Monday, February 25, 2013

SIAPA ORANG GAJIKU



Novel yang menarik dan jalan ceritanya tak berat dan mudah difahami. Novel mengisahkan Aina Aishah berkelulusan Doktor Psikologi, yang bersembunyi sepulangnya dari luar negara setelah menamatkan pengajian, kerana sikap ibunya Datin Sharifah Mawar yang sering sibuk mencarikan jodoh buatnya dan abangnya. Dia menerima tawaran Tengku Fauziah, nenek sahabatnya, Rina untuk merawat sepupu Rina, Tengku Haikal Iskandar yang kecewa ditinggalkan oleh tunangnya Sofea semasa majlis perkahwinan mereka disebabkan Aina memerlukan wang untuk didermakan kepada rumah anak-anak yatim.

Tengku Fauziah bersetuju membayar sejumlah wang untuk tujuan itu. Keadaan Tengku Haikal sangat teruk, membuatkan Aina Aishah terpaksa menggunakan kepakarannya sebagai Doktor Psikologi. Dan dia merubah keseluruhan rupa dan sikapnya agar dia benar-benar berperwatakkan seperti orang gaji.

Dalam masa yang sama Aina juga menyembunyikan identitinya yang sebenar dari Tengku Fauziah. Berkat kesabaran Aina merawat Tengku Haikal , Haikal pulih dan kembali bersemangat. Suatu hari, Sofea kembali, dan Tengku Haikal menjadi keliru dengan perasaannya terhadap Sofea. Keadaan menjadi rumit bila Tengku Fazira, ibu Tengku Haikal  dan Sofea membuat rancangan untuk mengusir Aina dari banglo kepunyaan Tengku Fauziah. Tengku Haikal terasa kehilangan.. Akhirnya rahsia yang disimpan Aina terbongkar, dan rupa-rupanya Aina adalah kawan Tengku Haikal ketika zaman kanak-kanak yang suka membulinya.

Apakah akhir cerita novel ni? Berjayakah Datin Sharifah Mawar memilih pasangan buat anak-anaknya? Adakah Tengku Haikal akan kembali kepada Sofea? Dan bagaimana pula rahsia Aina boleh terbongkar?? Jeng..jeng....



* Secara keseluruhan, syabas buat penulis ini, kerana jalan cerita novel ini memang menarik, dan rasanya, lebih baik jika novel ini diperkembangkan lagi. Ada beberapa keadaan kurang diteliti, juga 'hubungan' antara Aina dan Haikal agak kurang umpphh. Lulu sangat berharap watak pasangan ini, juga watak abang Aina dan tunangnya di'lebihkan' ceritanya, agar ada lebih feel love story disitu.  Sayanglah. Sebab rasanya, kalau penulis mengembangkan cerita ni, boleh jadi novel ini akan lebih tebal dan pembaca akan merasa lebih terbuai ketika membacanya.. :)



Tajuk : Siapa orang gajiku
Penulis : Azimah Lily
Halaman :  545 muka surat
Harga : RM21/RM24






.

Seramnya tempat tinggal lelaki ini..


Seorang lelaki di Serbia tidak memiliki rumah dan dia memilih untuk tinggal di dalam kuburan. Tinggal didalam kuburan mungkin dilakukan untuk orang-orang yang sudah mati kerana kuburan memang tempat untuk menguburkan orang yang sudah mati namun seorang lelaki di Serbia bernama Bratislav Stojanovic yang telah berusia 43 tahun ini malah memilih untuk tinggal di dalam lubang kuburan selama 15 tahun lamanya. Sebenarnya Bratislav Stojanovic ada alasan untuk memilih tinggal di dalam kuburan kerana rumahnya terbakar dan dia kehilangan pekerjaan akibat krisis politik yang terjadi di Serbia membuat Bratislav Stojanovic tidak dapat membeli dan menyewa rumah untuk tempat tinggalnya.


Setelah kehilangan rumah, Bratislav Stojanovic sebelumnya tinggal dijalan namun kehidupan di jalan yang sangat kejam akhirnya membuatkan dia memilih untuk tinggal disebuah kuburan tua berusia 100 tahun di kota Nis, Serbia. Bratislav Stojanovic memanfaatkan lubang kuburan itu untuk tempat tinggalnya. Dia tidak takut dengan kuburan, tapi lebih takut jika dia kelaparan. Dia juga mengakui bahawa lubang kuburan yang dia diami itu merupakan tempat yang sangat selesa dan hangat. Pihak penjaga kuburan juga tidak keberatan jika Bratislav Stojanovic tinggal didalam kuburan asalkan dia tidak menggangu pengunjung kuburan yang datang ke kuburan itu. Untuk bertahan hidup, dia biasa mengais sampah makanan dan kadang-kadang akan diberi bantuan oleh penduduk sekitar. -DM






.

Jantina anak Kim Kardashian dan Kanye West didedahkan


Bintang realiti, Kim Kardashian dan teman lelakinya, Kanye West seorang penyanyi, mendedahkan jantina bakal anak mereka yang dijangka akan lahir pada bulan julai tahun ini. Mereka dijangka akan mendapat seorang bayi perempuan. Satu sumber yang rapat dengan bintang realiti itu berkata, pasangan itu sangat gembira dan teruja dengan khabar itu kerana mereka memang inginkan anak perempuan.


