Tuesday, February 19, 2013

Selama 50 tahun, khazanah berharga dari sejarah Mesir tersimpan dalam loteng rumahnya


Robert Gray menemukan patung kucing dalam kotak kayu berkaca, di loteng rumahnya. Benda berkepala kucing dengan balutan semacam tali berwarna coklat itu berdiri tegak, dengan panjang kira-kira satu meter. Gray menganggap kucing itu benda antik. Ingin tahu, Gray membawa kucing berbalut itu ke doktor haiwan. Di sana, doktor melakukan sinar x keatas patung kucing itu. Dan, hasilnya sangat mengejutkan. Sebab, itu bukan patung biasa, melainkan artifak mumia yang berasal dari Mesir yang telah berusia 2000 tahun. Bahkan hasil rontgen menunjukkan kucing kuno itu diawetkan dengan keutuhan wajah, tulang belakang, telinga, serta otak. Menurut Gray, patung kucing itu adalah peninggalan ayahnya, Peter Gray, seorang egyptologist.

Si ayah menerima kucing itu pada 1970 dari sebuah muzium. Dan kemudian, kucing itu mendiami loteng rumah Gray selama 50 tahun. Dan selama itu, Gray tidak pernah sedar, mumia kucing itu dari sejarah Mesir yang bernilai ribuan poundsterling. "Kucing berbalut kain seperti ini ternyata menarik perhatian perancang interior," kata Gray. "Dan, mereka bersedia membayar dengan harga tinggi." Mendapatkan janji keuntungan besar ternyata tidak menggiurkan Gray. Malah dia merancang menyumbangkan kucing itu ke muzium. Pakar muzium Royal Cornwall juga telah membuat penyelidikan ke atas kucing itu.


"Di Mesir kuno, mumia haiwan merupakan persembahan keagamaan atau untuk memastikan peliharaan itu mengikut tuannya ke alam baka." Pada zaman Ptolemaic, 305 tahun sebelum Masehi hingga 30 tahun tahun sebelum Masehi, kucing adalah subjek yang sangat popular. Mereka dianggap mewakili Bastet, dewi perang. Mumia kucing Gray sendiri masih memiliki tulang leher yang utuh. Hal itu menunjukkan bila si kucing adalah haiwan peliharaan berharga, bukan binatang persembahan bagi dewa. -Mail Online






.

Pelik : Fenomena hujan labah-labah


Pada Awal Februari 2013 terjadi hujan labah-labah di kota sebelah selatan Brazil, dan video memperlihatkan ratusan mungkin ribuan dari labah-labah menggantung dari langit. Video itu dimuat turun ke YouTube oleh Erick Reis 20 tahun, menunjukkan ribuan labah-labah di langit di Santo Antonio da Platina, Brazil. Ternyata labah-labah telah membentuk wilayah yang besar, membuatkan mereka kelihatan seperti telah mengambil alih langit. Labah-labah tersebut telah dikenali sebagai "social spider" disebut Anelosimus eximius. Labah-labah jenis ini dikenali dengan koloni besar, dan dapat ditemui dipersekitaran tropika di wilayah Amerika Selatan.

Erick Reis merasa aneh dengan peristiwa ini. Tidak dapat dipastikan mengapa labah-labah berkumpul sedemikian rupa, tetapi perlu dicatat beberapa spesis “labah-labah sosial” bekerja sama dalam koloni dan menenun jaringannya yang cukup luas. Ini nampaknya menjadi wilayah yang cukup besar bagi labah-labah. Seorang pakar dari University of British Columbia di Kanada, sebelumnya mengatakan kepada New Scientist bahawa dari 39,000 spesis labah-labah, dianggarkan hanya sekitar 20 spesis yang telah didokumentasikan dapat bekerja sama secara besar-besaran.

Anelosimus Eximius, satu spesis seperti labah-labah "communal", mendiami persekitaran tropika di wilayah Amerika Selatan. Para ilmuwan telah menentukan bahawa labah-labah sosial, bekerja sama dalam kumpulan untuk menangkap mangsa yang jauh lebih besar. Pakar biologi mengatakan, ini adalah labah-labah sosial yang dikenali untuk membangunkan jaring besar. Jenis labah-labah bekerja dalam kumpulan untuk menangkap mangsanya, sebahagian besar serangga. Sementara labah-labah lainnya adalah penyendiri, dan bahkan merawat badan sendiri, menurut satu jurnal saintifik. -AP


 




.

Cerita terkini Kareena Kapoor dan suami, Saif Ali Khan


PASANGAN merpati sejoli, Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan semakin gembira menjalani kehidupan berumah tangga. Menurut sumber, Kareena sangat mengagumi Saif yang sangat romantik dan penyayang. Malah ketika Hari Kekasih yang lalu, Saif masih memberi kejutan buatnya. "Tahun ini merupakan kali pertama mereka menyambut hari kekasih sebagai pasangan suami isteri selepas mendirikan rumah tangga pada 16 Oktober tahun lalu.

"Sebelum menjelangnya hari kekasih, Saif telah mengatur beberapa persiapan untuk isteri kesayangannya itu," kata sumber. Walaupun sibuk dengan karier, ternyata Saif tidak melupakan tanggungjawabnya sebagai suami. "Tiada yang lebih membahagiakan buat Saif selain melihat isterinya terus gembira disampinginya," kata sumber. -SH






.

