Tuesday, April 30, 2013

Kerana ingin memecahkan rekod, dia kehilangan nyawa sendiri


Seorang lelaki dari India maut, ketika dia cuba memecahkan rekod dunia merentasi sebatang sungai dengan menggunakan rambutnya yang digantung pada tali dalam satu aksi di Bengal Barat, semalam. Nahas itu menimpa Sailendra Nath Roy, 50, selepas rambutnya yang diikat tersangkut pada roda yang dipasang pada tali, mengakibatkan dia tergantung di udara pada ketinggian 3,000 meter selama hampir 25 minit. Lelaki itu yang terdesak untuk melepaskan diri, kemudian cuba merentasi sungai berkenaan dengan berpaut pada tali, namun dia dipercayai diserang sakit jantung dan meninggal dunia.

Kejadian tersebut turut disaksikan kira-kira 1,000 penduduk yang berkumpul di sepanjang jambatan yang merentas Sungai Teesta di Darjeeling. Pasukan penyelamat kemudiannya menurunkan Roy dari Jambatan Coronation kira-kira 45 lima minit kemudian.


Dia yang dikejarkan ke hospital berhampiran, bagaimanapun disahkan meninggal dunia sejurus tiba. Roy yang merupakan anggota polis Bengal Barat merupakan pemegang rekod dunia Guiness World Records apabila berjaya menarik kereta api seberat 42 tan sejauh 2.5 meter pada tahun lalu. Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Siliguri, K. Jairaman berkata, Roy tidak mendapatkan kebenaran bagi melakukan aksi ngeri itu, tetapi mengesahkan mangsa tidak bertugas sewaktu kemalangan itu berlaku. - AGENSI





.

Ketika di Emirates, Robin van Persie salah masuk bilik persalinan


Ada pengalaman unik yang dialami oleh penyerang Manchester United, Robin van Persie sebelum menghadapi Arsenal di Stadium Emirates baru-baru ini. Robin van Persie tersalah masuk bilik persalinan. Kejadian itu dialami oleh Robin van Persie ketika baru tiba di Emirates Stadium. Robin van Persie yang berjalan terpisah dengan rakan-rakan sepasukannya kerana terserempak dengan maskot Arsenal, Gunnersaurus di lorong. Robin van Persie kemudian berniat untuk menyusul rakan-rakannya ke bilik persalinan. Langkah lelaki berasal dari Belanda itu akhirnya berhenti di depan pintu berwarna merah.


Persie kemudian membuka pintu itu namun ternyata itu adalah bilik persalinan untuk pasukan Arsenal, yang mana juga merupakan mantan pasukannya sebelum ke Manchester United. Persie sempat disambut oleh seorang staf Arsenal lalu bergegas meninggalkan bilik persalinan itu dengan wajah yang merah dan memegang dahi sebagai ekspresi gelisah. Robin van Persie yang selalu mendapat cemuhan dari penyokong Arsenal setiap kali menguasai bola menjadi hero Manchester United. Golnya dari tendangan penalti pada minit ke-43 membuatkan Manchester United seri dengan  Arsenal 1-1. -AP






.

Pengakuan panas lagi kontroversi dari seorang pelakon Indonesia



Kalau bercakap tentang sensasi dunia hiburan Indonesia, tentu tidak sah kalau tidak bercakap mengenai artis yang satu ini. Nikita Mirzani, antara selebriti Indonesia yang sinonim dengan cerita 'panas' lagi kontroversi. Malahan dia pernah dibelit kontroversi hingga menjerat dirinya ke penjara. Sensasi pertama Nikita adalah, foto kontroversinya yang tersebar luas di internet. Bukan gosip mahupun dakwaan semata, sebaliknya Nikita memang benar-benar tampil bogel dalam foto tersebut. Tidak seperti kebanyakan artis yang pasti akan menafikan ataupun menepis tuduhan seperti itu, namun bagi bintang filem Pokun Roxy itu, dia dengan terbuka mengakui foto tersebut memanglah dirinya. Bukan setakat gambar-gambar seksinya, gambar Nikita berpeluk mesra dan dengan perempuan - bagaikan pasangaan kekasih, juga menjadi bualan hangat ramai.

Terbaru, satu berita mengejutkan tatkala pengakuaan aktres itu kepada detikhot.com - janda anak satu itu mengaku dirinya adalah seorang biseksual. "Aku mungkin boleh dianggap seorang biseksual. Selain sama teman lelaki, aku juga suka sama sesama jenis", katanya. Nikita juga mengaku sempat mengalami trauma pada laki-laki setelah bercerai dari suami pertama.


Namun yang peliknya, saat media lain mahu mendapatkan pengesahan mengenai pengakuan tersebut, perempuan yang memiliki tatu itu tidak mengaku pula dirinya biseksual. Salah seorang pengurus artis yang enggan disebutkan namanya menceritakan, kadang-kadang ada artis yang sengaja melontarkan kenyataan-kenyataan 'aneh' untuk terus popular. "Ada beberapa artis yang memang dari dulu sudah sering mengeluarkan kenyataan yang kontroversi. Lihat saja Dhani atau Depe yang sering mengeluarkan kenyataan yang mecetuskan kontroversi", ujar pengurus tersebut. - mD





.

