Tuesday, May 14, 2013

Angelina Jolie buang kedua-dua payudar@nya


Aktres terkenal Hollywood, Angelina Jolie mendedahkan dia pernah menjalani pembedahan membuang kedua-dua payu daranya, di sini hari ini. Jolie membuat pendedahan itu menerusi satu artikel berjudul 'My Medical Choice' yang disiarkan dalam akhbar The New York Times. "Saya menjalani pembedahan membuang payudara kerana saya didapati mempunyai risiko untuk mendapat barah payu dara.


"Ibu saya meninggal dunia pada usia 56 tahun akibat barah tersebut dan saya tidak mahu menjadi begitu," katanya. Hasil pemeriksaan kesihatan mendapati bintang berusia 37 tahun itu mempunyai risiko sebanyak 87 peratus untuk menghidapi barah payu dara dan 50 peratus untuk barah ovari. - AFP





.

Roberto Mancini sah dipecat dari Manchester City


KELAB Manchester City mengesahkan telah memecat pengurus pasukan, Roberto Mancini, awal pagi Selasa. Pengurus dari Itali itu mula menyertai kelab ini pada tahun 2009, dengan mencatat kejayaan memenangi Piala FA Inggeris 2011 dan bergelar juara dengan merangkul trofi Liga Perdana musim lalu buat kali pertama selepas 44 tahun. Bagaimanapun nasib musim ini tidak menyebelahinya apabila gagal untuk mempertahankan gelaran juara liga musim ini, apabila tewas kepada jiran terdekat, Manchester United. Malah lebih mengecewakan kelab, apabila anak buah Mancini ini tewas 1-0 pada aksi final Piala FA kepada Wigan pada Isnin.

Mancini yang masih mempunyak baki kontrak selama lima tahun dilaporkan telah dibayar sebanyak £28 juta (RM128 juta) di atas pemecatan ini. Penolong pengurus, Brian Kidd bakal mengambil alih tugasnya sementara perlantikan pengurus baru. "Dengan perasaan sedih, kelab Manchester City mengumumkan Roberto Mancini telah dilucutkan tugasnya sebagai pengurus pasukan. "Ia satu keputusan yang sukar dibuat oleh bagi pemilik kelab, pengerusi serta ahli lembaga," jelas satu kenyataan kelab.


Pengerusi kelab, Khaldoon Al Mubarak berkata: "Rekod Mancini bersama kelab tidak perlu dipertikaikan lagi dan Sheikh Mansour, saya serta ahli lembaga yang lain amat menghargainya. "Dia telah menunaikan janjinya dengan sukses, memecah rekod kelab dengan trofi liga. "Secara peribadi saya mengucapkan terima kasih di atas sumbangannya dan berharap perhubungan ini akan berterusan." Sementara itu, khabar angin mengatakan pengurus Malaga, Manuel Pellegrini bakal menggantikan tempat Mancini ini, walaupun pengurus kelahiran Chile itu menafikannya. -Mstar






.

10 Aku janji Tan Sri Abdul Khalid sebagai MB Selangor


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah di sini, pagi ini. Pada istiadat itu, Abdul Khalid sambil memegang sebatang tombak yang matanya berbalut kain kuning, turut melafazkan 10 Aku janji Jawatan Menteri Besar untuk dilaksanakan sepanjang tempoh perkhidmatannya. Aku janji itu termasuk akan menjunjung tinggi prinsip Rukun Negara, memelihara dan melindungi kesucian serta keagungan agama Islam sebagai agama negeri, mematuhi kedaulatan institusi Raja dan mempertahankannya daripada digugat oleh mana-mana pihak serta melaksanakan tugas beliau dengan integriti yang tinggi, penuh rasa tanggungjawab, amanah, jujur dan ikhlas.

Menteri besar juga berjanji untuk memelihara keistimewaan orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, mendahulukan rakyat selagi ia tidak menjejaskan kepentingan kestabilan, kemakmuran dan keselamatan negeri; memelihara hubungan baik kerajaan persekutuan dan negeri-negeri lain dalam Persekutuan serta memastikan perpaduan antara kaum dengan menitikberatkan semangat muhibah dan kerjasama antara kaum. Istiadat angkat sumpah itu, yang disaksikan Hakim Utama Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, berlangsung di Balairong Seri Istana itu pada jam 10 pagi.





.

Special tribute - Sir Alex Ferguson (Manchester United)



Menginjakkan kaki untuk ke-723 kali di rumput Old Trafford, baru-baru ini, Sir Alex Ferguson mendapat hadiah istimewa di akhir perlawanannya bersama Manchester United. Jaringan Rio Ferdinand, tiga minit sebelum tamat masa perlawanan, memastikan pengurus ini mendapatkan hadiah sempurna, kerana pasukannya menang 2-1 ketika menentang Swansea City.


