Thursday, June 13, 2013

Ibu buang bayi sendiri dengan cara yang paling sadis


Seorang wanita cuba membunuh bayi perempuannya yang baru berusia enam hari dengan membuang menerusi salur sampah setinggi lebih 40 kaki. Wanita dikenali sebagai Jaymin Abdulrahman, 25 didakwa di mahkamah semalam kerana membuang bayinya dengan meletakkannya dalam pelongsor sampah dari flatnya di tingkat lima.


Bayi itu kemudian ditemui bapanya sendiri keesokan hari selepas dibuang dalam keadaan tidak bermaya.


Bayi itu kemudian disahkan mengalami kerosakan otak dan juga keretakan pada tengkorak. Jaymin pada mulanya memberitahu bayinya diculik dan menafikan dakwaan cubaan membunuh yang dikenakan ke atasnya. Kes dibacakan di Birmingham Crown Court, semalam. -AP






.

Tiang penangkap kilat runtuh, Tujuh termasuk dua parah


Tujuh pengguna jalan raya cedera termasuk dua parah dalam kejadian tiang penangkap kilat sepanjang 15 meter terletak di atas Menara UMNO setinggi 21 tingkat di Jalan Macalister, di sini runtuh selepas kejadian ribut pada jam 7.10, petang tadi. *akan di update





.

Selepas wanita tertua, kini giliran lelaki tertua pula


Warga Jepun, Jiroemon Kimura, yang diiktiraf Guinness World Records sebagai orang paling lama hidup di dunia dan juga lelaki paling tua, meninggal dunia semalam. Beliau berusia 116 tahun. Kimura dari Kyotango, Jepun dilahirkan pada 19 April 1897. Pihak berkuasa Kyotango berkata, Kimura menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital tempatan di mana beliau menjalani rawatan akibat pneumonia. Berusia 116 tahun Berdasarkan Guinness, Kimura adalah lelaki pertama dalam sejarah hidup sehingga usia 116 tahun. Kimura diisytihar lelaki paling tua pada 28 Disember 2012 ketika berusia 115 tahun, 253 hari memecah rekod yang dipegang Christian Mortensen, seorang imigran Denmark di Amerika Syarikat yang hidup mulai tahun 1882-1998.

Wanita ambil alih status Takhta orang paling lama hidup kini dipegang seorang warga Jepun lain, Misao Okawa, 115 dari Osaka. Okawa dilahirkan pada 5 Mac 1898 merupakan wanita paling lama hidup di dunia. “Kimura seorang yang luar biasa. “Sebagai satu-satunya lelaki yang pernah hidup selama 116 tahun dan lelaki paling tua di mana usianya diiktiraf sepenuhnya, beliau mempunyai satu tempat yang khusus dalam sejarah dunia,” kata ketua pengarang Guinness World Records, Craig Glenday. Pihak berkuasa Kyotango berkata, majlis pengebumian Kimura akan diadakan pada Jumaat. “Kimura akan sentiasa menjadi harta kepada bandar kami, negara kami dan dunia kita,” kata Datuk Bandar Yasushi Nakayama. - AP






.

Negara islam musnahkan patung kuda kerana dianggap pembinaannya perbuatan berdosa


Kerajaan Arab Saudi kelmarin mengeluarkan arahan untuk memusnahkan beberapa patung kuda yang dibina di sebuah bulatan di barat daya negara ini selepas ulama tertinggi menyifatkan pembinaan patung sebagai perbuatan berdosa. Laman web berita, jazantoday.org melaporkan, pihak majlis perbandaran Abu Arish di Jazan yang terletak bersempadan dengan Yemen, telah diarahkan untuk memusnahkan patung berkenaan. Arahan itu dikeluarkan selepas Mufti Besar Abdulaziz al-Shaikh menghantar sepucuk surat kepada Datuk Bandar Jazan bagi meminta supaya patung itu dimusnahkan kerana ia merupakan dosa besar dan dilarang di bawah undang-undang Islam. - AFP




.