KELANTAN VS AYEYAWADY UNITED FC LIVE STREAMING 30 APRIL 2013


KELANTAN VS AYEYAWADY UNITED FC LIVE STREAMING 30 APRIL 2013 | Kebetulan esok merupakan cuti umum, iaitu hari pekerja. jadi, marilah meluangkan masa, malam ini menonton skuad ‘The Red Warriors’ secara langsung melayan kunjungan wakil Myanmar, pasukan Ayeyawady United FC di Stadium Sultan Muhammad IV dalam saingan Piala Konfedarasi Bola Sepak Asia (AFC). Perlawanan ini dijangka akan bermula pada pukul 8.00 malam, dan akan disiarkan secara langsung di kaca tv menerusi stesen penyiaran TV9.  Bagi anda yang tidak berkesempatan melihat di stadium, lulu sediakan link live streaming. Jom tonton!!



 Live streaming 





.

Kanak-kanak ini menderita penyakit yang sangat aneh


Sebuah keluarga berasal dari Bellevue, Ohio, Amerika Syarikat, ketika ini sedang berjuang untuk menyelamatkan anak perempuan mereka, Ali McKean (6 tahun), sebelum dirinya berubah menjadi patung untuk selamanya. Sebuah akhbar melaporkan, Ali menderita keadaan penyakit sangat aneh yang membuat sedikit getaran dan kesan terhadap tubuhnya akan dapat menyatukan otot dengan bahagian tulang. Ini disebabkan oleh di dalam tubuh Ali tumbuh sebuah tulang tambahan di samping kerangkanya sendiri.

Hal ini tentu saja mengakibatkan tubuhnya akan membeku dan membuat dia hanya mampu menggerakkan bibirnya saja pada suatu hari nanti. Selain Ali, ada 750 orang di seluruh dunia didiagnosa dengan penyakit Fibrodysplasia ossificans progressiva (FOP) atau sindrom manusia patung ini. Namun, sampai kini belum ada ubatnya. "Tubuh Ali membeku, tubuhnya berubah dan suatu hari nanti dia akan menjadi patung sepenuhnya. Jika ada getaran atau dia terjatuh maka dia akan memiliki lebih banyak pembengkakkan," kata ibu Ali, Angela. -DM





.

Kejam atau mental? Bunuh isteri dengan 40 kali tikaman



Seorang lelaki di China, menikam isterinya sebanyak 40 kali menggunakan sebilah pisau hingga mati. Menurut berita Asiaone, lelaki yang berasal dari keluarga kaya raya itu naik darah setelah mensyaki isterinya curang dengan lelaki lain. Dia bertindak nekad, setelah sekembalinya dari sebuah pub. Pasangan yang berkahwin dalam sebuah upacara mewah itu, telah bersama selama lebih dari tiga tahun. Seorang teman dari wanita malang itu mengatakan, kawannya itu sering diseksa dan dikunci di dalam rumah oleh suaminya. Wanita itu diketahui ingin bercerai namun suaminya tidak mengizinkannya kerana bayi mereka yang masih berusia tiga bulan. -asiaone





.

[VIDEO] Pencabar bobo, menari lagu Gentlemen PSY (lebih berbakat...)


Sejak akhir-akhir ni, memang ramai yang terkejut dengan kewujudan Bobo yang terkenal dengan tarian parody lagu sayang nya. Tak cukup dengan itu, Bobo semakin aktif memuat turun tarian untuk lagu-lagu yang lain pula. Dan tidak dinafikan Bobo memiliki peminatnya yang tersendiri.

Hari ni, lulu terjumpa seorang yang juga memiliki bakat yang sama, namun berada di negara jiran kita, Filipina. Pertama kali tengok video ni, respek juga dengan 'kelembutan' badannya menarikan lagu baru PSY, Gentlemen. Sehinggalah terjadinya...... Nak tahu meh tengok... >.<









.

Gambar-gambar budak 9 tahun yang kontroversi di India


Polis di Kochi, negeri Kerala, selatan India berkata pihaknya sudah memfailkan dakwaan ke atas seorang bapa kerana membenarkan anak lelakinya berusia sembilan tahun memandu kereta Ferrari milik beliau. Pegawai kanan polis, Inspektor M V Verghese berkata, bapa kanak-kanak itu, Mohammed Nisham didakwa dengan sengaja membahayakan nyawa kanak-kanak dan membenarkan budak bawah umur memandu kenderaan. Rai hari jadi Kejadian berlaku dua minggu lalu, ketika kanak-kanak itu menyambut hari jadinya yang ke sembilan. Dia memandu kereta terbabit bersama adik lelakinya berusia lima tahun.

Ketika si anak memandu, isteri Nisham, Amal membuat rakaman video sebelum disiarkan laman YouTube dan mencetuskan kemarahan orang ramai di seluruh India Verghese berkata, Mohmmed Nisham adalah seorang usahawan termbakau dan hartanah yang memiliki 18 buah kereta bernilai kira-kira AS$4 juta (RM12.13 juta). Beliau berkata besar kemungkinan pihaknya akan menyita kereta Ferrari itu sehingga kes berkenaan selesai. Nisham membuat permohonan ikat jamin dan dinjangka hadir di balai polis tidak jauh dari rumahnya di Kochi.


Beliau dan isterinya bagaimanapun tidak berasa malu dengan insiden itu. “Saya bangga dengan anak saya. Dia sudah pandai memandu kereta sejak berusia lima tahun ,” kata Amal. Malah kata Amal, anak lelakinya pernah memandu kereta Lamborghini, Bentley dan beberapa kereta lain. “Hari itu adalah hari jadinya dan meminta untuk memandu kereta itu sejak beberapa bulan lalu, kami membenarkannya. Dia sentiasa berwaspada dan yakin. Bukan mudah seorang kanak-kanak mempunyai keyakinan tinggi pada usia itu,” katanya. - AP





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!