Friday, February 22, 2013

Pelukis ini hina Rasulullah


Pelukis Sweden yang pernah menerima ancaman bunuh selepas menggambarkan Nabi Muhammad SAW sebagai anjing, mendedahkan akan mempamerkan lukisan baharu tentang Nabi Muhammad dalam satu pameran di bandar Malmoe, Julai ini. "Adalah penting untuk meneruskannya kerana jika anda tunduk kepada ancaman itu dan beralah, anda meninggalkan asas-asas demokrasi," dakwa Lars Vilks (gambar). Pelukis itu berdepan dengan beberapa ancaman bunuh sejak lukisannya yang memaparkan Nabi Muhammad dengan berbadan anjing disiarkan buat pertama kalinya di akhbar harian Sweden, Nerikes Allehanda pada 2007.

Vilks mendakwa, lukisan baharu itu akan terus menggambarkan Nabi Muhammad dengan berbadan anjing. Katanya, adalah sukar untuk menilai sama ada pameran yang akan diadakan di galeri bandar ketiga terbesar di Sweden ini akan mencetuskan lebih banyak bantahan atau ancaman. Dengan satu pertiga daripada penduduk Malmoe lahir di luar Sweden, bandar itu menjadi tumpuan perdebatan tentang imigran. Pusat Islam di bandar itu menganggarkan terdapat kira-kira 100,000 penduduk yang beragama Islam di kawasan itu. - AFP





.

Kejam : 98 Mayat dicampak ke laut


Hampir 100 mayat pencari suaka warga Myanmar di dalam sebuah bot yang menuju ke Australia dicampak ke dalam laut di luar perairan Sri Lanka oleh rakan mereka yang lain, baru-baru ini. Menteri Imigresen Australia, Brendan O'Connor berkata, kesemua 98 mayat pencari suaka tersebut dipercayai mati akibat kekurangan bekalan air dan makanan, ketika bot yang dinaiki hanyut sebelum ditemukan di luar perairan Sri Lanka. "Mungkin ramai lagi pencari suaka yang menerima nasib serupa sebelum ini," katanya. Kesemua mayat tersebut ditemukan oleh pasukan Tentera Laut Sri Lanka.


Seorang daripada anggotanya turut menyiarkan beberapa gambar 32 pencari suaka yang masih hidup dan mereka berada dalam keadaan lemah ekoran terputus bekalan makanan selama 21 hari dan berada di lautan selama dua bulan. "Hampir 100 pencari suaka ditemukan mati terapung di lautan dan dipercayai bot tersebut dalam perjalanan menuju ke Australia. "Kami percaya ramai lagi pencari suaka yang masih hilang dan sukar untuk menentukan angka sebenar," kata O'Connor. Australia menerima lebih 33,000 pencari suaka sejak Parti Buruh di bawah pimpinan Perdana Menteri, Julia Gillard mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan pada November 2007. - BERNAMA





.

Hebat : Kucing lawan buaya, dan menang


Apabila seekor kucing bersemuka dengan seekor buaya, ianya seolah-olah kucing itu bakal menempah maut yang mengerikan. Seekor kucing menyusup masuk ke dalam kandang buaya di sebuah zoo di Jaipur, India. Seekor daripada buaya itu berusaha menakutkan kucing itu di pinggir air tetapi tidak berjaya.


Kucing itu nampaknya sudah bersedia untuk berlawan. Dengan mengembangkan bulunya, dia cuba untuk mencakar muncung buaya dua kali. Agaknya buaya itu menyangka kucing itu tidak berdaya untuk melawan. Buaya itu akhirnya sedar, dia kalah, dan segera berundur.


Situasi itu dirakamkan oleh Manu Chaudhary, 25, dan suami Vishal, 26, dari Southall, Middlesex, yang menyambut ulang tahun perkahwinan pertama mereka di India. Chaudhary, yang tinggal di New Delhi, India, berkata: 'Walaupun kami berada di kawasan buaya, kami sedar kucing itu telah menang.' -AP






.

