Tuesday, April 9, 2013

Cerita lengkap mengenai tragedi Kurt Cobain di ulang tahun kematiannya



Siapa yang tak kenal Kurt Donald Cobain. Lelaki yang lahir pada 20 Februari 1967, pada 5 April 1994 ditemui mati di kediamannya. Cobain adalah penyanyi, penulis lagu dan gitaris dalam band grunge dari Seattle, Nirvana. Cobain mula dikenali, setelah band nya Nirvana berhasil popular dengan lagu mereka, 'Smells Like Teen Spirit'. Lagu ini menjadi permulaan perubahan besar dalam muzik rock di tahun 1980-an seperti glam metal, arena rock, dan dance-pop, grunge dan alternative rock. Lagu-lagu Nirvana lainnya seperti About a Girl, Come as You Are, In Bloom, Lithium, Heart-Shaped Box, All Apologies, dan Rape Me, ditulis dan disusun sendiri oleh Cobain.


Pemuzik yang sangat popular ini berkahwin dengan pemuzik yang juga aktres Courtney Love pada 24 Februari 1992 di Waikiki, Hawaii. Mereka mempunyai anak yang diberi nama Frances Bean Cobain yang lahir pada 18 ogos 1992. Cobain mempunyai banyak komplikasi penyakit. Pada 1 Mac 1994, setelah konsert di München, Jerman, Cobain didiagnos dengan bronchitis dan laryngitis yang parah. Dia diterbangkan ke Rome hari berikutnya untuk menjalani rawatan. Pada 2 Mac 1994, Love bangun dan menemui Cobain overdose champagne dan Rohypnol.


Dia dikejarkan ke hospital dan setelah lima hari di sana dia diizinkan pulang. Kerana masalah dadah ini, Cobain dimasukkan ke rehab pada 30 Mac. Pada malam 1 April, Cobain keluar untuk merokok dan kemudian lari dari rehab tersebut dengan memanjat pagar. Dia kemudian pergi ke Seattle dan menghilang. Pada 3 April, Love menghubungi seorang private investigator, Tom Grant, dan mengupahnya untuk mencari Cobain. Pada 8 April 1994, mayat Cobain ditemui di sebuah ruangan di atas garaj rumahnya di Lake Washington oleh pegawai Veca Electric bernama Gary Smith. Autopsi kemudian mendedahkan Cobain mati pada 5 April 1994. Sepucuk surat bunuh diri ditemui di saku jaketnya. -AGENSI






.

Dunia fotografi yang sangat unik, berkaitan seekor tupai



Buat kamu yang minat sangat dengan dunia fotografi, marilah melihat foto-foto karya Nancy Rose ini.


Selain subjeknya yang memang unik, iaitu seekor tupai, foto ini juga dianggap sangat kreatif dan hebat, kerana bertemakan seekor tupai. Seekor tupai disetting sedemikian rupa hingga berpose seperti melakukan kegiatan sehari-hari.


Lucunya, kegiatan yang dilakukan tupai tersebut adalah kegiatan yang biasa dilakukan manusia setiap hari.


Seperti menyidai pakaian, naik perahu, barbeque, mencuci, berdandan, dan sebagainya. -AP





.

Doktor terkenal dalam acara talk show Amerika, The Oprah Winfrey Show ini adalah orang Islam



Penonton acara talk show popular Amerika, The Oprah Winfrey Show, pasti sudah tidak asing lagi dengan Doktor Oz. Seorang doktor yang kerap mengisi segmen kesihatan dalam talk show paling popular di dunia itu. Selain di acara Oprah, Oz juga kerap mengisi segmen Larry King Live. Sejak tahun 2009, Doktor Oz mempunyai program acara televisyen yang dihasilkan Harpo Productions berjudul The Dr Oz Show. Namun, tahukah anda siapa sebenarnya doktor yang paling terkenal di Amerika saat ini dikenali Dr Oz atau nama lengkapnya Dr Mehmet Cengiz Oz. Dia adalah pakar bedah jantung dari Harvard University. Dari namanya, orang boleh meneka bahawa Oz alias Mehmet mempunyai darah Turki. Ibunya bernama Suna dan berayahkan Mustafa Oz. Kedua-duanya merupakan orang yang dihormati di Turki.


Ayah dan ibu Oz kemudian berhijrah ke Amerika pada 1955. Lima tahun selepas itu, lahirlah Oz. Dalam sebuah wawancara yang disiarkan The Root, Oz mendedahkan bahawa sejak kecil dirinya didik oleh dua gaya muslim berbeza. "Saya dididik oleh ibu yang Islam sekular, Namun ayah saya sangat teguh memegang prinsip Islam," ujarnya. Hingga kini, dia mengaku masih memeluk Islam. Oz mengatakan bahawa gaya sufi islam sangat mempengaruhi dirinya. Walaupun menjadi doktor yang paling terkenal di Amerika ketika ini, Oz tidak melupakan identitinya sebagai seorang Turki. Oz bahkan tetap mempertahankan kewarganegaraan Turkinya bersama statusnya sebagai seorang Amerika. Dalam cintanya pada Turki, Oz rela menjadi sukarelawan di tentera Turki. -AP





.

