Friday, February 8, 2013

Siapa kata haiwan tidak memiliki perasaan? ini buktinya..


Seekor anjing 'mastiff' Tibet di Hangzhou, ibukota Provinsi Zhejiang, menggigit lidahnya sendiri dan mati setelah dipukul oleh majikannya. Pemiliknya, yang bernama keluarga Pan, memukul anjing tersebut kerana bergaduh dengan anjing lain, dengan tujuan memberi anjing itu pengajaran. 'Saya merasa sangat menyesal,' kata Pan setelah kejadian itu. 'Rakan saya yang telah memelihara anjing mastiff Tibet selama 20 tahun memberitahu saya bahawa haiwan tersebut adalah raja bagi semua anjing dan memiliki rasa kebanggaan diri yang sangat kuat.'"Jika anda memukul anjing mastiff di hadapan anjing lain, haiwan itu akan merasa malu dan akan bunuh diri untuk mempertahankan martabatnya," katanya. -AP






.

Inilah bawang terbesar.. yang berjaya mencipta rekod


Rasanya, berapakah berat bawang ini? Beratnya adalah 8kg. Seorang pesara, Peter Glazebrook (67) berhasil mencipta rekod terbaru membuat bawang terbesar dan terberat di dunia. Rekod ini jelas mengalahkan rekod sebelumnya dengan berat 7.2kg yang dipegang John Sifford di West Midlands sejak 2005. Peter yang tinggal dekat Newark, Inggris ini telah cuba memecahkan rekod ini selama 25 tahun. "Masa selama 25 tahun, diperlukan untuk mencipta rekod ini. Rekod itu hampir saya pecahkan sedikit masa yang lalu, namun kemudian gagal lagi. Dan akhirnya, saya telah berjaya," ujarnya.





 P/S - Entah berapa lama boleh pakai bawang ni untuk masak..hehe




.

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.. Banduan lari 16 tahun lalu, ditangkap semula


Seorang banduan yang melarikan diri dari penjara Texas hampir 16 tahun ditahan oleh pegawai polis di Mexico dan menunggu ekstradisi ke Amerika Syarikat (AS) untuk menyambung tempoh tahanannya atas dakwaan membunuh seorang pegawai polis. Juan Salaz berjaya ditahan semula minggu lalu. Lelaki berusia 37 tahun itu yang juga warga AS menjadi buruan polis di kedua-dua negara setelah sekian lama. Salaz melarikan diri pada 22 Mac 1997 dari penjara Timur Garza di Selatan Texas dengan memanjat tembok yang dipasang kawat berduri setinggi lima meter. Pada waktu itu, dia menjalani hukuman penjara 35 tahun kerana menculik dan membunuh seorang pegawai polis pada 1995.

Dia kini akan berdepan dakwaan melarikan diri disamping menghabiskan baki tempoh tahanannya. Berdasarkan keterangan di mahkamah pada 2 April 1995, Salaz dan seorang lagi rakannya, Geronimo Soto Alvarado menculik seorang lelaki dan meminta wang tebusan. Pegawai penjara berkata sumber memberitahu bahawa Salaz bersembunyi di luar Mexico tetapi berjaya meloloskan diri dari dikesan polis. Usaha memburu Salaz melibatkan Marshal AS, Inspektor Jeneral Penjara Texas dan agensi penguatkuasaan undang-undang Mexico. Salaz akan kembali ke Texas untuk menjalani hukuman penjara sebaik saja kerajaan Mexico meluluskan proses ekstradisinya. -AP






.

Pengasuh keji ini mendera bayi majikannya


Berhati-hati memilih pengasuh untuk bayi (baby sitter) anda. Jangan sampai bayi anda menjadi mangsa penderaan seperti yang dilakukan pengasuh berasal dari Krasnoyarsk, Rusia ini. Seorang pengasuh bayi berusia 55 tahun itu terbukti memukul anak majikannya yang berusia sembilan bulan hanya kerana bayi itu menangis. Aksi penderaan yang dilakukan pengasuh yang tidak disebutkan namanya didedahkan setelah majikannya, yang juga ibu bapa bayi curiga dan akhirnya memasang kamera tersembunyi di salah satu ruang rumahnya. Sejak awal seluruh anggota keluarga tersebut sudah merasa curiga dengan kelakuan si pengasuh. Ini adalah kerana, ketika keluarga tersebut pulang ke rumah, bayi itu selalu menangis tak berhenti.

