Friday, July 5, 2013

Apa dah jadi dengan masyarakat hari ini?


Pakar mendapati tindakan masyarakat hari ini melemparkan kata-kata kesat, kini sudah menjadi satu kebiasaan, walaupun tindakan itu boleh menyakitkan orang lain. Mereka percaya kata-kata kesat mencerminkan masyarakat dan perkataan yang diucapkan tidak terbatas termasuklah perlakuan seks, kata-kata kontroversi dan kata-kata serangan. Malah kata-kata tersebut juga menerangkan tentang peribadi seseorang, termasuk latar belakang keluarga, kekurangan yang dimiliki seseorang atau lebih menyakitkan apabila mengeluarkan kata-kata kesat yang boleh menjatuhkan seseorang. Kata-kata kesat selalunya dimulakan dengan ayat-ayat lucah seperti seks atau perbuatan yang tidak menghormati yang boleh menjejaskan serta memberi implikasi kepada agama.

Malah lebih teruk lagi, ia diteruskan dengan perkataan-perkataan lucah dan menyentuh fungsi badan seseorang yang tidak sempurna. Seorang pengarang buku, Jesse Sheidlower berkata, masyarakat hari ini semakin terbuka apabila membincangkan berkaitan hal-hal seksual dan tidak seperti zaman lampau. Sementara itu, seorang pakar bahasa John McWhorter berkata, generasi baharu sangat mementingkan diri sendiri. Beliau merujuk perkara tersebut sebagai 'penderaan sosiologi' kerana mereka tidak merujuk kepada Tuhan, tetapi merujuk kepada kumpulan-kumpulan kecil. Pada masa lalu, penggunaan kata-kata kesat berkaitan bahagian-bahagian intim dianggap sebagai keterlaluan, tetapi kini perkara itu tidak lagi menjadi isu. - AGENSI





.

Inilah punca sebenar Wayne Rooney ingin keluar dari Manchester United


Inilah punca sebenar Wayne Rooney ingin keluar dari Manchester United | PUNCA penyerang sensasi Manchester United, Wayne Rooney ingin keluar daripada kelabnya adalah disebabkan oleh penyokong The Red Devil itu sendiri. Perkara ini didedahkan oleh bekas penolong pengurus United, Mike Phelan yang mengatakan tahap kesabaran Rooney sudah sampai ke kemuncaknya. “Permintaan pertama (pindah) boleh dikatakan kurang bijak namun untuk kali kedua, ia dilihat anda (Rooney) memang semahunya untuk bermain di luar.

“Saya tidak tahu mengapa tetapi kenapa mahu menjejaskan apa yang anda sudah peroleh di sini? Anda seorang pemain yang top dan bermain di kelab yang top,” katanya. Rooney pada pertama kalinya meminta keluar pada Oktober 2010 namun tetap dikekalkan dan sekali lagi membuat hajat yang sama sehingga mengundang kemarahan penyokong. -AP





.

Kenapa Najib ucap tahniah kepada Obama?


Kenapa Najib ucap tahniah kepada Obama? | Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Presiden Barack Obama dan rakyat Amerika Syarikat bersempena sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-237 negara itu. Beliau berkata Malaysia amat menghargai hubungan erat dan bermakna yang terjalin antra kedua-dua negara sejak lebih separuh abad lepas. "Kami komited untuk meningkatkan lagi kerjasama antara kedua-dua negara di peringkat dua hala dan pelbagai hala, di samping meneroka bidang kerjasama baharu," kata Najib dalam perutusan kepada pemimpin Amerika Syarikat itu. Salinan teks ucap selamat beliau dihantar kepada Bernama. Perdana Menteri juga melahirkan harapan agar Malaysia dan Amerika Syarikat terus bekerjasama ke arah mencapai impian dan wawasan bersama mereka untuk mewujudkan dunia yang lebih sejahtera. - Bernama





.

Semoga bayi ini berjaya diselamatkan..



Semoga bayi ini berjaya diselamatkan.. | Pasukan doktor Hospital Doktor Sarjito Yogyakarta di sini sedang melipatgandakan usaha untuk menyelamatkan bayi lelaki berkepala dua yang lahir sembilan hari lalu di Majenang, Cilacap, Jawa Tengah. Dr Ekawaty Lutfia, ketua pasukan doktor yang menangani bayi itu, berkata kesihatan bayi itu belum cukup baik kerana dia mengalami gangguan pernafasan dan terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan, media tempatan melaporkan pada Khamis. Bayi lelaki itu, yang merupakan anak kedua pasangan Usman, 36, dan Munjiah, 27, penduduk Desa Purwosari, di daerah kecil Wanareja, Cilacap, dilahirkan di Hospital Bersalin Duta Mulya, Majenang pada pukul 9.25 malam pada Rabu 26 Jun melalui pembedahan.