Gempar : Ada tangan putus di tepi jalan


Gurauan seorang jurusolek artis amatur ternyata menjadi apabila‘tangan putus’ yang direka dan ditinggalkan di tepi jalan jadi tumpuan ramai. Polis juga terpaksa dipanggil bagi menyiasat kewujudan tangan manusia yang putus itu. Paul Plumber, 34, mencipta tangan palsu yang sudah putus dan dalam keadaan ngeri di tepi jalan dan meninggalkannya untuk dijadikan bahan tontonan kepada sesiapa yang lalu di kawasan itu. Gurauan itu ternyata tidak menjadi apabila salah seorang orang awam yang lalu di kawasan itu menghubungi polis kerana mempercayai tangan palsu itu merupakan tangan manusia yang betul. Plumber terpaksa mengakui kepada polis beliau hanya cuba bergurau kepada orang yang lalu-lalang di tepi jalan di tepi jalan Hyson Green. “Kami hanya memberi nasihat kepada Plummer berhubung tindakan gurauannya yang tidak kena pada tempat itu,” kata salah seorang pegawai polis Nottingham.

Noor Hasimah Abdullah, Gadis tidak pulang selepas keluar dengan rakan lelaki dicari


Seorang bapa meminta orang ramai membantu mencari anak perempuannya yang tidak pulang ke rumah sejak hampir tiga minggu lalu kerana khuatir mengenai keselamatannya. Noor Hasimah Abdullah, 27, yang bekerja sebagai kerani akaun di sebuah syarikat swasta di Jitra dipercayai keluar bersama rakan lelakinya untuk makan malam kira-kira pukul 8.30 malam pada 23 Mei lalu dan tidak dapat dikesan sehingga kini. Bapanya, Abdullah Yaakub, 62, berkata, kehilangan tersebut disedari anak keempatnya, Siti Zulaika, 24, yang tinggal bersama Noor Hasimah di rumah sewa mereka di Taman Darul Aman Jaya, Jitra apabila kakaknya itu tidak pulang pada hari kejadian. Katanya, dia mengetahui kejadian tersebut selepas Siti Zulaika menghubunginya untuk bertanya sekiranya kakaknya itu pulang ke kampung.

"Saya telah membuat tiga laporan polis berhubung perkara ini kerana amat bimbang mengenai keadaan keselamatannya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tandop Besar, Tekai Kanan di sini hari ini. Menurut Abdullah, laporan polis pertama dibuatnya pada 26 Mei lepas di Balai Polis Kuala Nerang selepas gagal menghubungi dan mencari anak ketiga daripada 10 beradik itu. Selepas itu, katanya, dia membuat dua lagi laporan polis di Balai Polis Jitra masing-masing pada 2 dan 11 Jun lepas dengan harapan polis dapat mengesan anak perempuannya itu. - Utusan





.

Kejam : Mayat bayi berulat ditemui di tong sampah


Misteri bau busuk daripada sebuah tong sampah di hadapan sebuah rumah di pangsapuri Jalan Lintang Madrasah, Jelutong Park di sini, terungkai dengan penemuan mayat bayi yang sudah berulat hari ini. Ketua Bahagian Siasatan Jenayah negeri SAC Mazlan Kesah berkata mayat bayi yang belum diketahui jantina itu ditemui seorang penduduk yang tidak tahan dengan bau busuk tersebut sejak Selasa lepas. "Bayi itu dimasukkan di dalam plastik sampah dan siasatan awal mendapati unit pangsapuri berkenaan dihuni dua lelaki dan dua wanita, namun penghuni wanita telah meninggalkan rumah tersebut beberapa hari lepas," katanya kepada pemberita di sini.

Menurutnya mayat bayi itu telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang pada pukul 9 pagi tadi untuk dibedah siasat. Setakat ini polis tidak melakukan sebarang tangkapan dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dan membuang bayi yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun jika disabitkan, katanya. - Bernama




 P/S - Gambar sekadar hiasan





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!