Friday, April 12, 2013

Akhirnya masjid ini dibenarkan melaungkan azan


Sebuah masjid di sini dibenarkan untuk melaungkan azan solat Jumaat menggunakan pembesar suara di menara, sekali gus menjadi masjid pertama di Sweden untuk berbuat demikian. Ketua Persatuan Islam di Botkyrka, Ismail Okur menyuarakan rasa gembira dan bersyukur selepas pihak berkuasa Sweden memberi kebenaran tersebut. Ismail berkata, pihaknya telah meminta kebenaran untuk melaungkan azan solat Jumaat menggunakan pembesar suara di masjid Fittja. Masjid tersebut dibenarkan melaungkan azan dalam tempoh tiga minit hingga lima minit antara pukul 12 tengah hari hingga 1 petang pada setiap hari Jumaat. - AFP

Jalan-Jalan Cari Makan bersama Qi Razali


PENGACARA terkenal, Qi Razali kembali mengacara program Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) musim kedua untuk tahun ini setelah meninggalkan program itu selama hampir dua tahun. Dalam musim kali ini, Qi menunjukkan kepakaran memasaknya di dapur melalui beberapa segmen. Gelagat Qi yang bersahaja dalam memasak itu dikatakan bakal menarik perhatian penonton untuk mencuba pelbagai resepi istimewa setiap restoran yang dikunjunginya. Menurut Penerbit Eksekutif Che Rozaini Ahmad, JJCM telah diterima baik sepanjang penyiaran sejak 2001. "Tempoh 12 tahun bersiaran menemui penonton setia TV3 jelas membuktikan penerimaan baik di kalangan penonton terhadap program JJCM yang berkonsepkan memberi informasi dan tips serta lokasi menjamu selera.

“Daripada segi hos juga, kali ini kita turut mengembalikan Qi Razali untuk musim ini untuk memberi variasi dan kelainan kepada penampilan musim baru kali ini,” katanya dalam satu kenyataan. Musim pertama bagi tahun ini dikendalikan pelakon dan pengacara terkenal, Iqram Dinzly. Kini, JJCM telah memasuki musim kedua bagi tahun ini bermula 7 April lalu. Program ini juga tampil dengan pengisian baru menerusi segmen menarik seperti Siapa Punya?, Siapa Itu?, Singgah dan Lain Macam. Antara segmen yang menjadi tumpuan para penonton ialah segmen ‘Siapa Punya?’ yang memberi peluang kepada peminat rancangan JJCM untuk mencadangkan tempat-tempat makan yang menarik menerusi laman sosial rasmi Facebook JJCM.

Ia juga masih mengekalkan segmen bersama artis dan personaliti jemputan iaitu segmen ‘Siapa Itu?’ untuk menemani Qi Razali menikmati juadah yang lazat dan memeriahkan lagi JJCM ini. Antara artis yang terlibat adalah, Nelydia Senrose, Ila Damia, Suki, Monoloque, Yana Samsudin, Taiyuddin Bakar, Adira, Shuib Sepahtu dan ramai lagi. Menarik mengenai segmen ini, pihak produksi JJCM akan mengunjungi warung dan gerai yang jarang diketahui ramai. JJCM bersiaran setiap Ahad pada jam 12.00 tengah hari. -SH





.

Lagu baru PSY - Gentlemen


Penyanyi popular Korea Selatan, Psy melancarkan single terbaharunya tengah malam tadi, ekoran kejayaan lagu Gangnam Style yang menjadikan namanya terkenal. Video Gangnam Style menjadi video paling banyak ditonton di dalam laman web YouTube dengan lebih 1.5 bilion kali dan gaya tarian kuda yang dipamerkan Psy menjadi ikutan di seluruh dunia. Butiran lanjut tentang lagu terbaharunya yang bertajuk Gentleman, masih belum didedahkan dan lagu itu mula disiarkan di New Zealand pada 12 tengah malam tadi. - REUTERS





.

