Monday, April 22, 2013

4 keping Gambar Memey Suhaiza bertudung



Jika semalam kita ada foto menyejukkan hati antara Fasha Sandha & Nora Danish, kali ini ianya tidak kurang juga menarik perhatian ramai peminat dunia hiburan — Abby Abadi & Memey Suhaiza.


Memey Suhaiza baru baru ini ada mengirimkan beberapa keping gambar melalui akaun Instagram beliau dan seisi keluarga hadir ke acara sukan sekolah anak Abby Abadi & Norman Hakim.


Menariknya, Memey Suhaiza dilihat ayu bertudung dan ini menimbulkan persoalan di’kalangan peminat sama ada isteri Norman Hakim itu kini sudah berhijrah mengikut jejak Abby Abadi?


Portal hiburan Murai melaporkan yang Memey Suhaiza kini sedang cuba untuk berhijrah sedikit demi sedikit selepas melihat Abby Abadi mula bertudung. Itu berita yang cukup bagus. -Rotikaya






.

Gambar terbaru Zizie Ezette di samping suaminya Bung Mokhtar


Datuk Bung Mokhtar Radin yakin kehadiran isterinya, pelakon Zizie Ezette dapat membantunya dalam kempen mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan. Hadir dengan berpakaian biru warna Barisan Nasional (BN) dan berjaket, Zizie menjadi tumpuan masyarakat semasa suaminya menyerahkan borang pencalonannya melibatkan perlawanan empat penjuru di antara PKR, STAR dan calon bebas pada Sabtu lalu. Datuk Bung Mokhtar dikatakan telah berkahwin dengan pelakon terkenal itu pada 18 disember 2009.

Pada 20 April 2010, kedua-duanya mengaku bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di Kuala Lumpur atas pertuduhan berkahwin tanpa kebenaran mahkamah di rumah No 12, Jalan TC2B/3 Cemerlang Heights, Taman Melati, Gombak pada 8.50 malam, 16 Disember 2009. Beliau didakwa mengikut Seksyen 124 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) No.2 Tahun 2003 yang boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya. -wikipedia





.

Bahaya : Darah di hospital dicemari HIV


Seorang kanak-kanak perempuan berusia 16 bulan di bandar St. Petersburg di sini diberi darah dicemari HIV akibat kecuaian seorang kakitangan hospital, kata pendakwa raya kelmarin. Kanak-kanak itu, Daniella, menjalani pemindahan darah di Hospital Kanak-kanak No 5, Mac lalu, selepas pembedahan peritonitis, jangkitan yang berpotensi mengancam nyawa. Kanak-kanak perempuan itu pada mulanya dirawat di hospital Februari lalu dan diarah pulang selepas lima hari selepas penyakitnya dikesan. - AGENSI





.

Lagu baru PSY, Gentlemen memang popular tapi ianya diharamkan di negara sendiri



Stesen penyiaraan terkenal di Korea Selatan, KBS telah mengharamkan video muzik terbaru PSY, "Gentleman" kerana terdapat adegan menyalahgunakan harta benda awan. Menurut laporan dari Agensi, pengharam video muzik tersebut telah diumumkan semalam selepas pihak KBS mendapati video muzik itu menunjukkan pelantun "Gangnam Style" itu menendang kon yang diletakkan oleh kakitangan pihak berkuasa.

Pihak syarikat penyiaran itu berkata, adegan tersebut tidak memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh KBS. Video muzik berdurasi 3:54 minit yang menunjukkan PSY menari tarian goyang pinggul telah mencatatkan lebih 155 juta kali tontonan sejak ia dimuat naik di laman YouTube pada 13 April lepas. -AP





.

Inilah akibat bila berkahwin tanpa restu ibu


Pelakon Siti Fazurina mengaku dia kini melalui episod kehidupan yang 'huru-hara' gara-gara hubungannya dengan ibu kandung, Zubaidah Abu Bakar, 61 belum pulih sepenuhnya. "Ini takdir saya dan saya tidak menyesal. Ia adalah satu pengalaman yang sangat mengecewakan. "Siapa tidak sayang ibu sendiri, tetapi saya memilih untuk bernikah dengan suami sebab kami sama-sama sayang," beritahu pelakon Trilogi Cinta ini. Siti Fazurina, 31 bernikah dengan Hykal Zulkifli, 32 pada 20 Disember 2012 dalam majlis tertutup, meskipun tanpa restu keluarga, terutama ibunya sendiri.


Pada 20 Mac 2013, pasangan ini dinikahkan sekali lagi setelah pihak Jabatan Agama Islam Bahagian Timur Laut Pulau Pinang mengesahkan perkahwinan pertama mereka tidak sah dari segi hukum syarak kerana masalah wali. "Walaupun ibu tidak memberi restu kepada pernikahan kami, saya harap suatu masa nanti, hati ibu akan kembali terbuka dan merestui kami seadanya" kata pelakon ini lagi. - Utusan






.

Apa kata Luis Suarez diatas insiden gigit tangan pemain Chelsea


Penyerang Liverpool, Luis Suarez memohon maaf kepada pemain Chelsea, Branislav Ivanovic setelah menggigit pemain itu dalam perlawanan yang berakhir dengan seri 2-2 di Anfield, malam tadi. "Saya sangat menyesal atas perilaku saya yang tidak boleh diterima pada pertandingan melawan Chelsea," demikian kenyataan Suarez. "Saya sudah meminta maaf dan cuba menghubungi Branislav Ivanovic untuk bercakap terus kepadanya. Saya juga meminta maaf kepada pengurus, rakan-rakan sepasukan serta semua orang di Liverpopol kerana telah mengecewakan mereka."


Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers sendiri telah menegur pemain itu sebaik saja tamat perlawanan. "Setelah melihat rakaman video dan bercakap dengan Luis, perilakunya sungguh tidak dapat diterima dan saya telah menegurnya," ujar Rodgers.


Kelab itu bersedia menerima hukuman apapun yang mungkin dijatuhkan oleh FA akibat perbuatan Suarez. "Luis telah meminta maaf kelakuannya hari ini," tulis pengarah director Liverpool, Ian Ayre, dalam kenyataan rasmi yang disiarkan goal. "Kelakuannya tidak sepatutnya dilakukan oleh siapapun yang mengenakan seragam Liverpool dan Luis sedar telah mengecewakan dirinya sendiri maupun semua orang didalam pasukan." -goal






.

Gambar banjir kilat di Kota Kinabalu


Banjir kilat melanda Kota Kinabalu akibat hujan lebat tanpa henti selama enam jam pada Ahad. Lalu lintas di beberapa kawasan seperti Sepanggar dan Tuaran dilaporkan bergerak perlahan manakala di Penampang dan Luyang, penduduk mula memindahkan barang-barang mereka ke tempat lebih tinggi kerana air mula memasuki kediaman menerusi longkang berhampiran. Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, Deputi Supritendan Peter Umbuas berkata, beberapa laporan diterima sejak pukul 4 petang, Ahad berhubung kesesakan lalu lintas.


"Lalu lintas di sepanjang Jalan Sepanggar dan Tuaran amat perlahan di mana kenderaan kecil sukar melalui kawasan tersebut," katany. Beliau berkata, polis trafik telah dihantar ke kawasan terjejas untuk mengawal keadaan. Tiada laporan kecederan diterima setakat ini, katanya. Seorang jurucakap dari bilik operasi bomba dan penyelamat Sabah berkata, mereka menerima panggilan berhubung banjir kilat di sekitar bandar dan sentiasa memantau situasi tersebut. -Mstar




*sumber gambar FB




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!