan mendedahkan berita gembira itu kepada umum. Mereka telah bersama sejak lapan bulan. Kim dikhabarkan hamil 12-minggu. -MailOnline






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!