Bouncer besar untuk orang dewasa


Pernah melihat bayi anda berbaring dengan selesanya didalam bouncer dan terasa ingin merasa pengalaman itu? Kini, ibu bapa diberi peluang untuk melihat dunia melalui mata bayi mereka dengan mencuba bouncer bersaiz dewasa. Dengan ukuran hampir tiga meter panjang dan dua meter tinggi, katil yang selesa dilengkapi dengan boneka mainan gantung, bouncer besar ini memang mirip sekali dengan bouncer yang dibuat untuk bayi. Ianya dibuat oleh Fisher Price - tetapi bukan untuk dijual.


Namun akan dipamerkan dan boleh dicuba di The Baby Show London pada hujung minggu ini. Sam Khan, yang telah diminta untuk mencuba bouncer itu, berkata: 'Sungguh mengagumkan. Ia memberikan anda perspektif baru tentang bagaimana besarnya dunia pada bayi. -AP






.

Skandal terbesar buat pereka baju pengantin terkenal ini


Vera Wang telah menafikan khabar angin bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan seorang pemain Olympic figure skater, berusia 27 tahun, Evan Lysacek. Pereka gaun perkahwinan yang terkenal ini, yang telah mereka gaun untuk ramai selebriti, mengumumkan telah berpisah dengan suaminya, Athur Becker dua minggu sebelum ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 23, julai lepas.

Vera dan bekas suaminya

Dia yang berusia 63 tahun, ditemu bual di 92Y, dan dia berkeras bahawa hubungannya dengan atlet, Lysacek hanyalah kawan biasa dan tidak lebih daripada itu. Skandal ini tersebar meluas setelah Vera Wang dan Lysacek dilihat bersama di banyak acara-acara musim panas lepas dan sumber mendakwa bahawa mereka telah tinggal bersama. -DM






.

Alasan Barcelona diatas kekalahan mengejut kepada Ac Milan


Penolong jurulatih Barcelona, Jordi Roura mengecam keadaan padang selepas tewas mengejut 0-2 kepada AC Milan dalam perlawanan pertama pusingan 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara di San Siro, semalam. Pemain Ghana, Kevin-Prince Boateng dan Sulley Muntari masing-masing meledakkan satu gol pada babak kedua, ketika tuan rumah mempamerkan corak permainan yang mengejutkan Catalans. Roura mengambil alih tanggungjawab daripada Tito Vilanova ketika jurulatih itu menjalani rawatan penyakit kanser di New York. Roura mendakwa padang di Milan tidak sesuai untuk perlawanan Liga Juara-Juara.


"Memang teruk tewas 0-2 tetapi kami yakin apabila bermain di tempat sendiri yang mana padang sesuai untuk pertandingan, kami mampu bangkit," kata Roura. Bagi Massimiliano Allegri kejayaan semalam merupakan kemenangan pertama Milan ke atas Barca dalam pertandingan itu sejak 2000, amat dialu-alukan. Jurulatih skuad Rossoneri itu bertuah kerana dapat mengelak daripada dipecat selepas AC Milan bermula buruk dalam Serie A, setelah berjaya meningkatkan kembali prestasi pasukannya. "Memang hebat dan kami selayaknya menang. Kami bekerja keras melakukan persiapan untuk perlawanan ini dan pemain melaksanakan tugas dengan cemerlang. "Kami mampu melakukan lebih baik. Kami menamatkan permainan dengan tiga gol, sukar untuk percaya kami akan ke Nou Camp dengan kelebihan gol 2-0," kata Allegri. - AFP




P/S - Ini semua poyo...hehe.. Pasukan yang baik sepatutnya boleh beraksi dalam apa keadaan pun! Dan, menerima kekalahan dengan hati yang terbuka pun akan membuatkan peminat respect!






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!