Kisah cinta anak penyanyi Madonna


Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi yang boleh diangkat sebagai penyanyi lagenda zaman ini, Madonna. Bukan cerita Madonna yang ingin dikongsikan, tetapi mengenai perihal anak gadisnya, Lourdes Leon, 16, yang kini dilaporkan sedang bercinta dengan aktor drama bersiri popular, Homeland, iaitu Timothee Chalamet. Menurut laporan portal NY Post, pasangan itu dikatakan bertemu di Sekolah Tinggi Fiorello H. LaGuardia dan mereka merupakan rakan sekelas. "Ia bukan sesuatu yang baru, semua pelajar di sekolah itu sudah tahu mengenai kisah percintaan mereka apatah lagi mereka berada dalam kelas yang sama," kata sumber.


Bagaimanapun, bapa Leon, Carlos Leon seolah-olah tidak merestui percintaan itu dan berkata dia tidak sedia untuk melihat anaknya itu mempunyai kekasih. "Anak saya masih mentah lagi. Dia masih seorang gadis yang perlukan perlindungan daripada saya. Namun, apabila tiba masanya nanti, saya sentiasa bersedia untuk berjumpa dengan lelaki pilihannya dan lelaki itu juga perlu berani untuk berhadapan dengan saya," ujarnya. Chalamet, 16, melakonkan watak anak kepada naib presiden William Walden dalam siri yang pernah memenangi anugerah Golden Globe tahun lalu. -AP





.

Hari (하리) – Cutie Song/Kiyomi Song ( 귀요미송) Lyrics




Romanization

choko meopin han jogak sikyeonoko
gosohan uyuhanjaneul gidaryeoyo
oppahago nahago kkok maju anjaseo
seoro sonbadak wie yeppeun nakseoreul hajyo

hannun paljima nuga mworaedo naekkeo (naekkeo)
dareun yeojarang maldo seokkjima nan nikkeo (nan nikkeo)
saekki songarak geolgo kkok yaksokhaejwoyo
jeoldae na honja naebeoryeo duji ankiro

ildeohagi ileun gwiyomi
ideohagi ineun gwiyomi
samdeohagi sameun gwiyomi
gwigwi gwiyomi gwigwi gwiyomi
sadeohagi sado gwiyomi
odeohagi odo gwiyomi
yukdeohagi yugeun jjokjjokjjokjjokjjokjjok gwiyomi nan gwiyomi

hannun paljima nuga mworaedo naekkeo (naekkeo)
dareun yeojarang maldo seokkjima nan nikkeo (nan nikkeo)
saekki songarak geolgo kkok yaksokhaejwoyo
jeoldae na honja naebeoryeo duji ankiro

hana dul set nun gamgo naege dagawa
du soneuro nae boreul manjimyeo ppoppoharyeoneun
geu ipsul makgoseo

ildeohagi ileun gwiyomi
ideohagi ineun gwiyomi
samdeohagi sameun gwiyomi
gwigwi gwiyomi gwigwi gwiyomi
sadeohagi sado gwiyomi
odeohagi odo gwiyomi
yukdeohagi yugeun jjokjjokjjokjjokjjokjjok gwiyomi nan gwiyomi

hannun paljima nuga mworaedo naekkeo (naekkeo)
dareun yeojarang maldo seokkjima nan nikkeo (nan nikkeo)
saekki songarak geolgo kkok yaksokhaejwoyo
jeoldae na honja naebeoryeo duji ankiro
jeoldae na honja naebeoryeo duji ankiro






SONG





.

Datuk Lee Chong Wei bergelar ayah kepada Kingston Lee



Berita baik daripada pemain perseorangan badminton Datuk Lee Chong Wei dan isteri, Wong Mew Choo yang hari ini, isterinya Wong Mew Choo dijadualkan melahirkan anak pertama mereka - seorang bayi lelaki - melalui Caesarean. Dan pasangan itu telah memutuskan untuk menamakan bayi itu, Kingston Lee.


