Wednesday, June 19, 2013

BUKAN KERANA AKU TAK CINTA - E-MAN SUFI




Lulu memang sangat minat dengan hasil tulisan E-Man Sufi. Dan yang menariknya, watak-watak dalam setiap novelnya ada kaitan :).. Bagaikan membaca cerita yang bersambung tapi hakikatnya cerita utama yang berbeza, membuatkan pembaca terasa sangat familiar dengan setiap hasil tulisannya. Dan apa yang membanggakan, lulu dapat tahu, novel ketiga ini menjadi tarikan pembaca bukan melayu.. Hebat kan.. Ini adalah novel ketiga penulis, sebelum ini SUAMI YANG KU BENCI dan HIKAYAT CINTA SI PEMATAH HATI..

Novel mengisahkan seorang lelaki bernama Jebat, yang memiliki sejarah hidup hitam, dan berbeza dengan watak utama novel umumnya, Jebat bukanlah seorang lelaki yang kacak. Dia ada parut dimuka dan badannya ada tatu besar. Mastura jatuh cinta dengan Jebat sehingga sanggup terjun kolam dan mogok makan. Sedar kekurangan diri dan perbezaan yang sangat besar diantara mereka, Jebat berusaha menjauhi Mastura namun, Mastura ni tanpa segan silu menunjukkan cintanya pada Jebat.

Nampaknya jodoh mereka kuat bila akhirnya impian Mastura untuk menjadi isteri abang Jebatnya berjaya. Namun disebalik itu, kemunculan sepupu-sepupu Jebat, Airen dan Tiger nampaknya menimbulkan banyak masalah. Dan kebahagian Jebat dan Mastura diuji dengan terdedahnya sejarah silam Jebat. Mungkin kah inilah masanya untuk dia menerima akibat segala perbuatan jahatnya dulu???


Tajuk : Bukan kerana aku tak cinta
Penulis : E-Man Sufi
Halaman : 627 muka surat
Harga : RM24/RM27




P/S - Fully recommended by Lulu Caldina






.


Budak Perempuan 12 Tahun, Maut Dipijak Gajah


Budak Perempuan 12 Tahun, Maut Dipijak Gajah | Seorang budak perempuan berusia 12 tahun maut dipijak seekor gajah selepas kanak-kanak itu melarikan diri dari rumahnya di tenggara Nepal, kata polis pada Selasa. Tiga anggota keluarga budak perempuan itu berjaya melarikan diri ketika gajah itu merempuh rumah mereka pada malam Selasa tetapi yang paling bongsu tidak berjaya menyelamat diri ketika itu, kata pegawai polis, Pralhad Keshari kepada AFP. Keshari berkata, polis memburu gajah tersebut berikutan serangan haiwan itu di rumah di sebuah ladang dekat Dholbazar, sebuah perkampungan di sempadan India, kira-kira 370 kilometer tenggara Kathmandu. Nepal menyaksikan peningkatan kes serangan terhadap manusia yang mengakibatkan kematian, ekoran penebangan pokok-pokok yang memaksa hidupan liar memasuki kawasan perkampungan untuk mencari makanan. Bulan lepas, dua orang terbunuh dibaham seekor harimau di tengah Nepal. - AFP

Israel mahu bahagikan Masjil Al-Aqsa untuk umat islam dan penganut kristian


Israel mahu bahagikan Masjil Al-Aqsa untuk umat islam dan penganut kristian | Malaysia menentang keras hasrat Israel untuk membahagikan Masjid Al-Aqsa yang merupakan tempat suci bagi umat Islam dan penganut Kristian. "Langkah ini merupakan satu lagi perbuatan mencabul undang-undang antarabangsa dan akan memburukkan lagi keadaan di wilayah Palestin yang diduduki rejim Yahudi itu. "Israel juga perlu menghentikan semua kegiatan penempatan haram dan meroboh struktur binaan rakyat Palestin serta mematuhi gesaan masyarakat antarabangsa supaya menarik balik sekatan haram yang dikenakan terhadap Gaza," kata Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Iskandar Sarudin pada mesyuarat antarabangsa dua hari Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) bagi menyokong perdamaian Israel-Palestin, yang bermula hari ini. Malaysia terus mengutuk keras kegiatan penempatan haram yang sedang dilakukan Israel, yang berkali-kali diisytihar sebagai perbuatan melanggar undang-undang dan tidak sah oleh pelbagai badan antarabangsa. - Bernama





.