Lelaki dengan kebolehan pelik ini sebenarnya seorang yang tampan


Lelaki ini memiliki kebolehan yang nampaknya tidak ada orang yang dapat menirunya. Bayangkan saja, lelaki yang berasal dari Chengdu, China bernama Tang Shuquan ini memiliki kebolehan memasukkan hidungnya ke dalam mulutnya sendiri. Dia menunjukkan kebolehannya itu kepada orang yang ditemuinya di jalanan namun tidak ada seorang pun yang mampu membuat kebolehan itu.


Dia merupakan pemegang rekod Guinness World Record untuk kebolehan pelik ini, dan dia mencabar sesiapa yang dapat melakukan hal yang sama, akan diberikan hadiah berupa wang sebesar 100.000 renmimbi. Disebalik wajahnya yang "berlipat-lipat" seperti dalam gambar, sebenarnya lelaki ini masih muda dan berwajah cukup tampan. -AP





.

Luahan Nabila Huda (abil) buat ayahnya, Amy Search


Ketepikan semua cerita 'panas' berkenaan penampilannya yang seksi dan perangainya sehingga mencetuskan kontroversi. Kerana Nabila Huda (Abil), 29, telah membuktikan, walaupun sering dikritik, dikecam dan dihimpit kontroversi, anak kepada penyanyi lagenda Rock, Amy (Search) ni berjaya menyakinkan peminat-peminatnya bahwa dia punya bakat besar dalam dunia lakonan. Sekaligus melayak dirinya dinobat Pelakon TV Wanita Popular di malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH'12) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, baru-baru ini. "(Kemenangan) Ini tandanya peminat lebih mementingkan bakat dari perkara-perkara lain. Orang dah boleh memahami saya.

Maknanya, saya tak buat sesuatu yang salah. Apa yang jadi dalam hidup saya, itu adalah hidup. Tapi bakat saya telah menguasai benda-benda lain yang mana orang lain yang timbulkan kontroversi daripada kelakuan-kelakuan yang saya bawa di luar. "Saya tak hipokrit dan peminat terus menyokong saya sejak saya dari bawah lagi. Saya ucapkan terima kasih pada mereka semua", katanya kepada Malaysian Digest.com sewaktu ditemui di majlis post-party. Dalam pada itu, sebagai anak, Nabila mengakui timbul rasa bersalah dalam diri kerana gara-gara cerita kontroversi yang mengaitkan dirinya selama ini, dia sedar bapanya sering 'terheret' sama. Justeru, sewaktu mengambil trofi kemenangan di pentas malam tadi, dalam ucapannya Nabila turut mendedikasikan trofi tersebut kepada Amy dan diucapkannya dengan nada sebak.

"Walaupun dia (Amy) tiada di sini kerana berada di Turki atas urusan keluarga, tapi saya tahu lepas ni dia mungkin boleh tengok di Youtube. Saya terharu, sebab sepanjang perjalanan karier saya, saya tahu saya banyak menyakitkan hati dia. Bila saya buat hal, orang (media) akan cari dia, interbiu dia. Tapi... this is me. Saya melalui keadaan yang kadang-kala sesuatu itu, saya tak boleh nak kawal. Tiada sesiapa yang sempurna. "Saya cuma nak dia tahu walaupun saya sering dikaitkan dengan keadaan yang orang lain anggap ia sebagai satu masalah (kontroversi), tapi saya tetap bangun pagi dan pergi kerja. Saya tak ada masalah disiplin dan saya cuba tunjukkan yang saya tak pernah sia-siakan karier dan hidup saya", ujarnya yang sudah berkecimpung dalam dunia seni sejak di usia 16 tahun lagi.

Tegas ibu anak satu ini lagi, dia akan kekal menjadi dirinya dan akan meneruskan kerjaya lakonan selagi peluang dan ruang ada untuknya dalam industri ini. "Saya nak tunjukkan pada semua orang, yang saya bawa diri saya macam orang biasa. Saya rasa saya buat perkara yang seimbang dalam kehidupan saya. Ya, di set saya seorang pelakon. Tetapi di luar set saya tak mahu 'berlakon'. Saya penat lah berlakon sepanjang masa. Daripada saya berlakon (hipokrit), lebih baik mati. "Saya berlakon bukan untuk glamor tapi bidang lakonan adalah kepuasan saya. Saya akan terus berlakon dan memberikan yang terbaik selagi umum menerima saya", katanya. - mD





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!