Monday, January 28, 2013

Larangan menggunakan hashtag


Kewujudan Twitter memang mengubah cara berkomunikasi setiap orang di seluruh dunia. Hal ini juga menjadi perhatian kerajaan Perancis yang bimbang hashtag "#" di Twitter akan membuatkan bahasa Perancis terkikis. Ini membuatkan kerajaan melarang penggunaan hashtag dengan bahasa Inggeris. Kerajaan telah memutuskan bahawa kata Perancis "mot-diese" harus ditulis ketika simbol '#' muncul di media cetak. "Istilah bahasa Inggeris seboleh mungkin diganti dengan istilah Perancis 'mot-diese'," tulis jurnal rasmi kerajaan. Sehingga kerajaan kini juga melarang penggunaan hashtag dari semua dokumen rasmi agar bahasa Perancis dilindungi. Media-media dan guru sekolah juga telah diperintahkan mengurangkan penggunaan bahasa Inggeris.

Tentu saja arahan terbaru kerajaan ini menimbulkan perdebatan di Twitter yang telah terbiasa dengan hashtag bahasa Inggeris. Mereka mengeluh bagaimana boleh membuat hashtag dengan "mot-diese" kerana memiliki tanda penghubung minus. Ini adalah kerana penggunaan bahasa Perancis tidak boleh berfungsi di hashtag, misalnya kata "mot-diese" bakal terpotong hanya menjadi "mot". Beberapa penutur bahasa Inggeris juga menganggap peraturan baru ini sebagai "mem-Perancis-kan bahasa Inggeris"."Perancis gagal untuk mempromosikan bahasa sendiri, dan nampaknya ada sangat sedikit peminat dalam melakukannya," sindir seorang ahli bahasa. -PN






.

Misteri.. Bangun tidur terus hilang ingatan


Seorang wanita, Shawnda Rush hilang ingatan mengenai kehidupannya selama 30 tahun apabila bangun daripada tidur pada April 2005. Rush yang kini berumur 38 tahun berkata, dia tidak mengenali suami dan anaknya yang ketika itu berumur 19 bulan walaupun mampu mengingati identitinya sendiri. Wanita yang berasal dari Virginia itu menyatakan, dia hanya memaklumkan perkara itu kepada ibunya, Marsha Rush selepas beberapa hari kehilangan ingatan tersebut. Rush yang turut menghidap penyakit Multiple Sclerosis yang menyebabkan dia mengalami masalah neurologikal, menceritakan pengalamannya itu kepada Washington Post baru-baru ini.

Wanita itu menyatakan dia bercerai dengan suaminya ekoran keadaan itu dan terpaksa bergantung kepada jurnal peribadi, menonton televisyen dan membaca laman web Facebook untuk belajar bagaimana bercakap dan berinteraksi dengan orang lain sebagai orang dewasa.

Rush berkata, dia menggunakan latihan matematik anaknya untuk belajar mengira dan perlu belajar untuk menggunakan telefon bimbit. ''Saya menceritakan kehidupan saya ini kerana mahu orang ramai faham bagaimana saya perlu belajar semula untuk hidup sebagai orang dewasa,'' katanya. Para doktor yang merawat wanita itu sehingga kini masih belum dapat mengenal pasti bagaimana keadaan itu boleh berlaku pada Rush. - AGENSI





.

Gambar tragedi kelab malam terbakar yang meragut 245 nyawa


Sekurang-kurangnya 245 orang dilapor terbunuh dalam satu kebakaran di sebuah kelab malam di selatan Brazil hari. Ketua pasukan penyelamat, Mejar Gerson da Rosa Ferreira berkata, kebakaran itu yang berlaku di kelab malam Kiss di bandar Santa Maria, dipercayai berpunca ekoran persembahan sebuah kumpulan muzik yang membuat pertunjukan seni api.


Rosa Ferreira berkata, sebanyak 159 mayat telah dibawa keluar dari kelab malam tersebut dan angka kematian dijangka melebihi 250 orang.


Jelasnya, kebanyakan mangsa terkorban sama ada disebabkan sesak nafas atau dipijak ketika 500 orang memenuhi pusat hiburan tersebut semasa kebakaran tercetus.


Pegawai polis Santa Maria, Luiza Sousa berkata, kebakaran berlaku apabila seorang anggota kumpulan muzik berkenaan menyalakan api yang kemudiannya membakar siling pusat hiburan berkenaan. -AP






.

Gambar anak pelakon Drew Barrymore


PELAKON Drew Barrymore memberitahu dia tidak mahu anaknya perempuannya, Olive terdedah kepada lensa kamera papparazi dan dunia glamour Hollywood. Drew yang melahirkan Olive pada September tahun lalu hasil perkahwinannya dengan Will Kopelman iaitu seorang konsultan seni berkata dia mahu anaknya itu menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain.


Malah katanya, dia mula memahami mengapa ramai selebriti memilih untuk tidak terlalu mendedahkan anak mereka kepada umum. "Hampir dua bulan saya cuba menjaga Olive tanpa sebarang pengaruh dan tumpuan daripada papparazi dan ia cukup sukar," jelasnya dalam satu temu bual bersama majalah Us.


Bagaimanapun kata Drew, itu tidak bererti dia tidak akan menunjukkan anaknya kepada dunia namun memberitahu setiap perkara mempunyai had. Pelakon terkenal itu baru-baru ini menghiasi muka depan majalah People bersama anaknya itu. -Mstar






.

Torres berjaya selamatkan Chelsea..


Jaringan pada lewat permainan oleh Fernando Torres menjadi penyelamat buat penyandang juara Chelsea daripada tersingkir pada pusingan keempat Piala FA menentang Brentford apabila bangkit untuk seri 2-2, semalam. Torres menjaringkan gol penyamaan Blues pada minit ke-83 setelah pasukannya ketinggalan 1-2 ke atas kelab Liga Satu itu di Griffin Park. Keputusan semalam menghidupkan peluang Chelsea untuk mempertahankan trofi Piala FA musim ini selepas gagal melangkah ke final Piala Liga apabila tewas menerusi agregat 0-2 kepada Swansea sebelum ini setelah terikat 0-0 pada separuh akhir kedua. Pada perlawanan semalam, Chelsea dikejutkan dengan gol awal tuan rumah Brentford pada minit ke-42 hasil jaringan penyerang, Marcello Trotta.


Bermula babak kedua menyaksikan Chelsea mula mengatur rentak untuk mendapatkan gol penyamaan dan berjaya dilaksanakan apabila rembatan kencang Oscar tepat mengenai gawang Brentford pada minit ke-55. Namun corak permainan skuad bimbingan Rafael Benitez seakan terganggu apabila Brentford dihadiahkan penalti selepas penjaga gol Chelsea, Ross Turnbull dilayangkan kad kuning kerana menjatuhkan pemain lawan di dalam kotak. Penalti berjaya dimanfaatkan dengan baik oleh Brentford pada minit ke-73 hasil jaringan Harry Forrester sebelum Torres menyamakan kedudukan ketika perlawanan berbaki tujuh minit. - REUTERS




P/S - Gila tajuk.. Kebetulan dia gol disaat-saat terakhir boleh lak jadi hero. Sepatutnya, dengan status dia pemain mahal di Chelsea, full time kat padang dah jaringkan beberapa gol.  #%$^#







.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!