Friday, March 22, 2013

Pameran prasejarah di Muzium Negara


Fosil seekor reptilia terbang prasejarah bersaiz besar didedahkan kepada umum di Muzium Negara Rio de Janeiro di sini semalam, lokasi berlangsungnya satu kongres antarabangsa tentang kepupusan spesies pada Mei ini. ''Apa yang membuatnya sedikit istimewa adalah kerana ia merupakan fosil yang hampir lengkap pernah ditemui dengan hampir keseluruhan rangka malah tengkorak reptilia itu masih terpelihara,'' kata Alexander Kellner, ahli paleontologi dari Universiti Persekutuan Rio. Kellner pada masa sama turut menerangkan tentang reptilia terbang yang dikenali sebagai pterosaur atau 'cicak bersayap' yang mempunyai kepak berukuran 8.2 meter.


Fosil reptilia prasejarah itu disifatkan daripada spesies 'Tropeognathus mesembrinus' yang ditemui di pelantar Chapada do Araripe di timur laut Brazil. Kellner menyifatkan reptilia itu sebagai antara yang terbesar pernah ditemui di hemisfera selatan dan ketiga di dunia. ''Kami boleh membuktikan reptilia gergasi ini terbang di timur laut Brazil lebih awal daripada yang disangka kerana fosil itu ditemui di dalam formasi batu berusia 110 juta tahun,'' katanya. - AFP






.

Ianya sekadar lukisan di tangan.. (4 Gambar)


Lukisan jelas merupakan suatu bentuk seni, dan ianya boleh dihasilkan dengan apa saja. Namun, ini adalah sejenis seni baru dan medianya adalah jari dan tapak tangan.


Lukisan berbentuk haiwan dilukis di jari dan tapak tangan, dan menghasilkan hasil yang sangat-sangat menakjubkan. Haiwan-haiwan itu seolah-olah hidup dan ada diantaranya akan membuatkan kita tidak sangka ianya hanya sekadar lukisan.


Sekadar lukisan di tangan. Seperti lukisan buaya, lihat matanya.. Macam hidupkan? Hasil seni yang sangat kreatif dan mungkin juga akan memberi idea yang menarik untuk anda mencuba..








.

Gambar anak perempuan David Beckham yang pandai bergaya


MESKIPUN baru berusia 20 bulan, Harper Seven sudah pandai mengikuti jejak ibunya, Victoria Beckham yang suka berfesyen. Harper yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik itu dilihat berjalan-jalan di khalayak bersama ayahnya, David Beckham. Tidak mahu kalah dengan penampilan ayahnya, Harper begitu bergaya dengan memakai kasut but tinggi berwarna oren.


Sambil menggenggam tangan David, Harper kelihatan cantik dengan tali kasutnya yang sama warna dengan bapanya itu. Ketika Harper dilihat penat, David telah menggendong anak bongsunya itu dan membawanya masuk ke dalam kereta. Meskipun kasut but itu untuk kanak-kanak lelaki tetapi Victoria tidak ragu-ragu memakaikannya kepada Harper.


"Kalau dia (Harper) membesar dan menjadi tomboy, saya maklum, kerana dia membesar dengan tiga orang abangnya. Saya tidak ada masalah dalam hal itu," ujar Victoria. Harper adalah puteri bongsu pasangan David dan Victoria Beckham. Tiga anak lelaki mereka iaitu Brooklyn, Romeo dan Cruz. Setelah menanti cukup lama, pasangan itu akhirnya dikurniakan anak perempuan. -DM





.

Gadis ini memiliki kebiasaan yang sangat aneh


Seorang gadis yang berasal dari Atlanta, Amerika Syarikat (AS), memiliki kebiasaan yang aneh. Gadis bernama Allison ini kecanduan memakan serpihan getah tayar. Kebiasaan anehnya ini difilemkan dalam acara tv di Amerika Syarikat (AS). Gadis berusia 19 tahun ini menceritakan kebiasaan anehnya di acara reality show TLC yang tayang di AS. Dalam acara itu Allison menunjukkan kebiasaannya memakan serpihan getah tayar. Menurut Allison, dia suka makan getah tayar kerana dapat dijadikan pengganti gula-gula. Gadis ini memakan getah tayar itu setiap hari. Allison mengakui benda itu memiliki rasa "kimia" yang sangat kuat. Namun, hal itu tidak menyurutkan kebiasaannya itu.


"Rasanya enak. Anda seperti berlatih melenturkan rahang anda," kata Allison. Alllison sangat beruntung kerana tunangnya, Sammy bekerja di kilang tayar, dan membolehkannya menikmati kebiasaan uniknya itu setiap masa. Sammy berkata, dia takut, kerana kebiasaan Allison akan mengganggu kesihatan tunangnya itu. "Saya takut hal ini akan membunuhnya. Ada banyak bahan kimia yang masuk ke dalam perutnya," ungkapnya Dalam acara reality show ini menunjukkan bahawa Allison akhirnya mengunjungi doktor dan mendapatkan penjelasan akan bahayanya memakan bahan-bahan kimia yang dapat menyebabkan kanser. -TLC






.

Inilah yang dinamakan berpantang maut sebelum ajal


Seorang lelaki Rusia terpaksa menyabung nyawa selama empat hari apabila terkandas di dalam hutan bersalji dan diburu sepasang serigala yang lapar. Ketika menceritakan detik-detik cemas tersebut, Spiridon Vinokurov berkata, kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan melawat saudaranya di kampung Aleko-Kyuel, Republik Sakha, Rusia, 120 kilometer dari rumahnya dengan menaiki kenderaan salji. Katanya, pada mulanya dia kehilangan petanda yang ditinggalkan di sepanjang jalan bagi mengelak sesat dalam perjalanan tersebut ekoran ribut salji yang melanda kawasan berkenaan. Keadaan itu jelasnya, bertambah buruk apabila kenderaan kehabisannya minyak dan dia terpaksa berjalan kaki meredah salji tebal.

"Kemudian muncul sepasang serigala yang mengekori saya dari jauh. Namun apabila saya semakin kehilangan tenaga dan mula merangkak, haiwan tersebut mula merapati saya. "Malah ketika saya terbaring di timbunan salji akibat tiada lagi tenaga untuk bergerak, saya dapat merasakan nafas serigala berkenaan di bahagian leher saya," katanya. Bagaimanapun, Vinokurov bernasib baik kerana ketika serigala berkenaan menghampirinya, sebuah helikopter penyelamat tiba di lokasi dia terbaring dan menyelamatkannya sebelum membawanya ke hospital. Lelaki berusia 48 tahun itu kini mendapatkan rawatan intensif selepas mengalami reputan fros.


Pegawai pasukan penyelamat Republik Sakha, Nikolai Fateyyv berkata, pihaknya dimaklumkan tentang kehilangan Vinokurov oleh keluarga mangsa pada hari keempat kejadian. Katanya, ketika Vinokurov ditemui kira-kira 80 kilometer dari kampung Berelekha di Republik Sakha, mangsa masih sedarkan diri. "Keadaannya sangat teruk akibat reputan fros, namun masih sedar. "Vinokurov memaklumkan kepada kami bahawa dia hanya mampu merangkak selepas tidak mampu berjalan lagi," katanya. - AGENSI






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!