Saturday, June 22, 2013

Pergelangan tangan pekerja penyelenggara kilang parah, termasuk dalam mesin pencetak



Pergelangan tangan kanan seorang pekerja penyelenggara kilang parah, selepas termasuk ke dalam mesin pencetak yang sedang dikendalikannya dalam kejadian di sebuah kilang pencetakan di Kampung Tasek Permai, di sini, pagi semalam. Dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 10.35 pagi itu, mangsa Bahrin Haron, 34, berasal dari Kuala Lumpur itu, sedang menarik kertas yang tersepit ke dalam mesin berkenaan, sebelum tangan kanannya tiba-tiba terperosok ke dalam mesin terbabit menyebabkan ia tersepit.

Mangsa yang meraung kesakitan sejurus tangannya tersepit itu disedari rakan sekerjanya, sebelum menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Ampang. Sepasukan anggota bomba yang diketuai, Pegawai Bomba Kanan II, Noor Ahmad Mohd Sarif bersama enam anggota bergegas ke tempat kejadian kira-kira 10 minit kemudian. Noor Ahmad berkata, operasi mengeluarkan tangan mangsa mengambil masa kira-kira 15 minit. Mangsa dihantar ke Hospital Ampang untuk menerima rawatan. -MD





.

Nama anak Kim Kardashian dan Kanye West


Nama anak Kim Kardashian dan Kanye West | Kim Kardashian dan Kanye West telah menamakan bayi perempuan mereka dengan nama North West. Sumber yang rapat dengan pasangan itu mengesahkan keputusan itu, lima hari selepas Kim melahirkan anak pertama di sebuah hospital di Los Angeles. Dengan khabar angin wujudnya pelbagai nama yang bakal dipilih oleh mereka termasuk Kaidence Donda, sempena nama akhir ibu Kanye, akhirnya hari ini sumber memberitahu UsWeekly bahawa pasangan itu telah memberikan nama anak perempuan mereka dengan nama samaran - 'Nori'. Mereka menambah bahawa bayi itu tidak mempunyai nama tengah. 

TMZ menyaksikan perakuan yang ditandatangani lahir dengan nama North West ditandatangani oleh Kim, 32, dan Kanye, 36, di Cedars-Sinai hospital. Majalah People mengesahkan berita dengan sumber yang rapat dengan keluarga Kardashian itu. . Nama North sebelum ini telah dicadangkan sebagai kemungkinan untuk bayi itu, walaupun ramai peminat Kardashian telah menolak idea itu sebagai gurauan. Kim yang melahirkan anak pertamanya Sabtu 15 Jun - sebulan lebih awal daripada tarikh akhirnya, kini dilaporkan dalam keadaan yang baik. -MO






.

10 Gambar sekitar himpunan Black505 dan 3 tuntutan mereka



Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini mendakwa tujuan himpunan Black505 adalah untuk membuktikan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa rakyat bersama PR membantah keputusan PRU13.


"Kita tidak rela ditipu oleh SPR, kita mahu pengerusi dan timbalan pengerusi SPR letak jawatan," katanya ketika memberi ucapan sempena himpunan Black505 di Padang Merbok.


Beliau pada masa sama menolak kenyataan bahawa himpunan berkenaan bertujuan untuk mewujudkan suasana huru hara dan cuba mencetuskan provokasi di Kuala Lumpur.


"Mereka kata akan berlaku huru hara, tetapi kita lihatlah sendiri hari ini, suasananya sungguh aman dan tenang," katanya.


Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor turut menyatakan bahawa kuasa rakyat sudah diiktiraf kerana rakyat dibenarkan secara aman untuk berhimpunan di Padang Merbok.


"Bila mereka membenarkan rakyat masuk dalam Padang Merbok, maknanya kuasa rakyat semakin diiktiraf. "Kalau dulu rakyat disembur dan ditembak, tetapi kini mereka sudah tidak buat dah," katanya.


Dalam pada itu, beliau turut menambah tujuan himpunan ini juga adalah bagi mendesak semua kawasan yang dihantar petisyen diadakan semula pilihan raya.


"Kita mintak semua kawasan yang ada petisyen sama ada dari PR dan BN buat balik PRU kecil, setakat ini ada 50 kawasan," katanya.


Himpunan ini juga katanya sebagai amaran supaya persempadanan semula tidak dilakukan selagi pegawai SPR baru tidak dilantik.


 "Jangan buat persempadanan baru sehingga Pegawai SPR baru dibentuk oleh rakyat," katanya. -AP







.

Benarkah penyanyi Elyana menghidap kanser?


Benarkah penyanyi Elyana menghidap kanser? | Masih ingat lagi pada penyanyi yang popular dengan trademark 'suka berkaki ayam' di pentas, ini?. Ya, Elyana yang kini semakin sepi dari publisiti. Tetapi baru-baru ini timbul khabar yang menyatakan penyanyi itu kini sedang bertarung dengan penyakit kanser. Namun begitu, sumber berkenaan tidak menyatakan jenis kanser yang dihidapnya. Apa yang lebih mengejutkan, akibat penyakit yang dideritainya itu membuatkan Elyana pergi mengerjakan umrah baru-baru ini dan berdoa di depan Kaabah agar penyakitnya itu sembuh. "Sakit kanser? Rasanya sekarang saya masih sihat dan tidak menghidap sebarang penyakit kritikal. Kalau setakat demam itu memang ada, tetapi tidak pula mengalami penyakit kronik seperti kanser.