Ternyata anak tertua dari keluarga melaporkan bahawa pengasuh yang sudah bekerja puluhan tahun tersebut memukul adik kecil mereka berulang kali ketika ayah dan ibu bayi keluar rumah. Mendengar hal itu, seluruh anggota keluarga terus bertanya mengenai aksi penderaan tersebut kepada si pengasuh. Namun, pengasuh itu menyangkalnya dan berdalih dan mengatakan bayi itu menangis akibat merasa diabaikan oleh seluruh anggota keluarga. Tak percaya dengan pengakuan si pengasuh, mereka memasang kamera tersembunyi untuk merakam detik-detik ganas itu. Hasil rakaman memang mengejutkan. Dalam video selama 2 minit 4 saat tersebut, terlihat jelas perlakuan keji pengasuh kepada bayi majikannya. Entah setan apa yang merasuk perempuan itu. Dengan keji dia membanting bayi ke atas stroller sebelum memukul kepalanya berkali-kali dengan dua tangan. Kejadian itu berulang setiap kali bayi itu mengeluarkan suara.

Dalam rakaman itu, bayi hanya terlungkup dan menunduk seperti takut untuk melihat pengasuhnya. Di akhir rakaman kelakuan iblis pengaush itu lebih parah. Untuk meredakan tangisan si bayi, dia mengambil sehelai tuala dan menutup seluruh badan bayi hingga kepala. Merasa terkejut, bayi terbangun, namun pengasuh kejam itu memukul kepalanya sehingga dia terdiam. Seluruh anggota keluarga yang menyaksikan rakaman itu sangat terkejut. Ternyata selama ini mereka memberi kepercayaan kepada pengasuh yang kejam untuk menjaga bayi mereka.

Rakaman itu segera diserahkan kepada polis. Pengasuh itu ditangkap. Selain menghadapi hukuman penjara selama tiga bulan, pengasuh itu juga didenda 500 poundsterling. Sejak dua hari dimuat turun oleh laman Liveleak, video penderaan itu sudah ditonton ramai orang di seluruh dunia. Berikut video kekejaman baby sitter yang diambil dari laman Youtube.com: http://www.youtube.com/watch?v=SyF1dsHCPZE -TheSun







.

Pemain pertahanan Liverpool ini bakal bersara


Pemain pertahanan Liverpool, Jamie Carragher akan bersara daripada bola sepak pada penghujung musim ini, jelas pemain kelab Liga Perdana Inggeris tersebut semalam. “Ini adalah tahun terakhir saya bersama Liverpool dan sebagai pemain bola sepak profesional. Saya membuat pengumuman sekarang kerana tidak mahu jurulatih, Brendan Rodgers atau kelab menjawab soalan tentang masa depan saya," katanya. - AFP






.

Pelakon cantik dari Indonesia ini jatuh dari Monas


Mengenakan baju hitam, Cinta Laura terjatuh dari ketinggian monas. Cinta Laura terjatuh lantaran tidak kuat bergantung di puncak monas. Bagaimana keadaan Cinta Laura? Tenang, ianya terjadi dalam filem terbaru Cinta Laura, "The Philosophers". Adegan itu boleh dilihat dalam trailer yang baru didedahkan. "The Philosophers". Ia adalah filem yang merupakan projek bersama antara Amerika dan Indonesia. Selain Cinta Laura, "The Philosophers" juga menampilkan beberapa bintang ternama Hollywood seperti Bonnie Wright (Harry Potter), Darryl Sabara (Spy Kids), James D'Arcy (The Commander) dan Rhys Wakefield (Sanctum). Film ini disutradara oleh John Huddles yang juga bertindak sebagai penulis skrip. "The Philosophers" bercerita tentang murid-murid satu sekolah internasional di Jakarta.

In an international school in Jakarta, a philosophy class is having its last session. The professor challenges twenty-one graduating seniors to select ten who would take shelter underground and reboot the human race in the event of a nuclear attack. 



Dilihat dari trailernya, "The Philosophers" akan menjadi salah satu filem yang menarik. Apatah lagi "The Philosophers" mengambil latar beberapa tempat yang menjadi ikon Indonesia --seperti Borobudur dan Monas-- dan efek visual canggih yang membuatkan filem ini harus ditonton. -Tribunnews







.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!