Terkini : 11 saluran baru astro


Terkini : 11 saluran baru astro | Stesen televisyen Astro akan menawarkan lebih banyak kandungan dan pelbagai pilihan pakej bagi memenuhi kehendak mengikut kemampuan penonton. Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan berkata, sebanyak 11 saluran baharu dengan lima pakej diperkenalkan dengan format Definasi Tinggi(HD). "Kami memberikan fleksibiliti kepada para pelanggan untuk memilih daripada lebih 20 pakej untuk disesuaikan dengan keperluan tontonan dan bajet mereka. "Kami juga menawarkan pelbagai pakej pengisian yang merangkumi pelbagai genre dan kami percaya pakej-pakej ini mampu memenuhi cita rasa kesemua segmen pelanggan sama ada di kawasan bandar dan kuar bandar," katanya pada sidang taklimat program baharu dan pakej menarik Astro, di sini, Selasa.

Pek baru Family HD dengan 40 saluran SD dan 11 saluran HD diperkenalkan pada harga RM49.95. Selain itu, Astro turut memperkenalkan Value Pack yang terdiri daripada Pek Nilai, Pek Naama dan Pek Wah dalam format HD dengan harga RM75 setiap satu. Pelanggan Value Pack juga boleh menambah saluran genre yang lain ke dalam pek Nilai mereka seperti Sukan dan Filem dengan bayaran tambahan sebanyak RM25 setiap satu ataupun Pek Mini dengan bayaran tambahan sebanyak RM12 setiap satu.

"Dalam pada itu, Astro turut membekalkan saluran-saluran dengan genre yang pelbagai dan tahun ini kami melancarkan 11 saluran baru dan lebih banyak lagi yang akan muncul."11 saluran baru tersebut adalah Astro Maya HD, Astro Maya HD, Astro Hua Hee Dai HD, Astro On Demand HD, Astro Quan Jia HD, Raj TV, Kalaignar TV, Jaya TV, Vijay TV dalam Pakej Chakravathy, Astro Supersport 3 HD, Astro SuperSport 4 dan Lifetime HD menjadikan keseluruhan saluran Astro kini 174 saluran," katanya. Sementara itu, pelanggan perkhidmatan bebas langganan, NJOI akan dapat menikmati tiga lagi saluran tambahan iaitu NTV7, 8TV, dan TV AlHijrah bermula Selasa (semalam). -SH





.

Shah Rukh Khan bakal miliki anak daripada ibu tumpang?



Shah Rukh Khan bakal miliki anak daripada ibu tumpang? | Pegawai kesihatan di Mumbai sedang menyiasat laporan bintang Bollywood, Shah Rukh Khan dan isterinya yang mengetahui jantina bayi yang bakal mereka miliki menerusi ibu tumpang. Ujian penentuan jantina dilarang di India bagi menghentikan amalan pengguguran kandungan bayi perempuan kerana mahukan anak lelaki. Press Trust of India melaporkan Khan tidak berada di rumah ketika pihak berkuasa cuba untuk menyoal siasat beliau mengenai laporan bahawa wanita itu telah melakukan ujian berkenaan.

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tidak dikenali telah memfailkan satu aduan yang mendakwa Khan dan isterinya mengetahui bahawa pasangan itu akan menerima anak lelaki. Khan bagaimanapun enggan untuk mengulas. Pada masa ini, beliau dan isteri, Gauri mempunyai seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. - AP





.

Terkini : Harga petrol akan naik sebanyak 33 peratus


Terkini : Harga petrol akan naik sebanyak 33 peratus | Kerajaan Indonesia yang mungkin menaikkan harga petrol sebanyak 33 peratus iaitu daripada 4,500 rupiah seliter (RM1.42) kepada 6,500 rupiah (RM2.03), mencetuskan kemarahan beribu-ribu penduduk awam Indonesia. Mereka mengadakan bantahan besar-besaran di luar bangunan Parlimen di sini hari ini bagi membantah keputusan kerajaan. Menteri Kewangan, Chatib Basri berkata, harga petrol dan diesel akan naik tidak lama lagi sebaik-baik sahaja kerajaan selesai meneliti beberapa perkara sebelum kenaikan itu diumumkan.

"Kenaikan harga minyak amat penting disebabkan keadaan ekonomi global yang tidak menentu," katanya yang merujuk kepada nilai mata wang rupiah yang merudum. Selain petrol, harga diesel turut meningkat daripada 4,500 rupiah seliter (RM1.40) kepada 5,500 rupiah (RM1.72). Dalam pada itu, polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan tembakan meriam air ke arah kira-kira lapan ribu penunjuk perasaan yang bertindak melontar bom Molotov, mercun dan botol.

