Friday, May 31, 2013

Pengakuan terbaru pelakon kontroversi, Sharifah Sakinah


Tinggalkan dulu tentang kisah video 'aksi terlampaunya' yang sekaligus mengundang kontroversi kepada dirinya. Terbaru pelakon ini dikhabarkan sedang intim dengan anak teruna pengarah tersohor, Erma Fatima iaitu Shamil Equan, 22. Bercakap kepada Media Hiburan online, Sakinah mengakui sedang bercinta dan hubungan mereka baru saja bermula sejak tahun lalu. Buat masa sekarang, kami menjalani percintaan mereak dengan tenang dan macam 'orang putih' kata, 'just go with the flow'. Mungkin selama ini dia sering dilihat sebagai seorang yang suka bersikap tidak serius, tetapi kalau dalam soal hubungan, "Saya bila berkawan memang tidak suka main-main. Saya akan berikan sepenuh komitmen. Cuma, kali ini kisah percintaan saya mendapat perhatian disebabkan saya berkawan dengan anak Erma Fatima," katanya. -MD





.

Ayuh sebarkan.. Kanak-kanak hidap 'Diabetic Embryophaty' perlu bantuan


Ibu bapa seorang kanak-kanak yang menghidap penyakit 'Diabetic Embryophaty' iaitu sejenis kecacatan fizikal sejak lahir memohon bantuan orang ramai bagi menampung kos keperluan harian. N.Saravanan, 35, berkata anak tunggalnya, Mageswari, 5, menghidap penyakit berkenaan sejak di dalam kandungan. "Keluarga kami tidak ada sejarah berkaitan penyakit ini dan akibat penyakit ini anak saya tidak dapat berjalan seumur hidup kerana kedua-dua belah kakinya tidak boleh diluruskan," katanya kepada pemberita selepas menerima bantuan daripada Umno Kedah.

Paha dan betis Mageswari yang bercantum menyebabkan kakinya tidak boleh diluruskan dan perlu menggunakan tangan untuk bangun dan bergerak. Saravanan berkata selain itu, anaknya juga menghidap penyakit 'Neurogenic Bladder', menyebabkan pundi kencingnya tidak dapat berfungsi dengan normal dan perlu menggunakan tiub. "Sebab masalah ini, isteri saya Y. Manju, 33, yang sebelum ini bekerja sebagai jurujual terpaksa berhenti kerja kerana Mageswari memerlukan penjagaan sepenuh masa," katanya.

Saravanan yang bekerja sebagai pembantu pejabat di kedai menjual alatan pejabat hanya memperoleh gaji bersih bulanan sebanyak RM638 sedangkan kos untuk menanggung keperluan bulanan Mageswari lebih tinggi. "Gaji saya sedikit sahaja. Walaupun ubat-ubatan pihak farmasi dari Hospital Sultanah Bahiyah sediakan tapi kadang-kadang kos tanggungan anak untuk beli barang keperluannya sahaja boleh mencecah RM1,000," katanya.

Sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Saravanan di talian 017-4948647 atau menyalurkan bantuan terus ke akaun Maybank Manju 102175049262. 

- Bernama




.

Tasha Manshahar, Syed Shamim akui memang bercinta.. tapi dalam...



“KAMI bercinta dalam lagu,” demikian reaksi pasangan duet Youtube pertama di Malaysia, Tasha Manshahar dan Syed Shamim ketika ditanya tentang hubungan mereka. Pasangan duet ini menjadi perhatian umum sejak video ‘cover’ Mr. Saxobeat dimuatnaik ke Youtube, awal tahun lalu. Semalam, Tasha dan Syed yang bernaung di bawah FMC Music melancarkan dua single mereka berjudul Be Mine dan Cuba Teka. Menolak dikatakan bercinta, pasangan duet ini pantas menjelaskan keadaan tersebut. “Kami bercinta dalam lagu, sebagai usaha untuk menyampaikan lagu itu dengan lebih berkesan,” kata Syed ringkas. Dalam pada itu, ujar Tasya, hubungan cinta diluar lagu masih belum berlaku. “Di luar, alhamdulillah masih belum. Kalau ada, kita tak tahulah. Bercinta dalam lagu saja,” kata Tasha sambil ketawa kecil. Tidak habis di situ, pasangan duet ini terus diusik apabila Tasha diminta berkongsi tentang inspirasinya ketika mencipta Be Mine dan Cuba Teka.

