Sunday, August 4, 2013

PENGANTIN EKSPRES - PITTERIAH ABDULLAH




Seorang lelaki yang liar, suka berpeleseran dan playboy bernama Rayyan, tiba-tiba mencari calon isteri yang berlatar belakang kuat agama dan bertudung seperti Aleeya. Ini disebabkan Rayyan ingin berubah dan meninggalkan gaya hidupnya sebelum ini. Pada mulanya, Aleeya memang sudah bertunang. Namun apabila tunang Aleeya di tangkap khalwat dan berkahwin dengan wanita itu, keluarga Aleeya menanggung malu kerana perkahwinan itu tidak jadi.

Rayyan yang sudah jatuh hati dengan Aleeya nekad memperisterikan wanita itu. Dia menemui kedua ibu bapa Aleeya, dan peliknya, bila lamaran itu diterima walaupun penampilan Rayyan yang serba tidak kena ketika itu, terutama memakai rantai emas. Dan bagaikan mimpi, segala-galanya berlaku begitu pantas dan sedar-sedar saja mereka telah disatukan. Jelas, setelah menjadi suami Aleeya, Rayyan mula berubah. Walaupun dia masih meneruskan aktivitinya ke kelab malam, lepak dengan keluarga kat situ, tapi Rayyan sudah mula menjauhi minuman keras.

Rupa-rupanya ada kisah disebalik kehidupan bebas keluarga Rayyan. Dan memang ada hikmah rupanya menjadi suami Rayyan. Aleeya yang mula mencintai suaminya, bersyukur dengan perubahan-perubahan positif Rayyan dalam menjadi seorang muslim yang sebenar.



Tajuk : Pengantin Ekspres 
Penulis : Pitteriah Abdullah
Halaman : 515 muka surat
Harga : RM19.90/RM 22.90





P/S - Recommended by Lulu Caldina






.

Pembentukan negeri baru di India



Pembentukan negeri baru di India | Parti Kongres Kebangsaan India dan parti komponen kerajaan semalam menyokong pembentukan negeri Telangana yang dibentuk dari daerah-daerah Andhra Pradesh di selatan negara ini. Stesen penyiar NDTV melaporkan, negeri yang bakal dibentuk itu akan merangkumi 10 daerah di Andhra Pradesh yang kebanyakannya dihuni penduduk yang menggunakan dialek Telugu. Hyderabad akan terus menjadi ibu negeri bagi kedua negeri untuk lima tahun sehingga pengwujudan sebuah ibu negeri baharu Andhra Pradesh. - DPA





.

Gambar Megan Fox yang hamil anak kedua


Gambar Megan Fox yang hamil anak kedua | PELAKON Megan Fox telah mengumumkan dia dan suaminya, Austin Green bakal menimang cahaya mata kedua selepas sembilan bulan anak pertama mereka iaitu Noah lahir. Menurut Daily Mail, khabar gembira itu didedahkan sendiri oleh jurucakap pasangan itu kepada media baru-baru ini. "Saya mengesahkan bahawa Megan dan Austin sedang menanti kelahiran anak kedua mereka dan ia adalah berita gembira buat keluarga itu," kata jurucakap tersebut. Megan sebelum ini pernah memberitahu mahukan bilangan anak yang ramai dan pengalaman menjadi seorang ibu disifatkan sebagai luar biasa. -DM





.

Kehidupan yang bakal ditempuhi oleh anak Kim Kardashian dan Kanye West


Kehidupan yang bakal ditempuhi oleh anak Kim Kardashian dan Kanye West | KHABARNYA sebelum ini Kim Kardashian tidak mahu memanjakan anaknya North West dengan kemewahan. Namun melihatkan cara perbelanjaan Kanye West, sebaliknya yang berlaku. Baharu sahaja membeli kerusi keselamatan untuk bayi mereka berharga RM3,700, kehidupan hebat North ini memang sudah dijangka memandangkan ibu bapanya mempunyai pengaruh yang agak besar. Kerusi keselamatan berjenama Baby G2 itu bukan sahaja diakui ciri-ciri keselamatannya tetapi juga mempunyai perlindungan dari lensa paparazi. Kalau nak diikutkan kebelakangan ini West sudah melaburkan banyak wang untuk Kardashian dan anaknya.

Baharu sahaja menyiapkan ubahsuai rumah agam mereka dengan kos RM33 juta, usaha West ini sebenarnya adalah untuk menunjukkan dia memang sudah bersedia untuk memulakan kehidupan berkeluarga. Tidak cukup dengan itu West juga baru-baru ini membeli enam katil mewah berharga RM22 juta sebagai persiapan rumah barunya itu. Ternyata selera West dan Kardashian untuk mendapatkan kehidupan mewah melampau terus ditunjukkan melalui persetujuan mereka mendapatkan mangkuk tandas bersalut emas dengan harga RM 1.5 juta.

 Menurut sumber, walaupun mencari kemewahan di dalam setiap kehidupan, West juga tidak melupai ciri-ciri keselamatan yang akan ditawarkan kepada Kardashian dan anak sulungnya. Sementara menunggu ubah suai rumahnya siap, West kini sedang menyewa rumah berdekatan keluarga Kardashian bagi memudahkan dia mengunjungi mereka. "Sesuatu yang menggembirakan untuk mereka, rumah tersebut sangat hebat, dan keluarga itu memang memerlukan privasi," kata sumber kepada majalah People. -AP





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!