Polis yang ditempatkan di luar bangunan Parlimen juga terpaksa berdepan beratus-ratus penunjuk perasaan yang cuba menceroboh masuk selepas mengadakan bantahan untuk hari kedua berturut-turut. Keganasan terbaharu itu berlaku buat kali pertama sejak demonstrasi besar-besaran membantah kenaikan harga bahan api pada 2008. Sementara itu, Timbalan Presiden Indonesia, Boediono menggesa orang awam supaya bertenang dan tidak mencetuskan kekecohan. - AFP




.

Berita penuh mengenai penahanan blogger pemilik jiwang.org oleh KPDNKK



Berita penuh mengenai penahanan blogger pemilik jiwang.org oleh KPDNKK | Pengusaha laman web popular muat turun dan muat naik muzik secara haram, www.jiwang.org (JWG), yang mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit sejak tahun 1997, akhirnya ditahan pasukan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di Kelantan. Pengarah Penguatkuasa Bahagian Penguat Kuasa KPDNKK, Mohd. Roslan Mahayudin berkata, lelaki berusia 35 tahun itu ditahan selepas sepasukan penguat kuasa menyerbu kediamannya di Kubang Kerian pada 11 Jun lepas. "Laman web yang menawarkan perkhidmatan muat turun dan muat naik lagu-lagu Melayu telah mengaut keuntungan mencecah ratusan ribu ringgit berdasarkan servis iklan dan sumbangan daripada mereka yang menjadi ahli laman web JWG.

"Lelaki itu mengaku pernah memperoleh pendapatan lumayan, iaitu mencecah RM10,000 sebulan pada tahun 2006, tetapi pendapatannya merosot kepada RM1,500 sebulan sekarang setelah muncul pesaing yang menggunakan modus operandi yang sama dengan JWG," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Hadir sama Ketua Komunikasi Strategik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Sheikh Raffie Abd. Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Tan Ngiap Foo. Roslan berkata, pasukan penguat kuasa juga merampas peralatan ICT bernilai RM30,000 dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Hakcipta 1987 yang membawa hukuman denda minimum RM2,000 dan maksimum RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Beliau berkata, Bahagian Penguat Kuasa akan mengeluarkan notis halangan kepada SKMM bagi menghalang akses laman web JWG seperti yang diperuntuk mengikut Seksyen 263 (2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis. Sementara itu, Ngiap Foo berkata, industri muzik menanggung kerugian kira-kira RM10 juta dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini berikutan laman web yang menawarkan muat naik dan muat turun lagu di negara ini. "Saya berterima kasih kepada KPDNKK yang membuat serbuan sebegini. RIM akan mengambil tindakan mahkamah terhadap pengusaha laman web JWG bagi menuntut ganti rugi yang ditanggung industri muzik," katanya.

Beliau juga berkata, RIM telah mengenal pasti laman web yang menawarkan perkhidmatan serupa kepada pengguna bukan sahaja dari Malaysia malah Indonesia dan Brunei. Dalam perkembangan berkaitan, Roslan berkata, KPDNKK sedang menyiasat sekurang-kurangnya 32 laman web yang menawarkan muat turun dan muat naik muzik serta filem percuma secara haram di negara ini. Beliau berkata, sebanyak 30 aduan diterima berhubung laman web dikategori sebagai 'jerung siber' yang menyumbang kepada pelanggaran hak cipta. "Siasatan awal mendapati laman sesawang ini beroperasi di dalam dan luar negara.

Kita akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia, SKMM dan pemilik hak cipta untuk menjejaki serta melumpuhkan jerung siber ini agar tindakan tegas dapat diambil ke atas mereka," katanya. Roslan turut mengingatkan semua agensi kerajaan melalui Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Pasukan Tindak Balas Kecemasan Keselamatan Komputer Malaysia (MyCert) supaya mengambil langkah berjaga-jaga serangan siber ke atas laman sesawang kerajaan selepas laman JWG dihalang akses. "Ini adalah berdasarkan pengalaman pada tahun 2011 yang menyaksikan beberapa laman sesawang kerajaan digodam setelah 10 laman sesawang yang melanggar Akta Hakcipta 1987 dihalang akses," katanya.



Dihalang daripada di akses 

Laman sesawang perkongsian popular, www.jiwang.org (JWG) akan dihalang daripada beroperasi. Dalam masa sama, Mohd. Roslan berkata, notis halangan akses akan dihantar kepada SKMM untuk menghalang akses ke laman sesawang itu seperti diperuntukan di bawah Seksyen 263 (2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Sementara itu, beliau mengingatkan semua agensi kerajaan melalui Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Pasukan Tindak Balas Kecemasan Keselamatan Komputer Malaysia (MyCert) supaya mengambil langkah-langkah berjaga-jaga serangan siber ke atas laman-laman sesawang kerajaan selepas laman JWG dihalang akses. -Bernama






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!