Tuesday, January 8, 2013

SUAMI YANG KU BENCI



Dapat juga lulu miliki karya pertama dari E-Man Sufi ini, yang mana lulu dah review untuk novel keduanya HIKAYAT CINTA SI PEMATAH HATI. Novel pertama ini memang tak setebal novel kedua, namun ceritanya yang sangat santai, dan watak tambahan, ibu hepada hero yang sangat menonjol benar-benar mencuit hati. Watak makcik Sari memang sangat menonjol dalam novel ini. Tiap kali dia berkata-kata, memang terbaeklah kan..hehe, terus rasa tak puas baca novel ni, kalau lagi tebalkan lagi bagus. Siyes, lulu sangat happy baca novel ini.

Cerita mengisahkan mengenai Hannah Maryam yang terpaksa kahwin dengan seorang penjual burger kerana perkahwinannya dibatalkan setelah bekas tunangnya membuat hal. Bayangkan, seorang gadis cantik dan sangat kaya tiba-tiba bersuamikan lelaki yang miskin penjual burger. Kata-kata dan perlakuan Hannah yang kasar selalu membuatkan Uwais (suami) terasa, namun ianya tidak menghalang rasa kasih dan sayang kepada isterinya. Dalam diam, Uwais cuba melembutkan hati Hannah. Tak disangka, kehadiran cikgu Batrisya yang lemah lembut terhadap suaminya, mengubah pandangan Hannah terhadap si penjual burger ini. Dari benci, meluat, kepada kasih dan cinta..

Hannah duduk di sebelahnya. Siap menopang dagu memandang Uwais. Senyuman masih tak lekang dibibirnya. Uwais rasa makin hairan. Mata Hannah yang coklat itu direnungnya. Apasal aku rasa dia nampak lebih cantik dari hari-hari biasa ni? Tadi aku panggil dia sayang pun dia macam okey aje, kalau tak....macam nak termuntah dengar aku panggil macam tu.... Siap bagi jelingan maut lagi.

Tapi dugaan berumahtangga Hannah dan Uwais tidak berakhir disitu saja. Keadaan semakin mencabar bila kehadiran abang sepupu Hannah, abang Fawaz yang juga ada hati dengan Hannah. Jom baca novel menarik ini, dan ketahui samaada hubungan suami isteri ini akan kekal. Namun bagaimana pula dengan cikgu Batrisya dan Abang Fawaz???





P/S - Recommended by Lulu Caldina






.

Kod Berpakaian dilancarkan : Nak ke zoo kena tutup aurat


Wanita yang melawat zoo di bandar raya ini diminta memakai pakaian sopan, menutup aurat dan jika perlu disediakan skaf untuk melindungi bahu mereka. Papan tanda di pintu masuk memberitahu pelawat apa yang boleh diterima dan tidak dengan lutut dan bahu perlu ditutup. Jika pelawat tidak memakai pakaian sopan, skaf disediakan oleh pihak pengurusan zoo untuk menutup bahu. Namun jika kod berpakaian itu tidak diendahkan, pelawat tidak akan dibenarkan memasuki zoo. Pengarah Jabatan Taman Awam dan Hortikultur, Ahmad Abdul Karim, berkata tindakan itu dibuat sebagai penegasan semula peraturan sedia ada daripada peraturan baru dilaksanakan. Kami sedar ramai pengunjung zoo datang terus dari pantai dan memasuki zoo dengan pakaian mandi.

Ini tidak adil. Ramai kanak-kanak melawat zoo dan paling utama, ini negara Islam. Orang ramai perlu memakai pakaian sopan ke zoo, katanya. Ahmad berkata, kod berpakaian memerlukan orang ramai memakai pakaian sopan di tempat awam di Dubai, dan Zoo Dubai salah satu daripadanya. Namun kami menerima banyak aduan daripada pelawat mengenai pakaian sebahagian pengunjung lain dan kami mahu mengelakkan rungutan itu dengan cara lebih baik, dengan meminta orang ramai memakai pakaian sopan, katanya. Kod berpakaian juga dikenakan di taman di pantai, bangunan dan pusat beli-belah dan peraturan berkenaan menjadi subjek perbahasan kerana ia tidak selalunya diikuti pelawat. Agensi






.

Apa dia rokok elektronik dan adakah ianya bahaya?


Rokok elektronik atau “Elecronic Nicotine Delivery Systems” (ENDS) dipasarkan sebagai pengganti rokok dan didakwa tidak menimbulkan bau dan asap. Bentuknya seperti batang rokok biasa, tetapi tidak membakar daun tembakau, seperti produk rokok konvensional, ENDS membakar cairan nikotin menggunakan bateri dan wapnya itu akan memasuki liang paru-paru perokok. Produk itu dipasarkan dengan banyak jenama, di antaranya rokok elektronik, ecigarro, electro-smoke, green-cig, dan smartsmoker.Rokok elektronik sebelum ini dianggap sebagai alternatif yang selamat kepada tabiat merokok. Bagaimanapun, satu penyelidikan terbaru menunjukkan ia juga mampu merosakkan paru-paru bagi mereka yang menggunakannya. Alat itu didapati mengakibatkan kekurangan oksigen yang diserap oleh darah hingga mengakibatkan peningkatan segera dalam rintangan udara paru-paru.

