Wednesday, March 6, 2013

Orang terkaya ni boikot majalah sebab pandang rendah nilai kekayaannya


Putera Arab Saudi, Alwaleed Talal yang merupakan individu terkaya di dunia Arab dilaporkan memboikot majalah Forbes atas alasan ia memandang rendah nilai kekayaannya. Menurut syarikatnya, Forbes baru-baru ini menyenaraikan Alwaleed sebagai bilionair pada tangga ke-26 dengan anggaran nilai kekayaan sebanyak AS$20 bilion (RM62 bilion). "Forbes menggunakan data yang tidak tepat untuk menetapkan kedudukan sebenar Putera Alwaleed," jelasnya. - dpa




.

Diusia 106 tahun, lelaki ini akhirnya mendapat diploma


Seorang lelaki berusia 106 tahun yang berhenti sekolah kerana harus membantu ibu dan lima saudaranya akhirnya mendapat diploma. Frank Butler mendapat gelaran pemberian diploma kehormatan dalam upacara khusus di Beverly High School, Amerika Syarikat. Dengan emosi dia mengucapkan terima kasih atas pemberian diploma kehormatan itu. "Saya tidak pernah menyangka akan mendapat ini. Saya benar-benar menghargainya," ujarnya. Diploma yang diperolehnya diletakkan di atas pahanya kerana dia duduk di kerusi roda dan dengan jarinya yang lemah dia memegangnya.

Wajahnya, penuh kegembiraan. Menekankan pentingnya pendidikan, Butler lahir tahun 1906 dan di masa kecil dia bekerja di sebuah perusahaan percetakan kecil setiap pagi serta masuk sekolah petang selepas kerja di Beverly. Ketika mendapat tawaran pekerjaan tetap di perusahaan itu -ketika di kelas lapan- dia meninggalkan sekolah kerana harus membantu ibunya membesarkan lima saudaranya. Butler pernah memasuki tentera dan ikut bertempur di England serta Filipina pada masa Perang Dunia II dan selepas itu dia bekerja di Jabatan Perairan.

Menantunya, Cathy Butler, berkata, Frank selau menyesal berhenti dari sekolah dan menekankan kepada anak cucu dan cicitnya tentang pentingnya pendidikan. "Dia menyesal tidak memiliki diploma namun dia selalu berbangga dengan institusi pendidikan," tutur Cathy. Kelima anaknya juga bersekolah di Beverly dan ketika upacara pemberian diploma, cicitnya juga ikut hadir dan bergambar bersamanya. -BBC






.

Ranking terkini kelab-kelab top dunia (Bola Sepak) dari IFFHS


Kekalahan berturut-turut dengan AC Milan dan Real Madrid membuatkan rangking Barcelona di antara kelab-kelab top dunia menjadi merosot. International Federation of Football History & Statistics (IFFHS) mencatat setelah dua tahun berada di posisi teratas, El Barca kini merosot di tangga kelima. Raksasa Catalan itu bahkan kalah dari kelab berasal dari Brazil, Corinthians yang berada di tangga keempat dan Bayern Munchen yang naik menjadi tangga ketiga.

Sedangkan posisi pertama rangking kelab-kelab top dunia itu kini menjadi milik Chelsea dan disusuli Atletico Madrid di tangga kedua. El Barca menerima kekalahan 0-2 dari AC Milan di Liga Champions dan kalah kepada Real Madrid pada El Clasico dalam dua perlawanan berturut-turut di Copa del Rey dan La Liga. 


Rangking klub dunia versi IFFHS: 

Chelsea (ENG) 
Atlético de Madrid (SPA)
Bayern Múnich (GER)
Corinthians (BRA)
Barcelona(SPA)
Boca Juniors (ARG)
Real Madrid(SPA)
Juventus (ITA)
Inter Milán (ITA)
Sao Paulo(BRA)



-BBC




P/S - Cari kelab anda disini [SEMAK]





.

Sadis : Curi mayat untuk dijadikan 'pengantin perempuan'


Empat orang di wilayah Shaanxi dihukum penjara antara 28 hingga 32 bulan semalam, selepas didapati bersalah menggali kubur dan mengambil mayat untuk dijadikan ‘pengantin perempuan’ bagi upacara tradisional ‘perkahwinan hantu’ lapor media. Perkahwinan penting di dalam masyarakat China dan walaupun amalan itu semakin jarang dilakukan, ia masih diamalkan keluarga yang kematian anak lelaki tetapi belum berkahwin.

Mayat mereka kemudian dikebumikan bersebelahan satu sama lain. “Biasanya perkara itu mendapat persetujuan keluarga di mati, tetapi Sabtu lalu kumpulan empat lelaki terbabit mencuri mayat perempuan dan selepas membersihkannya, memalsukan fail perubatan sebelum menjualnya dengan harga tinggi,” lapor akhbar Xian Evening News. - AGENSI





.

Pengarah hospital cedera parah diserang kakitangan hospital sendiri


Pengarah Hospital Taiping, Dr. Mohd. Yassim Abdul Rahman cedera parah selepas diserang dan ditetak oleh seorang kakitangan hospital berkenaan dengan parang dalam satu pertengkaran di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 11.10 pagi itu, Dr. Mohd. Yassim cedera di badan, kepala dan tangan selepas cuba menahan tetakan juru X-ray Jabatan Pengimejan dan Diagnostik hospital tersebut.

Kejadian dipercayai berlaku semasa suspek berusia 53 tahun itu bertemu dengan mangsa di salah sebuah bilik di jabatan berkenaan. Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohd. Yusof Md. Diah berkata, mangsa yang cedera parah termasuk patah tulang lengan dibawa ke unit kecemasan hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan sebelum dipindahkan ke Hospital Selayang, Selangor. -utusan





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!