Gol Ferdinand, sekaligus yang pertama baginya setelah lima tahun, menjadi penentu setelah sebelumnya gol Javier Hernandez di minit ke-39. Sepanduk-sepanduk bernada sanjungan untuk Sir Alex Ferguson, menghiasi setiap sudut.


Sejak kedatangannya di tahun 1986, lelaki yang kini berusia 71 tahun itu sudah menerima 13 trofi Premier League dan dua gelaran juara Liga Champions, selain tentunya lima Piala FA, empat Piala Liga Inggris, sekali Piala Winners, sebiji Piala Super Eropah, Piala Interkontinental dan Piala FIFA Club World Club.


Dan wajarlah dia dianggap salah satu pengurus terbaik di dunia. Sebaik selesai perlawanan terakhirnya itu, lelaki berasal dari Scotland itu berterima kasih kerana diberi peluang membangunkan Manchester United, berkat sokongan peminat, pemain dan kumpulan pengurusan.



Ketika meraikan kemenangan bergaya kali ke 20 itu, Sir Alex diiringi oleh cucu-cucunya yang ternyata bangga dengan datuk mereka.


Selain Sir Alex, penghargaan juga diberi kepada Paul Scholes, yang turut sama bersara dari dunia bola sepak. -AP





.

Pemain bola sepak muslim Bayern Munich, Franck Ribery disimbah bir ketika meraikan kejuaraan


Pemain bola sepak Bayern Munich, Franck Ribery, yang beragama islam berlari di sekitar padang namun dia tidak dapat melarikan diri daripada rakan sepasukannya yang telah mengepungnya untuk meraikan kejuaraan mereka. Walaupun melarikan diri, Ribery berjaya ditangkap oleh Jerome Boateng yang kemudian mencurahkan segelas bir ke atas kepalanya. Kejadian itu terjadi ketika pasukan Bayern Munich meraikan kemenangan mereka menjuarai liga selepas kemenangan 3-0 ke atas Augsburg.


Peminat yang nyata terkejut dengan kejadian itu, mencadangkan pemain itu segera mengambil tindakan ke atas Boateng. Boateng diselar kerana tidak sensitif dengan agama yang di anuti rakan sepasukannya itu. Malam tadi, Ribery atau ejennya tidak dapat dihubungi untuk mengesahkan reaksinya selepas kejadian itu. -AP





.

Pengumuman barisan Kabinet 2013



Pengumuman Kabinet 2013 yang diketuai Datuk Seri Najib Razak dijangka dibuat esok (rabu), berikutan mandat diperoleh Barisan Nasional (BN) apabila memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Sebelum itu, pada sebelah pagi, Perdana Menteri dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara untuk menyembah warkah memohon perkenan selaras Fasal (2)(b) Perkara 43 dan Fasal (1) Perkara 43A Perlembagaan terhadap Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri.


Senarai diumum selepas dapat perkenan 

“Senarai jemaah menteri dan timbalan menteri akan diumumkan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong,” kata sumber kepada BH di sini, semalam. Beliau berkata, pengumuman itu yang dijangka menggabungkan muka baru dan berpengalaman bagi merealisasikan transformasi diterajui Perdana Menteri sepatutnya dibuat hari ini, bagaimanapun ditunda ke Rabu atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Kata sumber itu lagi, berikutan perubahan tarikh berkenaan, upacara mengangkat sumpah jawatan semua anggota Kabinet dijangka diadakan pada Khamis ini.


Muka baru 

Barisan Kabinet kali ini dijangka menampilkan muka baru kerana ramai yang digugurkan dan penyandang menteri serta timbalan menteri kalah pada pilihan raya, menyebabkan beberapa portfolio perlu diisi dengan muka baru jika penyandang tidak dilantik sebagai senator.


Kementerian baru 

Ketika ini, Kabinet merangkumi 25 kementerian dan jumlah itu dijangka berubah apabila Perdana Menteri menerusi aku janji BN dalam manifestonya menggariskan untuk mewujudkan kementerian baru bagi memenuhi pelbagai cabaran sosial ekonomi bandar. Untuk tujuan itu, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dijangka dirombak. Isnin lalu, Najib, 59, terlebih dulu mengangkat sumpah jawatan, setia serta sumpah simpan rahsia sebagai Perdana Menteri Keenam. Pengerusi BN yang juga Ahli Parlimen Pekan itu mengumumkan pembentukan kerajaan pada jam 12.50 malam, Ahad lalu apabila BN memperoleh majoriti mudah 112 kerusi Parlimen, mengatasi pakatan pembangkang, termasuk merampas semula Kedah. Keseluruhannya, BN bertanding di 726 kerusi membabitkan 221 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU ini.-Bernama






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!