Sementara mengulas mengenai dakwaan pemergiannya ke Mekah untuk mengerjakan umrah baru-baru ini kerana mahu berdoa di depan Kaabah agar penyakit itu cepat sembuh, Elyana berkata, "Sebenarnya pemergian saya ke Mekah bersama suami merupakan undangan daripada pihak produksi rancangan Romantika yang akan disiarkan di Astro pada bulan Ramadan ini. Secara jujurnya saya agak terkejut dan ia undangan pada saat-saat akhir.

"Sebelum ini rancangan tersebut menyiarkan pasangan selebriti yang bercuti di tempat percutian yang menarik, tetapi apabila tiba giliran saya mereka buat keputusan untuk membawa kami ke Mekah dan saya rasa sangat bertuah", ujarnya. Dalam pada itu Elyana sentiasa berdoa agar terbuka pintu hati untuk bertudung. Tetapi Buat masa ini dia mahu menjaga solatnya terlebih dahulu. Perkembangan lain, penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Kalis Rindu ini sedang sibuk dengan proses pembikinan album terbaharu yang dijangka dilancarkan pada tahun ini.-MD





.

Inilah pengakuan dari Farah, pasangan khalwat pelakon Shah Jaszle mengenai kes khalwat mereka


Inilah pengakuan dari Farah, pasangan khalwat pelakon Shah Jaszle mengenai kes khalwat mereka | Wanita yang ditangkap khalwat bersama pelakon Shahrizal Jaszle, 25, tidak akan menarik balik semua kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini. Wanita yang mahu dikenali sebagai Farah itu berkata, apa yang diperkatakannya sebelum ini adalah kebenaran dan hanya Shahrizal sahaja yang suka menafi. Menurut Farah, dia amat menyesal dengan apa yang terjadi dan menyedari kesilapan yang telah dilakukan, namun sedih apabila Shahrizal tidak berani mengaku kebenaran. "Saya tahu ramai yang memandang serong pada saya apabila tampil membuat pengakuan bahawa saya adalah pasangan khalwat dia. "Pengakuan itu bukan kerana saya bangga dengan apa yang berlaku tetapi sekadar ingin menegakkan kebenaran. Jika saya tidak tampil menceritakan perkara sebenar, entah apa lagi cerita yang tidak benar diuar-uarkan oleh dia (Shahrizal)," katanya.

Kata Farah, dia telahpun memohon maaf atas apa yang berlaku secara khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada keluarga Shahrizal dan Redzwani Puteri kerana tidak berkesempatan untuk bertemu. "Saya juga telah memohon maaf kepada keluarga dan amat berterima kasih kerana mereka tidak meminggirkan saya tetapi banyak memberi nasihat. "Apa yang saya kesalkan adalah sikap dia (Shahrizal) yang terus-terusan mencanangkan berita yang tidak benar. Bila bersemuka dan saya tanya dia tidak boleh jawab, tetapi apabila di hadapan wartawan, lain pula ceritanya," katanya terus terang. Jelas Farah, gara-gara pelakon drama bersiri Iman Nabila 'menyerang'nya di pejabat baru-baru ini, dia diarah berhenti kerja dalam tempoh 24 jam.

"Sekarang ini saya sangat tertekan dan sedih kerana kehilangan pekerjaan gara-gara dia. Mengikut perancangan awal, kami patut bertemu di tempat lain, tapi tiba-tiba dia datang dengan krew TV ke pejabat. "Saya sudah tidak ada punca pendapatan untuk membantu keluarga. Saya terpaksa mencari pekerjaan baharu. Walaupun kesal dengan apa yang berlaku namun saya bersyukur kerana tahu siapa dia sebenarnya," katanya. - Utusan




.

Pelakon Ashraf Muslim mengaku pernah ke mahkamah kerana.....


Pelakon Ashraf Muslim mengaku pernah ke mahkamah kerana..... | Selepas beberapa lama berdiam diri, akhirnya pelakon Ashraf Muslim, 32, memberikan kenyataan mengenai dedas-desus yang menyatakan dia akan berkahwin dua. "Dayana masih satu-satunya isteri saya yang sah." tegas pelakon itu. Ashraf, bagaimanapun tidak menafikan yang dia ada ke Mahkamah Syariah sebelum ini tetapi enggan mendedahkan butiran terperinci mengenainya kerana perkara itu bersifat terlalu peribadi. "Memang saya mengaku pergi Mahkamah Syariah tetapi untuk apa dan buat apa, saya tidak boleh kongsi. "Saya harap semua faham kerana banyak hati yang perlu saya jaga, saya tidak mahu kerana kenyataan saya akan menyebabkan salah faham yang lebih besar," katanya. -MD





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!