Dan bakal ibu ini kelihatan berseri-seri dengan penampilan tubuh badannya yang mulai berisi sejak dia dikhabarkan hamil. -AFP






.

Yeay, setelah diselamatkan, dia akan berlakon dalam filem..


Seekor kerbau di Thailand berjaya diselamatkan daripada disembelih, selepas gambarnya disiarkan dalam laman web Facebook. Apa yang lebih menarik, kerbau yang mempunyai tanduk sepanjang 2.3 meter itu yang dikenali sebagai Ruam Boon dilaporkan akan berlakon dalam filem pula. Koperasi Filem, Muzik, Seni dan Komunikasi membeli Ruam Boon yang berusia 19 tahun itu dari sebuah kedai penyembelihan di daerah Muang, semalam pada harga 100,000 baht (RM10,000).

Pengerusi syarikat itu, Aroon Ongloar berkata, mereka mengambil keputusan untuk menyelamatkan kerbau itu kerana dia mempunyai tanduk yang cantik selepas melihat gambarnya dalam Facebook. ''Wang digunakan untuk membeli haiwan ini dikumpul oleh ahli-ahli koperasi yang tertarik dengan kecantikan tanduk kerbau itu,'' katanya. Beliau berkata, Ruam Boon akan dibawa ke Assawin Production House di Nong Khaem, Bangkok untuk diberi latihan sebelum berlakon dalam filem. - AGENSI






.

Kejadian yang sangat aneh menimpa seorang mahasiswi universiti


Daripada kes kelalaian dalam rumah, mungkin kejadian yang satu ini cukup menghairankan. Entah apa sebenarnya yang terjadi dengan seorang mahasiswi bernama Danielle Morgan. Secara tiba-tiba saja mahasiswi Universiti Derby tersebut terperangkap dalam sebuah gantungan pakaian setelah terjatuh dari tempat tidur. Bahu dan leher mahasiswi berusia 18 tahun ini terjepit erat di antara gantungan pakaian yang sempit. Akibatnya, untuk menyelamatkan Morgan, teman satu asrama menelefon balai bomba dan membebaskan Morgan dengan memotong gantungan pakaian dengan pemotong besi. Dan dia selamat.. -AFP






.

Rawatan kecantikan yang unik namun tidakkah bahaya?


Huo Liao, rawatan Kecantikan Dengan Cara Membakar Wajah : Sebuah salon di China ini akan membakar wajah pelanggannya untuk mendapatkan rawatan kecantikan yang luar biasa. Ada banyak cara untuk melakukan rawatan kecantikan dari yang semulajadi, hinga yang sangat ekstrem boleh kita temui namun tujuannya hanya satu, iaitu untuk mendapatkan kecantikan yang sempurna. Di China ada sebuah rawatan kecantikan yang sangat aneh iaitu dengan cara membakar muka, cara ini sering disebut sebagai Huo Liao.


Cara perawatan kecantikan ini adalah dengan meletakkan tuala pada bahagian tubuh yang letih. Kemudian di atas tuala tersebut diberi sebuah ramuan rahsia dan diberi sedikit cairan. Setelah itu, barulah dinyalakan apinya. Fungsi dari api yang dibakar dimuka ini adalah memberikan relaksasi pada bahagian tubuh yang letih. Walupun dianggap berbahaya, ternyata ramai orang yang suka dengan cara rawatan kecantikan yang menyeramkan ini. Beranikah anda mencuba? -AP






.

Pencapaian bersejarah buat Twilight Saga : Breaking Dawn Part 2


FILEM The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2 menerima tujuh anugerah paling teruk termasuk Gambar Paling Teruk Anugerah Tahunan Razzie ke-33 yang berlangsung baru-baru ini, sehari sebelum majlis anugerah berprestij, Oscar. Episod terakhir siri Twilight itu juga membawa pulang anugerah Pelakon Wanita Paling Teruk, yang dimenangi Kristen Stewart, Pelakon Pembantu Paling Teruk (Taylor Lautner) dan Bill Condon dinobatkan sebagai Pengarah Paling Teruk. Lautner juga berkongsi anugerah apabila dinobatkan Pasangan Paling Teruk di Skrin bersama Maskencie Foy, yang memegang watak separuh manusia dan separuh pontianak, Renesmee. Dalam pada itu, filem ini juga menerima Kelompok Pelakon di Skrin Paling Teruk dan Sambungan Paling Teruk.

Bagaimanapun Stewart tidak menghadiri majlis tersebut untuk menerima anugerah sama seperti pemenang sebelum ini, Halle Berry dalam Catwoman pada tahun 2004, Sandra Bullock dalam All About Steve pada 2009. Stewart dijadualkan menjadi penyampai pada malam anugerah Oscar. Beberapa bintang Twilight terselamat daripada menerima anugerah tersebut dalam kategori masing-masing. Robert Pattinson ‘tewas’ kepada Adam Sandler dalam That’s My Boy untuk anugerah Pelakon Lelaki Paling Teruk. Ashley Green pula berjaya mengelak apabila Rihanna dianugerahkan Pelakon Pembantu Wanita Paling Teruk dengan penampilannya dalam Battleship. Ini merupakan pertama kali filem Twilight menerima anugerha Razzie untuk gambar Paling Teruk. -AP





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!