“Be Mine sebenarnya tentang seorang perempuan yang menaruh hati terhadap seorang lelaki tetapi lelaki itu, sudah pun mempunyai kekasih. Tapi lelaki itu pun layan juga. Ia bukan kisah saya tapi kisah kawan rapat saya. “Cuba Teka pula mengisahkan tentang seseorang yang meminati seseorang yang lain secara senyap. Cuba Teka sebenarnya kisah benar saya tapi tak ada kena mengena dengan dia (Syed),” katanya tersipu malu. Dalam pada itu, Tasha akui tidak terfikir untuk mengkomersilkan lagu-lagu ciptaannya seperti hari ini.

“Saya tulis lagu itu ketika saya masih di bangku sekolah dan memang tak pernah terfikir nak komersilkan lagu ini sebenarnya,” katanya yang mengambil pengajian Bahasa Inggeris di Institut Perguruan Kampus Ilmu Khas Cheras. Syed pula merupakan pelajar jurusan muzik di institusi yang sama. Menggunakan muzik sebagai pendekatan ketika mengendalikan kelas, Tasha dikenali sebagai ‘Cikgu Be Mine’ oleh murid-muridnya. “Semasa saya menjalani praktikal, saya menggunakan pendekatan muzik untuk memberi pelajar saya lebih faham dan fokus. “Sebab saya mengajar subjek Bahasa Inggeris. Ketika mengajar, saya guna kelebihan saya bermain gitar, ‘keyboard’ untuk menarik perhatian pelajar,” katanya. -SH





.

Perasa aiskrim yang lain daripada yang lain



Belacan sememangnya sedap jika dimakan bersama nasi dan adakalanya dicicah dengan buah-buahan. Namun bagaimana pula rasanya jika ia dimakan bersama aiskrim? Seorang warga Filipina, Ian Carancang nampaknya mempunyai idea untuk menggabungkan aiskrim buah-buahan tempatan dengan makanan tradisi rantau Asia Tenggara, belacan.

Belacan atau dikenali sebagai 'bagoong' dalam bahasa Filipina dibuat sebagai manisan dan dimakan bersama sorbet mangga hijau untuk kedai aiskrim popular di negara itu, Sebastian's. Yang pasti, anda dapat menghidu bau belacan sebelum merasa sorbet mangga hijau itu. Kemanisan pes itu akan menghentikan rasa masam buah mangga itu, sekaligus menggabungkan rasa tersebut dengan serasi sekali. Jika anda berpeluang ke Manila, Filipina, pastikan anda mengunjungi Sebastian's!






.

Tanah runtuh di Ranau akibatkan kesesakan teruk



Kejadian tanah runtuh membabitkan Jalan Merakau, Ranau, dekat sini malam semalam, mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk melebihi jarak 20 kilometer. Ketua Polis Daerah Ranau DSP Abdul Rahman Kasim berkata kejadian dipercayai berlaku antara pukul 8 dan 11 malam tadi membabitkan bahagian jalan yang dalam pembinaan. Pihak berkuasa sedang membina pembentung di kawasan kejadian dan hujan lebat selama lebih tiga jam yang melanda daerah ini menyebabkan berlaku aliran air yang deras dari Gunung Kinabalu dan menghanyutkan jalan itu, katanya ketika dihubungi Bernama, di sini. Menurutnya kesesakan lalu lintas itu dijangka berterusan kerana musim cuti sekolah dan orang ramai pulang ke kampung untuk menyambut pesta Kaamatan. - Bernama






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!