Secara purata, kesan itu akan berlarutan selama 10 minit, kata sebuah laporan yang dibentangkan pada Kongres Tahunan Persatuan Pernafasan Eropah (ERS) di Vienna. Sama seperti rokok biasa, rokok elektronik turut membebaskan nikotin melalui wap berbanding asap dan ia mencetuskan banyak perdebatan tentang keselamatan untuk menggunakannya. Kira-kira 650,000 perokok dipercayai menggunakan rokok elektronik yang menyerupai rokok sebenar dalam usaha membuang tabiat buruk itu. Bagaimanapun buat masa ini, kebanyakan alat itu diimport dari China dan dipercayai tidak menjalani pemeriksaan keselamatan sebelum ia dijual.

Profesor Christina Gratziou yang mempengerusikan Jawatankuasa Kawalan Tembakau ERS berkata, mereka belum pasti sama ada produk yang mengandungi nikotin tidak diluluskan itu lebih selamat berbanding rokok sebenar walaupun ia didakwa kurang berbahaya. "Penyelidikan ini membantu kita memahami bagaimana rokok elektronik boleh mendatangkan bahaya. "Justeru, lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk memahami sama ada kemudaratan itu boleh memberi kesan dalam jangka panjang,'' katanya. - AGENSI 






 .

Wanita pelik yang sukar mengenali orang lain walaupun tinggal bersama


Ini memang keadaan yang sangat jarang berlaku, apabila dua wanita bersaudara ini tidak mengenali satu sama lain meskipun hidup bersama, bahkan mereka mengaku sukar untuk mengenali orang lain disekitar mereka.‘Kebutaan wajah’ ini dialami oleh Donna Jones dan Victoria Wardley. Mereka mengaku sukar mengenali orang lain meskipun sudah mengenalinya selama bertahun-tahun. Bahkan mereka juga sukar mengenali wajah mereka sendiri di cermin.

“Ketika saya melihat wajah seseorang, yang saya dapat lihat hanyalah seperti kanvas kosong. Walau sebenarnya masih boleh melihat mata atau hidung mereka. Tapi ketika cuba melihat wajah itu secara keseluruhan, saya tidak dapat mengenali itu siapa,” ujar Victoria (32). “Kami jarang sekali bergambar, kerana tidak berguna. Siapa yang ada dalam gambar itu tidak akan kami kenal,” tambahnya. -mirror.co.uk.





.

Cara paling berkesan untuk penganggur cari pekerjaan?


Seorang lelaki menghabiskan 500 poundsterling untuk membuat iklan di papan billboard mempromosikan dirinya agar mendapat pekerjaan. Ketika ini, mencari pekerjaan sangat sukar. Ribuan orang menganggur dan menghabiskan hari-hari mereka tanpa melakukan apa pun selain menghadiri temuduga yang tidak berhasil. Lelaki yang bernama Adam Pacitti ini, sudah menganggur dalam waktu yang sangat lama dan dia mulai putus asa untuk mencari pekerjaan. Meskipun demikian, Pacitti memiliki idea kreatif. Lelaki itu menghabiskan sisa wangnya untuk mempromosikan dirinya sendiri di papan billboard, agar beberapa syarikat dapat melihatnya. Lelaki berusia 24 tahun ini mempunyai idea mempromosikan dirinya, sejak tiga bulan lalu, setelah dia mengirimkan 250 resume untuk jawatan yang berbeza.


Pacitti, yang tinggal bersama keluarganya di Isle of Wight, England, mengatakan dia ingin menambahkan sesuatu yang lain untuk usahanya. Ketika ini, resume dalam bentuk video sangat popular untuk mencari pekerjaan.  Pacitti, telah mempromosikan dirinya di berbagai media, seperti di website, billboard, dan di jejaring sosial Twitter. Dalam waktu kurang dari 24 jam, Pacitti, sudah banyak mendapat respon.  Lelaki lulusan sarjana media produksi dari Universti Winchester ini sebelumnya telah bekerja sebagai penyusun mainan di Arcade. "Saya bersyukur memiliki pekerjaan, tapi itu bukan sesuatu yang benar-benar saya inginkan,” ungkap Pacitti. -ED





.

Janin mati dalam kandungan tapi tetap berada dalam perut selama 60 tahun


Beijing - Doktor yang memeriksa seorang perempuan tua China yang berusia 92 tahun, kerana mengadu sakit perut, terkejut ketika mengetahui bahawa wanita tersebut hamil. Perempuan ini mengandung bayi yang belum lahir 60 tahun lalu. Huang Yijun dari china selatan baru baru ini telah merayakan ulang tahunnya yang ke-92. Cerita kehamilan itu berlaku pada tahun 1948.


Ketika kehamilannya, doktor mengesahkan kepadanya bahawa janin kandungannya telah meninggal dunia. Perempuan itu seharusnya dibedah untuk mengeluarkan bayi itu dari kandungannya. Namun dia enggan apabila hospital mengenakan bayaran yang mahal dan dia tidak mampu, lalu dia terus meninggalkan hospital. Sejak itu 'janin' dalam kandungannya tinggal disitu selama 60 tahun. Ketika dikeluarkan, janin itu sudah terbentuk seperti mumia.. huhu.. -CD

Messi catat sejarah lagi..


Penyerang Barcelona dan Argentina, Lionel Messi dinobatkan pemenang anugerah Ballon d’Or kali keempat pada malam gala FIFA yang berlangsung di sini, awal pagi tadi. Pemain berusia 25 tahun itu dengan 91 jaringan tahun lalu mengatasi pemain Real Madrid serta Portugal, Cristiano Ronaldo dan rakan sepasukannya, Andres Iniesta.


Sementara itu, pengurus pasukan Sepanyol, Vicente del Bosque dipilih sebagai jurulatih terbaik 2012 selepas mendahului Pengurus Real Madrid, Jose Mourinho dan bekas pengurus Barcelona, Josep Guardiola. - AFP





,
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!