Unik, pantai berwarna hitam. Pelik tapi cantik..


Ternyata banyak pantai di dunia ini yang memiliki pesisir berwarna hitam, namun tetap memiliki keindahan tersendiri. Ketika setiap orang memuji keindahan pantai berpasir putih lembut, dengan hamparan lautnya yang biru, namun kehadiran pantai berpasir hitam mengundang perasaan kagum terhadap keadaan muka bumi yang kita tinggal. Terletak di Kepulauan besar Hawaii, merupakan pantai yang memiliki pasir paling hitam di dunia. Pantai Punaluu dikelilingi oleh pasir hitam akibat lava vulkanik yang masuk keperairan samudera, kemudian menjadi dingin dan tergerus oleh arus air laut hingga ke pesisir. Pantai Punaluu ini memiliki banyak karang sehingga para pengunjung harus hati-hati ketika berenang. Walaupun berpasir hitam, Pantai Punaluu sangatlah indah, dan mempunyai beberapa keistimewaan menakjubkan, salah satunya kura-kura Hawksbill. -HM






.

Tumor terbesar setakat ni, 23kg, dikeluarkan dari rahim seorang wanita


Buenos Aires - Ukuran tumor yang pernah dikeluarkan dari tubuh manusia jarang melebihi 3 kg. Namun doktor di Argentina baru-baru ini berhasil mengeluarkan tumor raksasa dari rahim seorang wanita, seberat 23 kg atau setara dengan berat kanak-kanak berusia 4 tahun. Wanita 54 tahun berasal dari Lomas de Zamora, pinggiran kota Buenos Aires itu mengalami pembengkakkan perut dalam 18 bulan tahun terakhir. Dari hari ke hari, perut yang makin membesar itu membuatkannya sukar melakukan aktiviti harian. Setelah diperiksa oleh doktor, diketahui pembengkakkan itu disebabkan oleh tumor yang tumbuh di rahimnya. Wanita yang tidak disebutkan namanya itu harus menjalani pembedahan untuk membuangnya.

Ketika datang ke Gandulfo Hospital untuk menjalani pembedahan, berat badannya telah mencapai 140 kg. Setelah pembedahan, berat badannya turun drastik disebabkan ukuran tumor yang dikeluarkan ternyata sangat besar iaitu mencapai 23 kg. Oscar Lopez, dokter bedah yang memimpin pembedahan tersebut mengatakan berat tumor tersebut sama dengan kanak-kanak berusia 4 tahun. Diyakini, tumor yang dikeluarkan itu merupakan yang terbesar di dunia sehingga saat ini. "Dalam pengertian awam, wanita ini seperti sedang mengandung anak kembar 5. Saya belum pernah menemukan yang seperti ini dalam 34 tahun karier saya sebagai doktor bedah," ungkap Lopez. Saat ini, wanita tersebut sudah dibenarkan pulang ke rumah. -DM






.

Penyanyi terkenal ini ditemui mati dipercayai menembak diri sendiri


Penyanyi lagu ‘country’ Amerika Syarikat yang bermasalah, Mindy McCready ditemui mati dipercayai menembak diri sendiri. Kematian penyanyi berusia 37 tahun itu diumumkan oleh sherif Arkansas di sini kelmarin. McCready menghadapi masalah ketagihan dadah dan pernah beberapa kali cuba membunuh diri. Dia ditemui di depan rumah di Heber Springs, Arkansas dan diisytiharkan mati kerana satu das tembakan, menurut kenyataan pejabat sherif Cleburne County. Beberapa anggota polis dihantar ke sana selepas laporan diterima mengenai tembakan dilepaskan, kata pejabat sherif itu. McCready dikenali menerusi album Ten Thousand Angels dan If I Don’t Stay the Night.


Hidup dibayangi masalah 

Kehidupan peribadinya turut dibayangi permasalahan keluarga dan tragedi peribadi. Bulan lalu, produser rekod, David Wilson yang juga bapa anaknya yang bongsu, ditemui mati dipercayai menembak diri sendiri di lokasi sama. Dilahirkan di Fort Myers, Florida, McCready belajar menyanyi sejak kecil di gereja Pentecostal. Beliau kemudian berpindah ke Nashville, Tennessee, pada usia 18 tahun untuk menceburi kerjaya muzik country, lapor laman web allmusic.com.


Dapat sambutan hangat 

Ten Thousands Angels mendapat sambutan hangat selepas dua juta album itu terjual pada 1996 dan ia disusuli empat lagi album. Meskipun berjaya dalam kerjayanya, kehidupan peribadi McCready adalah sebaliknya dan dilaporkan semakin buruk sejak beberapa tahun lalu. Pada 2004, beliau didapati bersalah dalam satu kes dadah tetapi dibenarkan ikat jamin. Tiga tahun selepas itu, beliau dipenjara kerana melanggar syarat ikat jamin berkenaan. McCready mempunyai dua anak lelaki. Anak sulungnya, Zander dilahirkan pada 2006. Beliau kemudian terbabit dengan pertelagahan mengenai hak penjagaan anak selepas meninggalkan Florida pada November 2011 ke Arkansas. Ibu McCready yang diberi hak penjagaan kanak-kanak itu memfailkan aduan orang hilang dan kembali menjaga Zander. McCready selepas melahirkan anak kedua, Zayne tahun lalu. - REUTERS






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!