Thursday, March 7, 2013

Wujudnya komputer mirip otak manusia?


Rekaan seperti komputer mirip otak manusia, pengesan cap jari yang lebih tepat dan bentuk pesawat diilhamkan daripada ikan paus: ini adalah beberapa perkara yang boleh jadi nyata kerana kajian yang sedang giat dilakukan dalam bidang optik dikenali sebagai nanophotonik. Penyelidik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Pankaj Kumar Choudhury berkata, nanophotonik membolehkan cahaya digunakan pada tahap nano untuk memindahkan data antara komputer dan alat komunikasi pada had laju amat tinggi daripada apa yang terdapat sekarang. Manakala Prof Choudhury dari Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN) berkata, komunikasi berdasarkan atom dan zarah asas cahaya, atau foton akan menggantikan komputer sedia ada bagi pemprosesan data digital dan jaringan.

Beliau berkata demikian ketika memberi syarahan umumnya atas tajuk Elektromagnet Mikro dan Struktur Nano: Laluan untuk Nanophotonik. Nanophotonik atau Nano-optik ialah kajian tingkah laku cahaya pada skala sangat halus iaitu nanometer. (Satu nanometer bersamaan satu persejuta milimeter). Istilah ini biasanya merujuk kepada fenomena cahaya ultraungu dan cahaya infra merah (IR), dengan jarak gelombang kira-kira 300-1200 nanometer. Ia dianggap sebagai satu cabang kejuruteraan optik yang berkaitan dengan optik, atau interaksi cahaya dengan zarah atau bahan pada tahap yang lebih rendah daripada jarak gelombang cahaya. Kata Choudhury, bentuk rangkaian kuantum mungkin akan menggantikan rangkaian komputer biasa tidak berapa lama lagi kerana kelajuannya yang lebih tinggi.

Satu rangkaian kuantum adalah jaringan komputer yang lebih selamat daripada yang sedia ada menggunakan prinsip-prinsip sifat atom dan foton untuk mengawal maklumat. “Foton telah dikenal pasti sebagai pembawa ideal untuk pengangkutan logik dari satu nod ke nod lain dalam rangkaian kuantum melalui pautan gentian optik (fiber-optic),” katanya. Dalam bidang sains forensik, nanophotonik digunakan untuk memperoleh bentuk cap jari. Jikalau hanya kesan cap jari dalam dua dimensi didapati dalam cara konvensional, satu teknik yang dikenali sebagai Sculptured Thin Films (STF) atau columnar thin films (CTF) yang terdiri daripada tiang bahan komposit pula boleh mengambil cap jari dalam tiga dimensi. -Agensi






.

Adakah ini satu-satunya kamera yang istimewa??


Kalau anda penggemar kamera, anda pasti suka dengan kamera yang satu ini. Dan, jika anda juga sangat sukakan coklat, kamera istimewa ini adalah pilihan yang tepat untuk dimiliki. Kamera unik ini dibuat daripada 100% coklat. Dengan rekabentuk yang sangat serupa dengan kamera sebenar, nampaknya ianya sangat sesuai dijadikan hadiah buat kekasih hati yang juga turut menyukai fotografi..Di reka oleh Hans Chung, kamera coklat ini dianggarkan berharga $ 500. Walaupun mahal, tapi jelas ianya sebuah kamera yang unik... 



 P/S - Mestilah istimewa sebab boleh dimakan... jom makan coklat :)





.

Ngeri, buat patung guna darah.. yang banyak


Seorang lelaki India yang dikenali dengan panggilan Hussaini ini baru saja mempamerkan sebuah karya seni yang terbuat dari darah manusia. Patung kepala J. Jayalalitha, Ketua Menteri negara bahagian Tamil Nadu, itu dibuat dari 11 liter darah manusia yang telah dibekukan. Darah tersebut dikumpulkan dari darah pelukis sendiri dan 32 orang muridnya. Hussaini adalah seorang pembuat patung dan guru memanah dari Chennai yang memiliki idea aneh untuk merayakan ulang tahun J. Jayalalitha yang ke-65. Hussaini rupanya ingin mengucapkan terima kasih kerana telah menyokong perkembangan sukan panah di India. Untuk itu, dalam interval tiga bulan, Hussaini menyedut darahnya secara bertahap.

