Friday, March 15, 2013

INFO : Fungsi besar dalam sengat lebah


Saintis mendakwa bahan kimia yang ditemui dalam sengat lebah boleh membantu membendung jangkitan virus HIV. Kajian saintis Amerika Syarikat (AS) itu mendapati bahan toksin dalam sengat lebah boleh memusnahkan virus dan sel-sel di sekitarnya tidak dijangkiti. Pakar pengajian Sekolah Perubatan Universiti Washington, Dr. Joshua L. Hood berkata, toksin itu yang dalam gel vagina boleh membantu membendung penyebaran HIV. ''Bahan kimia dalam sengat lebah yang dikenali sebagai melittin memusnahkan virus HIV dengan memecahkan pelindung luaran virus itu,'' katanya.

Beliau berkata, pihaknya berharap orang ramai boleh menggunakan gel itu sebagai pendekatan bagi menghentikan jangkitan awal. ''Kebanyakan ubat yang ada bertindak mengurangkan penyebaran virus HIV, namun sengat lebah menyerang dan membunuhnya. ''Kita menyerang fizikal virus ini. Secara teorinya, HIV tiada cara untuk menghalang serangan ini,'' katanya. - AGENSI





.

Ibu jual 2 anaknya di facebook untuk menyelamatkan kekasihnya didalam penjara


Seorang ibu muda ditangkap polis setelah disyaki melakukan urusniaga jual beli anaknya sendiri di Facebook. Misty VanHorn, 22 tahun, ditangkap setelah ada seorang bakal pembeli menghubunginya melalui media sosial itu. Dia meminta bayaran sebesar $ 1000 untuk anaknya yang berusia 10 bulan dan $ 4000 untuk anak berusia 2 tahun. Polis menjelaskan, ibu dua anak dari Sallisaw, Oklahoma, memerlukan wang tunai untuk membayar jaminan kekasihnya yang dipenjara.

“Dia mengatakan kepada bakal pembeli itu di Facebook: datanglah ke Sallisaw, hanya 30 minit dari tempat anda dan dengan harga $ 1000 anda boleh mendapatkan anak ini untuk selamanya,” jelas polis kepada Mirror. Setelah calon pembeli yang tidak diketahui identitinya menghubungi VanHorn, bakal pembeli tersebut terus melaporkan ke Departmen Kemanusiaan Oklahoma, lalu disampaikan ke pihak Sallisaw. -Mirror






.

Dulunya sungai ini kotor dan sangat menjijikkan.. namun kini....


Ternyata Korea bukan hanya terkenal dengan kpop dan budaya pencetus fesyen semata-mata. Namun tahukah anda, bahawa pada zaman dahulu pada tahun 1970-an, Korea (khususnya Seoul) tidak ada bezanya dengan negara-negara yang kurang maju pada hari ini. Dan, membanggakan, kerana dasar kerajaan dan rakyatnya yang berfikiran maju jauh kehadapan, akhirnya mereka mampu berdaya saing menjadi sebuah negara yang bersaing dengan negara-negara maju yang lain.


Seperti sungai Cheonggyecheon yang terkenal di kota Seoul. Pada tahun 1970-an, sungai ini sangat kotor dan menjijikkan. Dan pelbagai usaha dibuat untuk kembali memuliharanya, dan terbukti, kini sungai itu menjadi antara pusat perlancongan disana.




P/S - Terus teringat Melaka :)





.

Putera Charles belajar bahasa arab untuk bolehkannya baca Al-Quran dalam bentuk asalnya


Dia telah lama terpesona dengan Islam dan budaya Timur Tengah. Kini Putera Wales dikatakan sedang mempelajari bahasa arab. Dan pembantunya mendedahkan bahawa Putera itu sangat berminat untuk mempelajari bahasa itu dan dia telah mengahadiri tuisyen swasta selama lebih daripada enam bulan. Mungkin aneh, namun putera ini sebenarnya sangat gairah belajar bahasa arab untuk membolehkannya membaca Al-Quran dalam bentuk asalnya.


Ia juga akan bermakna dia boleh mentafsirkan skrip Arab semasa lawatan ke masjid dan muzium seni Islam. Kemudian baru-baru ini putera itu mendapat peluang untuk mencuba bahasa Arab apabila beberapa pelajar menemuinya. Dan pelajar-pelajar itu kagum dengan kebolehannya menggunakan bahasa arab. Putera Charles berada di Doha untuk menghadiri pelancaran Qatar-UK Alumni Network, Qatar. -AP





.

Seorang guru dipecat kerana ajar pelajar rasa darahnya


Seorang guru taman kanak-kanak di Sola, Norway, dipecat setelah mengajak pelajar-pelajarnya merasai darahnya. Pihak sekolah menerima laporan pertama kali dari salah seorang pelajar. Menurut Reuters, kejadian bermula ketika guru itu mengambil sampel darahnya sebelum menemui doktor. Pelajar-pelajarnya hairan melihat cairan merah dalam tabung kecil itu. "Pelajar-pelajar itu bertanya, bolehkah mereka menyentuhnya. Dan guru itu membenarkannya," kata ketua sekolah, Inger Lise Soemme Andersen. Dan guru itu, yang namanya dirahasiakan, memasukkan jarinya dalam darah itu dan memasukkannya ke dalam mulut. Pelajar-pelajar itu pun mengikutinya.

Seorang pelajar menceritakan pengalaman pertamanya merasai darah kepada orang tuanya. "Mereka terkejut dan marah. Mereka kemudian datang ke sekolah," katanya lagi. Kini, guru itu diberhentikan kerja. Selain itu, guru itu juga sedang menunggu hasil pemeriksaan laboratorium untuk mengesahkan samaada dia menghidap HIV/AIDS atau Hepatitis B. Belum dapat diputuskan adakah ibu bapa pelajar-pelajar itu akan membawa kes ini ke muka pengadilan ataupun tidak. -reuters





.

Awas : Peringatan bagi yang berminat menjadi model


Golongan wanita dinasihatkan supaya berhati-hati terhadap seorang lelaki yang menyamar sebagai jurugambar model dan menipu mangsa dengan menawarkan pekerjaan lumayan sebelum menyamun mangsa termasuk dipaksa melakukan hubungan seks. Sehingga kini dianggarkan seramai 100 orang model menjadi mangsa lelaki berkenaan yang menggunakan nama DkDk Choong, Alvon Choong dan Derek Choong. Perbuatan lelaki itu terbongkar selepas seorang model wanita menaikkan status di laman sosial Facebook kerana diganggu lelaki itu, baru-baru ini yang menyamar sebagai jurugambar sehingga mendapat perhatian hampir 100 wanita lain yang turut menjadi mangsa. Model itu, Leng Yein, 28, berkata, dalam tempoh seminggu menaikkan status dan nombor telefon lelaki itu dalam laman sosial tersebut, dia dihubungi lebih 70 orang model wanita yang mendakwa mereka turut diganggu suspek.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!