Walaupun teruja kerana bakal menjadi seorang bapa, Chong Wei mengakui bahawa beberapa minggu lepas menjadikan minggu yang agak tertekan untuknya - kerana dia perlu meninggalkan Mew Choo beberapa kali sementara dia turut serta dalam beberapa kejohanan antarabangsa. Walaupun sejak akhir-akhir ini kesihatannya agak terganggu, namun dia mengakui, ingin fokus kepada kelahiran anak sulungnya..


Bayi seberat 3.5 kilogram itu selamat dilahirkan kira-kira pukul 1.36 petang tadi di Hospital Gleneagles dekat sini. -the star




P/S - Tahniah!!





.

31 Parti Politik yang berdaftar di bawah SPR



Bahang Pilihan Raya Umum Ke-13 amat jelas terasa. Rakyat kini hanya menunggu masa untuk menunaikan tanggungjawab, membuat pilihan yang tepat untuk menentukan kerajaan yang benar-benar boleh menggalas tanggungjawab dan memimpin negara ke satu tahap yang lebih baik. Dan dimana-mana ketika ini dapat kita lihat sepanduk dan bendera parti-parti politik yang jelas dilihat berusaha memancing undi. Namun, tahukah kita, apakah parti-parti politik yang berdaftar di bawah SPR? Terdapat 31 parti politik di Malaysia yang telah berdaftar simbol dengan SPR bagi kegunaan semasa pilihan raya mengikut subperaturan 11 (2) (c) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya). -SPR

klik untuk tumbesaran






.

Barang Kemas Arwah Ibu Hilang Dalam Simpanan Polis


Seorang wanita hari ini membuat laporan polis selepas mendapati barangan kemas bernilai lebih RM50,000 milik keluarganya yang dijadikan bahan bukti dalam kes pembunuhan ibunya pada 1999 hilang dalam simpanan polis. Tuan Rozita Tuan Kechil, 46, berkata barangan kemas itu berupa seutas rantai leher bermutiara, sepasang subang, seutas loket, seutas rantai tangan dan seutas rantai leher yang didakwanya hilang selepas disimpan di Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Kuantan. Tuan Rozita telah membuat aduan kepada Biro Pengaduan Awam pada 15 Sept tahun lalu serta menghubungi Pegawai Penyiasat kes berkenaan, namun tidak mendapat sebarang maklum balas sehingga kini. "Saya dimaklumkan pegawai terbabit telah berpindah ke tempat lain, saya gagal menghubunginya lagi. Saya hanya mahu mendapatkan semula barangan kemas milik arwah ibu saya yang dimaklumkan kepada saya yang telah hilang," katanya dengan ditemani peguamnya Mohd Fadzli Mohd Ramly ketika membuat laporan di Balai Polis Kuantan.

"Kes sebegini tidak sepatutnya berlaku kerana itu merupakan barangan kes dalam simpanan polis dan tidak sepatutnya hilang apabila dituntut semula," katanya. Mohd Fadzli pula berkata kehilangan harta pusaka milik keluarga mangsa menimbulkan persoalan sama ada peti besi yang menyimpan barang kemas itu diceroboh atau sebaliknya namun berharap polis dapat menjalankan siasatan semula dengan teliti dan telus.

"Kami berharap kes ini dapat diselesaikan dengan segera dan jika tiada apa-apa maklum balas diterima, kami tidak menolak kemungkinan akan memfailkan tuntutan sivil di mahkamah bagi memastikan keluarga mangsa mendapatkan semula hak mereka,” katanya. Ibu Tuan Rozita, Nik Khazanah Wan Yaakob, 50, seorang peniaga barang kemas ditemui rentung dalam van miliknya selepas dibakar tiga penagih di Kampung Kempadang di sini pada 4 Jun 1999. Kesemua mereka kemudiannya dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kuantan pada 2001.-BERNAMA





 .
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!