Kemudian darah itu disimpan selama lapan tahun, sambil menunggu peluang untuk menggunakannya sebagai media untuk patung. Sayangnya, ketika itu Hussaini hanya memiliki 6.5 liter darah, sedangkan projek khususnya memerlukan 11 liter. Nasib baik, 32 orang muridnya bersedia untuk menyumbangkan 4.5 liter darah tambahan yang diperlukan untuk menyelesaikan projek tersebut. Hal pertama yang dilakukan Hussaini untuk membuat patung darahnya adalah menyiapkan tanah liat. Kemudian menyiapkan cetakan silikon yang diisi dengan campuran tanah liat dan 11 liter darah. Cetakan itu dibekukan pada suhu -27 darjah Celcius, selama dua bulan. -AP





P/S - Baiklah derma darah untuk orang yang memerlukan..adeh






.

Hebat..... Fergie bakal timang anak kembar


Selepas empat tahun berkahwin, nampaknya vokalis The Black Eyed Peas, Fergie bakal menimang cahaya mata sulungnya tidak lama lagi. Lebih menggembirakan, isteri kepada Josh Duhamel itu, sedang hamil anak kembar. Menurut sumber, walaupun Fergie dan Duhamel pernah kecewa kerana masih belum mempunyai anak, namun kini sebaliknya.


“Apabila mendapat tahu mengenai perkara itu, mereka orang paling gembira. Nampaknya, tidak sia-sia penantian mereka. “Kerana itu juga, Fergie sanggup mengurangkan aktiviti seninya dan mengamalkan diet yang seimbang. “Dia benar-benar menjaga kesihatan dan kandungannya,” katanya. -MO





.

Seorang tentera Rusia hilang selama 33 tahun di Afghanistan, dan kini ditemui dengan keadaan...


Seorang tentera Rusia yang hilang 33 tahun yang lalu ketika Perang Afghanistan Uni Soviet telah ditemukan dalam keadaan hidup, dan menjalani kehidupan seperti warga Afghanistan yang lain. Bakhretdin Khakimov telah disahkan mati oleh ketua Soviet ketika itu. Namun rupa-rupanya, dia telah tercedera dalam pertempuran pada tahun 1980 diselamatkan dan dirawat oleh penduduk tempatan. Dia menukar nama Afghanistan, Sheikh Abdullah, dan menikah dengan seorang wanita tempatan, yang kemudian meninggal, dan sekarang berniaga jamu di kawasan Herat.


Khakimov, 53, seorang etnik Uzbek, ditemui oleh Organisasi Veteren dalam pencarian 264 tentera yang hilang '. Seorang jurucakap berkata: 'dia masih dapat mengingat dengan jelas dan dia dapat memberi nama-nama orang tuanya, kakak dan adik. Dia ingin bertemu keluarganya. "Kata jurucakap, Khakimov ditunjukkan gambar tentera yang hilang lainnya dan diakui dua juga tinggal di Herat. Seramai 15,000 tentera Soviet dan lebih dari satu juta warga Afghanistan mati antara 1979 dan 1989 apabila kerajaan yang disokong Soviet di Kabul berjuang melawan puak mujahidin bersenjata oleh jiran Barat dan Islam. -AFP







.

SKMM kompaun DiGi, Celcom dan Maxis


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenakan kompaun berjumlah RM190,000 kepada tiga syarikat telekomunikasi utama kerana melanggar syarat-syarat lesen mereka, terutamanya berkenaan aduan orang ramai mengenai panggilan terputus atau dropped calls. DiGi Telecommunications Sdn Bhd telah dikompaun RM100,000-00 bagi empat kompaun berasingan, Celcom Axiata dikompaun RM60,000-00 bagi tiga kompaun berasingan, manakala Maxis Mobile Services Sdn Bhd dengan dua kompaun berasingan berjumlah RM30,000-00. "Syarikat-syarikat telekomunikasi telah diberi masa dan peringatan yang mencukupi untuk menyelesaikan aduan yang diterima daripada pelanggan mereka mengenai peningkatan kejadian panggilan terputus sejak kebelakangan ini.

 "Sebagai pengawal selia industri, kami tidak mempunyai pilihan melainkan untuk mengeluarkan saman kepada mereka kerana gagal mencapai piawaian dan tahap perkhidmatan yang ditetapkan," kata Datuk Mohamed Sharil Tarmizi, Pengerusi SKMM dalam satu kenyataan. Kompaun dikeluarkan berdasarkan hasil ujian yang dijalankan oleh SKMM di beberapa lokasi di negara ini.

Lebih banyak ujian sedang dijalankan di seluruh negara untuk mengukur kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi, kata SKMM. Menurut Mohamed Sharil, KMM sedar bahawa syarikat telekomunikasi telah mula menaik taraf dan melaksanakan usaha untuk mempertingkat kualiti perkhidmatan mereka di negara ini tetapi beliau menegaskan ia harus dipercepatkan. "Orang ramai tidak patut bertolak ansur dengan peningkatan kejadian panggilan terputus atau mutu perkhidmatan yang buruk,” katanya.- Bernama





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!