Kelainan bayi seberat 4.2kg dan panjang 46sm itu ialah ia berkepala dua atau istilah perubatannya disebut 'dicephalus parapagus' dan ia berbeza daripada kembar siam. Dicephalus parapagus ialah keadaan kembar yang bermula dari kepala sampai leher, ia bukan kembar siam kerana bayi itu hanya mempunyai satu organ dalam termasuk kerongkong serta sepasang kaki dan sepasang tangan sahaja. Kes dicephalus parapagus sangat jarang berlaku iaitu satu dalam 200,000 kelahiran namun kes ini pernah berlaku di Indonesia pada tahun 2009 dan 2012. - Bernama





.

Bahaya beli barangan hiasan al-Quran


Bahaya beli barangan hiasan al-Quran | Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas sebanyak 507 barangan hiasan daripada ayat-ayat suci al-Quran yang dijual di beberapa premis di Nilai 3 di sini hari ini selepas terdapat beberapa kesilapan dari segi tanda bacaan serta penulisannya. Operasi yang bermula pukul 12 tengah hari itu dijalankan oleh Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran KDN dengan kerjasama polis dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS). Ketua Unit Penguatkuasanya, Norazle Sulaiman berkata, dalam operasi tersebut sebanyak 29 buah premis telah diperiksa dan daripada jumlah itu 17 premis telah diambil tindakan. "Pihak kami merampas sebanyak 507 barangan hiasan yang mengandungi ayat-ayat suci al-Quran ini dengan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM44,330.

"Kesemua barangan ini kita rampas dan pemilik premis telah diberi amaran mengikut Seksyen 14 Akta Percetakan Teks al Quran 1986," katanya selepas mengetuai serbuan itu. Sementara itu, Naib Pengerusi Lajnah dan Tashih al-Quran KDN, Shafie Shaari berkata, antara kesalahan yang dikesan pada perhiasan yang dijual ini adalah kesilapan meletakkan tanda bacaan dan kesalahan menulis ayat suci berkenaan. Katanya, walaupun hanya satu tanda bacaan tertinggal atau tersilap boleh memberi kesan yang besar kerana bacaan ayat suci berkenaan atau maknanya akan berubah.

"Ayat-ayat suci ini bukan sahaja dijadikan perhiasan di dinding tetapi juga dibaca oleh setiap orang yang melihatnya jadi sekiranya wujud kesilapan, itu boleh membawa makna yang berlainan. "Kita sangat mengambil berat tentang kesalahan ini kerana impaknya sangat besar dan setiap peniaga perlu menyemak ayat-ayat suci ini sebelum dijual," tegasnya. Menurutnya, mereka yang menjual perhiasan daripada ayat-ayat suci al-Quran ini diminta menyemak ayat berkenaan dengan KDN sebelum dijual kepada orang ramai. - Utusan





.

Walaupun di pukul suami, si isteri mengaku masih sayang


Walaupun di pukul suami, si isteri mengaku masih sayang | Seorang wanita membuktikan kasih terhadap suaminya apabila mengaku masih sayang akan lelaki itu walaupun dipukul kerana tidak memberi wang kepada lelaki berkenaan untuk membeli arak. Lebih mengharukan apabila wanita itu sanggup memaafkan perbuatan suaminya yang bertindak memukul mangsa dengan tali pinggang hingga putus. Tindakan ganas Farid Kamal Bala, 29, bagaimanapun mendapat balasan apabila dia dihukum penjara lima bulan dan denda RM5,000 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam. Hukuman terhadap mualaf yang masuk dua tahun memeluk agama Islam itu diputuskan Majistret, Nik Habri Muhamad.

Dia mengaku mengasari warga Thailand, Sitikhadeeja, 32, dengan tali pinggang hingga mangsa cedera di dahi, lengan tangan kanan dan jari kecil kanan dalam kejadian jam 8 malam, 8 Jun, di sebuah rumah di Pondok Terusan Pasir Tumboh, di sini. Mangsa dipukul selepas berlaku pertengkaran berpunca daripada Farid yang meminta wang, bagaimanapun, isterinya itu hanya ada RM10 sebelum wang itu dirampas suami.

Dia kemudiannya memukul mangsa dan menyebabkan wanita yang sudah enam tahun memeluk agama Islam itu tercedera. Pada prosiding semalam, tertuduh merayu hukumannya diringankan dan sudah bertaubat dengan kesalahan itu. Nik Habri bagaimanapun menasihatkan tertuduh supaya lebih mendalami ilmu agama Islam dan tidak mengulangi perbuatan itu. Pendakwaan kes itu dibuat Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad. -SH





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!